backup og meta

Wah! 10 Hari Saja Hospital Khas Rawat Coronavirus Siap Dibina

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/04/2020

    Wah! 10 Hari Saja Hospital Khas Rawat Coronavirus Siap Dibina

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Biasanya kalau ingin membina sebuah bangunan, ia memerlukan masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun untuk menyiapkannya. Tetapi berbeza keadaannya di China, hospital khas untuk merawat coronavirus di negara itu dapat disiapkan segera.

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Hanya 10 hari berjaya dibina

    Wabak virus korona yang berasal dari pasar di Wuhan, China telah menyebabkan lebih daripada 900 angka kematian dan menjangkiti lebih 40,000 individu di seluruh dunia. Bagi menangani penularan wabak ini, kerajaan China telah membina sebuah hospital kecemasan.

    Menariknya hospital khas ini mampu disiapkan dalam tempoh masa 10 hari. Ia dibangunkan dengan tujuan untuk menampung pesakit coronavirus di Wuhan.

    Sudah tentu umum ingin mengetahui apakah kemudahan yang disediakan di hospital khas merawat coronavirus itu, bukan? 

    Houshenshan- hospital khas merawat coronavirus

    Seperti dalam laporan Wall Street Journal, kerajaan China bercadang membina 2 hospital di Wuhan bagi menangani peningkatan jumlah kes berkaitan jangkitan virus korona di negara itu. 

    Pembinaan hospital kecemasan ini dilakukan kerana penularan wabak 2019-nCoV tidak dapat dirawat di hospital sedia ada di Wuhan, waima hospital paling terkenal sekali pun. Kakitangan perubatan di hospital terpaksa mengabaikan atau menyuruh individu yang dijangkiti virus korona untuk pulang ke rumah.

    Keadaan ini perlu dilakukan berikutan kemudahan peralatan perubatan yang terdapat di hospital sedia ada adalah alatan biasa dan tidak dapat merawat virus itu.

    Maka pada 23 Januari 2020, kerajaan China bersama kontraktor tempatan memulakan pembinaan hospital khas yang dipanggil Houshenshan. Pembinaan hospital ‘segera’ yang boleh merawat pesakit virus korona siap dalam tempoh 10 hari dan dibuka pada 3 Februari 2020.

    Baca juga:

    Hospital khas merawat coronavirus bukan dibina ala kadar semata-mata. Sebaliknya ia dilengkapi dengan kemudahan bagi menangani jangkitan virus Wuhan. 

    Bangunan hospital Houshenshan dibina di atas kawasan yang berkeluasan 64.5 hektar. Ia terdiri daripada bangunan 2 tingkat dan memuatkan ribuan doktor dan juga tenaga kesihatan yang diambil oleh tentera China. 

    Menariknya, rahsia kejayaan yang membantu mempercepatkan pembangunan hospital khas ini adalah ia tidak dibangunkan menggunakan konkrit biasa. Sebaliknya hospital khas ini dibangunkan dengan dinding unit pasang siap.

    Disebabkan itu, bangunan hospital khas merawat coronavirus dapat disiapkan lebih cepat berbanding membina hospital lain secara amnya. Apa pun, sudah tentu usaha kerajaan dan kontraktor negara itu harus diberikan pujian. 

    hospital khas merawat coronavirus

    Kemudahan yang ada di hospital khas merawat coronavirus

    Pembinaan hospital segera ini dikatakan mengikuti model pembinaan Hospital Xiaotangshan di Beijing yang dibina pada tahun 2003. Menariknya, hospital khas merawat coronavirus itu dibina dalam tempoh singkat, iaitu 7 hari bagi menangani penularan wabak SARS.

    Berikut adalah senarai beberapa kemudahan yang disediakan di Hospital Houshenshan, hospital yang bangunkan untuk memerangi wabak virus korona:

    • Setiap unit bilik dalam bangunan tersebut boleh menampung dua katil
    • Terdapat unit penjagaan rapi (ICU), bilik mesyuarat dan juga bilik simpanan
    • Terdapat juga bilik kuarantin yang dipisahkan daripada bangunan utama hospital
    • Terdapat sistem pengudaraan khas yang membolehkan kakitangan perubatan untuk tidak perlu masuk ke dalam bilik pesakit
    • Dilengkapi dengan kemudahan peralatan terkini seperti mesin MRI dan juga ‘robot perubatan’
    • Menyediakan sistem panggilan video untuk membolehkan doktor di Houshenshan untuk berkomunikasi dengan pakar di Beijing

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Tempat pengasingan?

    Walau bagaimanapun, ramai individu menganggap bahawa kerajaan China tidak membina hospital itu untuk merawat virus korona di Wuhan. Sebaliknya, mereka berpendapat pembinaan hospital yang dibuat dalam masa singkat lebih sesuai dipanggil sebagai sebuah tempat pengasingan individu.

    Ini kerana individu yang mempunyai jangkitan virus korona positif akan ditahan di dalam bilik rawatan dan diberikan rawatan sehingga pulih dan tidak akan menjangkiti individu lain. 

    Berbeza dengan beberapa media di China, mereka melaporkan bahawa hospital khas merawat coronavirus, Houshenshan benar-benar merawat pesakit yang dijangkiti virus korona. Malahan pesakit pertama telah tiba di hospital itu pada awal pagi Isnin (3 Februari).

    Seramai 1,400 doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang diserap daripada tentera China telah bersedia berkhidmat di Hospital Houshenshan. 

    hospital khas merawat coronovirus

    Akhir kata

    Walaupun penularan wabak jangkitan virus korona di Malaysia tidaklah seteruk yang dialami di China, namun ia tidak bermakna anda boleh memandang remeh isu jangkitan ini. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Anda masih tetap perlu menjaga aspek-aspek kebersihan dan perlindungan diri seperti memakai topeng muka bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak ini. Jangan memandang enteng kepada sebarang risiko yang mungkin boleh berlaku.

    Elakkan daripada menyentuh mata, hidung mahupun mulut sebelum membasuh tangan. Pastikan anda mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap terutamanya sebelum makan, selepas ke tandas serta selepas bersin mahupun batuk.

    hospital khas rawat coronavirus

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan