home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bola Sepak dan Tempat Kerja Sebenarnya Tidak Jauh Beza - Shaun Harris

Bola Sepak dan Tempat Kerja Sebenarnya Tidak Jauh Beza - Shaun Harris

Secara purata, kebanyakan individu di Malaysia bekerja sekitar 8 hingga 9 jam sehari. Ini bermakna satu pertiga dari hidup dihabiskan di tempat kerja. Itu tidak termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke kerja. Jika suasana di tempat kerja membuatkan anda tertekan, satu pertiga dari hidup anda adalah dalam tekanan.

Jadi, mewujudkan suasana kerja yang sihat dan kondusif adalah sangat penting untuk kesihatan dan produktiviti pekerja.

Bola sepak dan tempat kerja sebenarnya tidak jauh beza – Shaun Harris

Jurulatih Pembangunan Antarabangsa pasukan bola sepak ternama di United Kingdom, Tottenham Hotspur FC, Shaun Harris berkongsi cara-cara untuk menjadikan pekerjaan dan tempat kerja sihat dan kondusif semasa Malaysia’s Healthiest Workplace Summit 2018 anjuran AIA di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.

Menurut beliau, bola sepak dan tempat kerja mempunyai banyak persamaan. Apa yang beliau lakukan semasa menguruskan pasukan bolak sepak boleh dipraktikkan di tempat kerja.

Mari lihat apakah tip yang dikongsi oleh beliau:

1. Komunikasi

Dalam sukan bola sepak, komukasi tidak dapat dielakkan. Bermula dari penjaga gol, barisan pertahanan, tengah, dan penyerang, setiap pemain perlu berkomunikasi untuk memastikan strategi yang dirancang dapat dilaksanakan. Jika semua pemain membuat hal masing-masing, gol tidak akan dapat dicapai.

Hal yang sama juga dalam mana-mana syarikat. Komunikasi adalah sangat penting.

Bekerja dalam keadaan senyap tanpa sebarang komunikasi akan mewujudkan tekanan dan suasana tegang. Bercakap dan berborak dengan rakan sekerja anda mengenai sebarang isu walaupun tidak berkaitan dengan kerja sama ada melibatkan diri sendiri, keluarga, atau isu-isu semasa yang sedang berlaku.

Ia akan menjadikan suasana tempat kerja lebih ceria dengan gelak tawa dan senyuman. Lebih banyak idea dan motivasi akan datang.

2. Keluarkan peluh

Pemain bola sepak tentu akan melalukan senaman kerana itu ialah asas pekerjaan mereka. Namun, mereka bukan sahaja berlari semasa perlawanan tetapi juga sebelum dan selepas untuk memastikan diri sentiasa cergas.

Anda juga boleh melakukannya di pejabat. Cuba senaman ringkas seperti:

  • Berjalan kaki.
  • Menaiki tangga.
  • Menjengkek kaki.
  • Menggerakkan badan ke kiri, kanan, depan, dan belakang.
  • Meregangkan otot tangan, kaki, dan leher.
  • Bangun dan duduk atau mencangkung berulang kali.

Senaman membantu meningkatkan mood dan menghilangkan stres serta mengekalkan kecergasan tubuh.

3. Ambil makanan sihat

Makanan berkhasiat bukan sahaja penting untuk fizikal tetapi juga mental. Semasa waktu rehat, elakkan mengambil makanan berminyak dan bergoreng. Utamakan hidangan yang dimasak dengan rebus atau panggang dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar.

4. Bantu rakan anda

Dalam sukan bola sepak, kerjasama membantu menjadikan pasukan tersebut berjaya. Kerjasama ini bermula dari kebaikan dan bantuan yang dimulakan oleh seorang individu dalam pasukan tersebut.

Cuba lakukan apa sahaja perkara yang mudah seperti kutip sampah, membeli makanan untuk rakan sekerja, atau membantu menyelesaikan kerja orang lain. Perkara mudah dan ringkas seperti ini mampu mewujudkan suasana yang ceria dan mengeratkan hubungan antara rakan sekerja di dalam pejabat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor