home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Mengatasi Nafas Berbau

Bagaimana Mengatasi Nafas Berbau

Nafas kita biasanya tidak segar apabila bangun dari tidur kerana bakteria terus membiak di dalam mulut kita semasa tidur. Terdapat pelbagai sebab yang boleh membawa kepada nafas berbau seperti tabiat buruk atau makanan. Walau bagaimanapun, kita masih mempunyai pelbagai cara untuk mengubati dan mencegah bau mulut kami.

Kebersihan mulut

Secara umumnya, meningkatkan kebersihan mulut adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah nafas berbau. Dalam rutin harian kita, kita perlu:

  • Gunakan benang gigi (dental floss)
  • Berus gigi dan gusi.
  • Lidah juga perlu dibersihkan.

Teknik memberus gigi yang betul

  • Gunakan berus lembut untuk memberus gigi dua kali sehari. Saiz berus anda harus sesuai dengan mulut dan mudah sampai ke semua kawasan.
  • Jika bulu berus anda telah compang-camping, ini bermakna anda perlu membeli yang baru. Jika tidak, ganti berus anda selepas tiga hingga empat bulan. Gigi anda tidak boleh benar-benar bersih dengan dengan berus yang rosak.
  • Berus gigi perlu diletakkan pada sudut 45 darjah ke gusi.
  • Bukan sahaja permukaan luar gigi anda perlu untuk diberus, tetapi juga permukaan dalam dan mengunyah.
  • Memegang berus anda secara menegak untuk membersihkan permukaan dalam gigi hadapan anda .
  • Dua minit adalah masa yang disyorkan untuk memberus gigi anda.

Makanan untuk mengelakkan nafas berbau

Berikut adalah beberapa contoh makanan boleh melawan nafas berbau

  • Kayu manis. Bakteria di dalam mulut akan dibunuh oleh minyak pati dalam kayu manis sehingga ia tidak mempunyai peluang untuk berkembang biak di dalam mulut anda. Ramai orang susah untuk mengambil kayu manis secara langsung. Walau bagaimanapun, anda boleh ambil gula-gula getah perisa kayu manis untuk memperbaiki bau nafas anda.
  • Pasli dan herba boleh kunyah. Sementara bawang dan bawang putih menyebabkan nafas berbau, herba dan pasli membantu memberikan nafas yang segar. Anda boleh mengunyah pasli segar atau memasukkannya ke dalam air panas untuk membuat teh anda sendiri. Ini juga merupakan cara yang baik untuk menghabiskan hidangan anda.
  • Yogurt. Setengah cawan yogurt bebas gula dua kali sehari akan mengurangkan kadar hidrogen sulfida di dalam mulut.
  • Buah atau sayur yang kaya degan serat. Buah dan sayurseperti epal, lobak merah dan saderi adalah pilihan terbaik untuk melawan bau mulut. Kebiasaannya cebisan kecil dari makanan tersekat di celah-celah gigi anda. Oleh itu, mengambil buah atau sayur yang kaya dengan serat dan membantu melembapkan dan membersihkan mulut anda.

Kebersihan mulut dan kesihatan gastrousus adalah dua sebab utama yang menyebabkan nafas berbau. Oleh itu, untuk mempunyai nafas segar, kita harus betul membersihkan gigi dan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Mengurangkan makanan bergula, pengambilan alkohol dan kopi juga disyorkan untuk mengurangkan nafas berbau. Antara tabiat yang baik untuk mengurangkan nafas berbau adalah gula-gula getah tanpa gula dan minum banyak air. Walau bagaimanapun, anda harus berjumpa dengan doktor gigi kerana penyakit gusi juga merupakan satu lagi punca nafas berbau.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Brushing Your Teeth http://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/b/brushing-your-teeth  Assessed December 30, 2016

Bad breath (halitosis) – Treatment – http://www.nhs.uk/Conditions/Bad-breath/Pages/Treatment.aspx Assessed December 30, 2016

8 foods to fight bad breath – http://www.kidspot.com.au/health/galleries/health-galleries/8-foods-to-fight-bad-breath?image=1  Assessed December 30, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x