backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kasihan Anak Ibu Kena Ruam Lampin! Ini Punca Dan Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 17/01/2023

Kasihan Anak Ibu Kena Ruam Lampin! Ini Punca Dan Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Masalah ruam lampin bayi adalah keadaan normal untuk terjadi pada si kecil. Tetapi apakah punca ia berlaku dan adakah cara menanganinya? Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Ruam Lampin Bayi?

Ruam lampin atau radang kulit lampin ialah iritasi kulit yang berlaku pada kawasan di bawah lampin.

Penyakit ini biasanya terjadi pada bayi yang masih di peringkat memakai lampin atau napkin, ia mengakibatkan kulit menjadi merah berkilat dan menyebabkan bayi tidak selesa.

Ruam lampin bayi biasanya dikaitkan dengan lampin yang basah atau jarang ditukar, kulit sensitif, dan  kulit melecet.

Ruam ini bukanlah keadaan yang serius tapi jangan pula dipandang mudah kerana dalam kes yang teruk, ia boleh berubah kepada jangkitan bakteria atau kulat.

Apakah kebarangkalian Ruam Lampin Bayi?

Mana-mana bayi yang biasa memakai lampin boleh mengalami keadaan ini.

Menurut kajian, lebih dari 50% bayi dari 6 ke 9 bulan mengalami ruam ini. Ia boleh dikawal dengan usaha menurunkan faktor risiko.

Bincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ruam Lampin Bayi?

Tanda-tanda biasa dan simptom ruam napkin ialah kemerahan dan gatal pada kawasan lampin. Simptom ini biasanya bermula dengan tompok merah jambu yang kabur, dan sedikit menaik.

ruam lampin bayi

Ianya akan tampak seolah-olah berkembang dan seterusnya menyelaputi seluruh kawasan kulit pada bahagian lampin sekiranya tidak dirawat.

Dalam kes yang teruk, kulit akan kelihatan merah dan mula mengelupas. Bayi kebiasaannya akan muram serta resah dan mula menangis, terutamanya selepas membuang air kecil atau besar. Ruam ini biasanya tidak mengakibatkan demam.

Terdapat juga sebahagian tanda atau simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda ada persoalan mengenai simptom tersebut, sila rujuk terus pada doktor.

Bila harus saya berjumpa doktor?

Sekiranya keadaan kulit bayi anda tidak bertambah baik selepas beberapa hari rawatan di rumah, bincangkan dengan doktor. Kadang-kadang, anda memerlukan preskripsi ubatan untuk merawat ruam lampin.

Bawa anak anda untuk diperiksa sekiranya ruam tersebut:

  • Semakin teruk atau tidak normal.
  • Menjadi semakin buruk biarpun dengan rawatan di rumah.
  • Berdarah, gatal atau berair.
  • Menyebabkan pedih atau sakit, ketika buang air kecil atau besar.
  • Disertai demam.

Punca

Apakah Punca Ruam Lampin Bayi?

Antara punca ruam ini ialah bahan rengsa, ragi atau bakteria yang terperangkap melekat pada kulit bayi yang terdedah dan sensitif melalui lampin.

Bahan seperti penyerap sintetik dalam lampin pakai buang dan pembasmi pembunuh kuman juga boleh menyebabkan kerengsaan.

ruam lampin bayi

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ruam Lampin Bayi?

Antara faktor risiko ruam kesan pemakaian napkin adalah termasuk:

  • Lampin bayi terlalu ketat.
  • Lampin bayi tidak ditukar dengan kerap.
  • Kulit bayi menjadi rengsa akibat serbuk pencuci atau bahan di dalam lampin.
  • Kulit bayi tidak dikeringkan sebelum dipakaikan lampin.
  • Bayi anda mengalami cirit birit.
  • Lampin bayi terbuat dari bahan yang kasar.
  • Suhu sekeliling yang panas dan lembap menjadi suasana yang menggalakkan ruam lampin.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ruam Lampin didiagnosis?

Ruam lampin adalah perkara yang biasa berlaku. Kebanyakan orang yang menjaga kanak-kanak akan tahu bila melihat keadaan tersebut. Namun, ia masih lagi idea yang baik untuk menghubungi doktor, yang akan menawarkan pendapat pakar berdasarkan preskripsi dan barang bayi yang lain.

Apabila anda berbincang dengan doktor anda, bersiaplah untuk membincangkan jenama lampin, losyen, bahan pencuci, dan lain-lain barngan rumah yang bersentuhan dengan bayi anda.

Bagaimana pesakit Ruam ini dirawat?

Rawatannya termasuk penggunaan krim dan sapuan pada kulit (topical) serta penukaran lampin secara kerap. Sekiranya kerengsaan ketika membuang air kecil menjadi masalah yang utama, sapuan biasa yang mengandungi zink oksida biasanya akan memberi kelegaan.

Ia perlu disapu setiap kali lampin ditukar, selepas lampin dibersihkan dengan air suam dan dijemur kering.

Jika ruam masih berterusan walaupun selepas rawatan ini dijalankan, penukaran jenis lampin boleh membantu. Sesetengah bayi adalah sensitif terhadap bahan kimia dalam bahan pembilas lampin, manakala sebahagian bayi sensitif dengan bahan sintetik dalam lampin pakai buang.

Menukar jenama lampin pakai buang atau membilas kain lampin dua kali boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Doktor boleh memberi preskripsi ubat anti-kulat sekiranya bayi anda ada jangkitan ragi. Atau antibiotik sekiranya terjadi jangkitan bakteria.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ruam bayi ini?

Ruam ini biasanya disertai rasa sakit. Untuk melegakan rasa tidak selesa:

ruam lampin bayi

  • Lakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan ruam lampin bayi daripada berlaku dengan memastikan kawasan yang dipasang lampin sentiasa kering.
  • Biarkan kawasan kulit didedahkan secara terbuka sebanyak yang boleh.
  • Pasang lampin secara longgar, dan tukar lampin dengan kerap.
  • Gunakan air suam bersama kain pencuci yang lembut untuk membersihkan kawasan sekitar lampin selepas bayi buang air kecil. Sedikit mandian bayi boleh digunakan pada kain pencuci untuk cucian selepas bayi membuang air besar.
  • Sapukan zink oksida atau sapuan anti-ragi setiap kali lampin ditukar.
  • Hubungi doktor sekiranya bayi mula mengalami demam.
  • Hubungi doktor sekiranya ruam semakin teruk selepas rawatan di rumah atau bila ruam merebak luar dari kawasan lampin.
  • Hubungi doktor sekiranya bayi menolak susu ibu atau susu botol atau sekiranya muntah atau cirit birit berlaku.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 17/01/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan