Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk melihat bilakah tarikh jangkaan anda akan bersalin.
Ketahui Lebih Lanjut

Pilih kaedah pengiraan

Kebanyakan kehamilan mencapai usia 40 minggu (atau 38 minggu dari tarikh konsepsi). Kaedah terbaik menganggarkan tarikh bersalin adalah dengan mengira sehingga 40 minggu, atau 280 hari, dari hari pertama haid terakhir (LMP). Cara lain untuk mengiranya adalah dengan menolak 3 bulan dari hari pertama haid terakhir, dan tambah 7 hari. Jadi, jika hari pertama haid terakhir anda adalah 11 April, anda perlu tolak 3 bulan hingga ke 11 Januari, dan tambah 7 hari. Ini bermaksud tarikh jangkaan bersalin anda adalah 18 Januari. Beginilah cara doktor menganggarkan tarikh bersalin anda. Tapi ingat! Adalah normal untuk bersalin seminggu atau dua minggu sebelum mahupun selepas tarikh jangkaan bersalin ini.

Wanita dengan kitaran haid yang normal boleh mengira tarikh jangkaan bersalin melalui tarikh hari pertama haid terakhir anda. Namun jika kitaran haid anda tidak normal, pengiraan tarikh jangkaan bersalin ini tidak akan berkesan. Oleh sebab tarikh jangkaan bersalin amat penting, doktor juga boleh menggunakan tarikh konsepsi. Hanya tambah 266 hari untuk mendapatkan tarikh jangkaan bersalin.

Jika anda salah seorang ibu dari prosedur IVF, anda boleh mengira tarikh jangkaan bersalin dengan lebih tepat melalui tarikh pemindahan IVF.

Boleh saya rancang tarikh bersalin tak?

Sama ada anda cuba elak untuk hamil sekarang, atau mahu lebih masa dari terus hamil, anda boleh mengatur bila waktu bersama pasangan demi "merancang" tarikh jangkaan bersalin. Tapi, jika kehamilan ini berlaku tepat pada masanya, anda masih tidak boleh mengetahui bilakah tarikh anda "betul-betul" akan bersalin - ia hanyalah "jangkaan".