backup og meta

Oh! Ini Rupanya Cara Elak Penyakit Sklerosis Berbilang, Rahsianya Hanya Makan Ikan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/08/2020

    Oh! Ini Rupanya Cara Elak Penyakit Sklerosis Berbilang, Rahsianya Hanya Makan Ikan

    Tahukah anda makan ikan boleh merendahkan risiko anda daripada terkena penyakit sklerosis berbilang? Khasiat ikan memang sudah diakui oleh ramai orang. Walau bagaimanapun, sejauh mana kebenaran kenyataan di atas?

    Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom, ikuti artikel kami di bawah!

    Makan ikan mungkin boleh bantu pesakit sklerosis berbilang (MS)

    Sebuah kajian terbaharu telah berjaya membuktikan bahawa individu yang makan ikan ataupun mengambil suplemen minyak ikan dapat mengurangkan risiko sklerosis berbilang sebanyak 45% .

    Walau bagaimanapun, saintis masih lagi tidak dapat memastikan bagaimana diet ikan dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut.

    Kajian tersebut yang telah diterbitkan dalam Multiple Sclerosis Journal mendapati individu yang makan lebih banyak ikan dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap sklerosis berbilang.

    Dr Lucinda Black daripada Curtin University menjelaskan, sudah ada beberapa faktor yang dikenal pasti boleh meningkatkan risiko MS.

    Antaranya ialah kurang pendedahan kepada cahaya matahari, kurang vitamin D, amalan merokok dan juga mempunyai sejarah penyakit sklerosis berbilang dalam kalangan ahli keluarga.

    Melalui kajian mereka, mereka mendapati individu yang makan lebih banyak sayur dan ikan boleh mengurangkan risiko menghidap MS sebanyak 50%.

    Disebabkan tiada penawar untuk penyakit sklerosis berbilang, kajian sebegini amat berguna untuk individu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap MS.

    Mereka dapat melakukan perubahan dalam diet harian untuk merendahkan risiko mereka daripada terkena penyakit sklerosis berbilang.

    Anda mungkin juga berminat:

    Ikan mengandungi asid lemak omega-3

    khasiat ikan

    Ikan merupakan sejenis protein yang rendah lemak. Antara khasiat yang terkandung dalam ikan ialah asid lemak omega-3 dan juga vitamin seperti vitamin D dan juga B2 (riboflavin).

    American Heart Association mencadangkan makan ikan sekurang-kurangnya 2x seminggu untuk kurangkan risiko sakit jantung ataupun strok.

    Asid lemak omega-3 diperlukan oleh badan. Namun, tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak omega-3. Oleh itu, pemakanan merupakan satu-satunya cara untuk mendapatkan nutrien ini.

    Selain membantu fungsi otak, asid lemak omega-3 juga boleh mengurangkan risiko depresi, ADHD, Alzhiemer, dementia dan juga diabetes.

    Menurut sebuah kajian, jumlah vitamin D yang tinggi dalam ikan boleh bantu merendahkan risiko sklerosis berbilang.

    Dapatan ini disokong oleh sebuah kajian di dalam jurnal American Academy of Neurology. Kajian mereka juga mendapati bahawa diet ikan boleh bantu kurangkan simptom pesakit MS.

    Bagaimana pula dengan pesakit yang sudah menghidap sklerosis berbilang?

    Disebabkan asid lemak omega-3 boleh membantu individu yang mempunyai penyakit kardiovaskular, tabiat makan ikan boleh buatkan pesakit kurang mengalami simptom sklerosis berbilang.

    Tidak salah untuk pesakit MS makan ikan. Malah, pesakit MS yang mengamalkan diet ikan juga kurang mengalami episod sklerosis berbilang.

    Menurut pakar lagi, makan ikan ataupun makanan laut mempunyai khasiat yang lebih baik daripada makan suplemen minyak ikan.

    Cuba makan ikan seperti ikan salmon, makerel, ataupun tuna. Kesemua ikan di atas mempunyai kadar asid lemak omega-3 yang lebih tinggi berbanding ikan lain.

    Walau bagaimanapun, menurut saintis, kajian yang lebih diperlukan sebelum mereka boleh menyimpulkan bahawa diet ikan boleh mengurangkan risiko individu menghidap sklerosis berbilang.

    Ada juga kajian lain yang turut mengkaji hubungan antara ikan dan juga pesakit MS. Namun, mereka tidak mendapat sebarang bukti bahawa ikan boleh menurunkan risiko untuk menghidap sklerosis berbilang.

    Khasiat ikan untuk tubuh badan

    khasiat ikan

    Walaupun ramai yang sedia maklum tentang kebaikan ikan, masih ramai lagi yang tidak suka bahkan mengelak daripada makan ikan.

    Walaupun ada sesetengah individu memang tidak suka makan ikan, faktor lain seperti harga ikan yang mahal, lokasi kedai dan juga ketidakpastian dalam cara yang betul untuk masak ikan adalah faktor lain yang menyebabkan ramai makan ikan kurang daripada 1 hidangan seminggu.

    Oleh itu, cuba tambah ikan dalam menu harian anda. Bukan sahaja ia lebih sihat, malah makan ikan juga terbukti dapat mengelakkan anda daripada mengalami Alzheimer dan juga dementia.

    Ikan merupakan makanan yang sihat untuk badan. Jika anda mahu amalkan diet yang lebih sihat, kurangkan makan daging ayam ataupun lembu dan gantikan dengan ikan.

    Anda pasti dapat merasakan perbezaannya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan