Kalkulator Kadar Jantung Sasaran

Ketahui degupan jantung sasaran dengan kalkulator sasaran degupan jantung kami agar anda dapat manfaat sewajarnya daripada latihan senaman anda.
Kira latihan senaman anda yang terbaik. Isikan umur anda bagi mencari kadar degupan jantung sasaran ketika latihan. Anda pasti akan mendapat manfaat sewajarnya dengan memastikan degupan jantung berada pada kadar per minit ini.
 
Lelaki
Wanita
Pilih jantina anda...
Please enter your age

Pernahkah anda tertanya, “bagaimana saya boleh mengetahui kadar jantung sasaran saya?” Mengetahui kadar jantung sasaran adalah mudah dengan menggunakan kalkulator kadar jantung sasaran yang ada di sini. Kiraan kadar jantung sasaran boleh ditentukan mengikut mana-mana peringkat usia dan tahap aktiviti, membolehkan anda untuk menggunakan pemantau kadar jantung dan mendapatkan paling banyak manfaat daripada senaman anda.

Apakah kadar jantung sasaran anda? 

Sebelum anda belajar cara mengira dan memantau latihan kadar jantung sasaran, anda perlu tahu kadar degupan jantung ketika rehat anda. Ia adalah bilangan degupan jantung setiap minit semasa anda tidak bergerak. Anda boleh periksanya pada waktu pagi selepas anda bangun daripada tidur dan sebelum anda turun daripada katil.

Menurut Institut Kesihatan Negara, purata kadar degupan jantung ketika rehat adalah:

  • untuk kanak-kanak 10 tahun dan ke atas, dan dewasa (termasuklah warga emas) adalah 60 – 100 degupan setiap minit
  • untuk atlet terlatih adalah 40 – 60 degupan setiap minit.

Cara menggunakan kadar jantung sasaran 

Kadar jantung sasaran digunakan sebagai alat untuk mengukur intensiti latihan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda bersenam, pada masa yang sama memerhatikan kadar jantung (diukur mengikut nadi anda) dalam julat sasaran, anda akan jadi lebih efektif dalam menambah baik latihan aerobik. Individu yang melakukan sedikit senaman atau langsung tidak melakukannya dan individu yang baru sahaja bermula sepatutnya meletakkan sasaran awal bersenam pada penghujung julat yang paling rendah – iaitu kira-kira 60 peratus daripada kadar jantung maksimum mereka – sehinggalah mereka terbiasa melakukannya. Dalam kebanyakan hal, intensiti senaman yang anda lakukan tidak sepatutnya menghalang anda daripada berkata-kata, namun sebaliknya menghalang anda daripada menyanyi.

enEnglish

Artikel Cadangan