Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Kemerahan

Deskripsi

Najis berwarna kemerahan ini kebiasaannya menunjukkan si manja anda mengalami masalah di dalam saluran penghadaman.

Najis Berdarah

Najis jenis ini kebiasaannya keras dan mempunyai darah atau mukus. Warna merah pada najis bayi ini mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengalami kekoyakan di sekitar anus.

Apa perlu saya lakukan?

Warna merah pada najis si manja diakitkan dengan kekoyakan pada sekitar saluran pencernaan (rektum). Segera bawa bayi anda berjumpa doktor jika ia berlaku.

Selain itu, perhatikan juga tanda berikut:

  • Najis normal yang mempunyai darah, ia mungkin tanda alahan susu (seperti dalam gambar).
  • Najis keras dengan sedikit darah, ia mungkin tanda kekoyakan pada anus atau buasir.
  • Cirit-birit yang mempunyai darah, ia mungkin yanda pendarahan pada usu kecil atau hematochezia.
  • Apabila najis bayi berwarna kehitaman dan berbiji seperti bijan, ia mungkin kerana bayi menyusu badan dan menelan darah ekoran ibunya mengalami pendarahan pada puting. Ia mungkin menunjukkan bahawa si ibu memerlukan rawatan, tetapi tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada bayi. Akan tetapi, anda masih perlu berjumpa doktor untuk memastikan ia bukan sesuatu yang lebih serius, seperti pendarahan pada usus bayi.