backup og meta

Coffee Lover Di Luar Sana, Kopi Boleh Sebabkan Gigi Sensitif! Ada 5 Tip Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/07/2023

    Coffee Lover Di Luar Sana, Kopi Boleh Sebabkan Gigi Sensitif! Ada 5 Tip Untuk Atasinya

    Tahukah anda, minum kopi dengan kerap sebenarnya boleh meningkatkan kekerapan gigi sensitif untuk berlaku. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah seperti ini?

    Sumber asid ini boleh didapati daripada makanan atau minuman yang kita makan, atau dari asid kuat yang naik dari perut kita kembali ke mulut kita.

    Ini adalah seperti refluks asid atau bulimia.

    Keasidan makanan atau minuman dinilai berdasarkan skor pHnya. Air paip adalah neutral dan mempunyai nilai pH 7.

    Sekiranya makanan atau minuman mempunyai nilai pH di bawah 7, ia adalah makanan dan minuman yang berasid.

    Enamel adalah mineral yang paling keras di dalam tubuh badan kita. Kebanyakan daripada lapisan enamel terdiri daripada hidroksiapatit, iaitu sejenis mineral yang memberikan perlindungan pada lapisan gigi.

    Akan tetapi, ia akan larut jika terkena cecair dengan nilai pH 5.5 atau lebih rendah daripada nilai tersebut.

    Apabila enamel mula menipis kerana asid, dentin gigi tidak lagi dilindungi secara optimum.

    Sekiranya asid terus menyentuh gigi, gigi tidak dilindungi lalu mencetuskan gigi sensitif.

    Apabila kita mengambil makanan atau minuman panas, sejuk, atau berasid, ini dapat merangsang kepekaan saraf pada gigi.

    Lapisan enamel yang menipis tidak dapat melindungi dentin gigi sehingga makanan atau minuman dapat masuk ke dalam tubulus dan ‘menyentuh’ saraf gigi, lalu menyebabkan rasa sakit.

    Keadaan ini dikenali sebagai hipersensitiviti gigi atau gigi sensitif.

    Oleh itu, jika makanan atau minuman berasid diambil dalam jumlah yang terlalu kerap, maka enamel gigi kita boleh melarut atau hilang.

    Apabila struktur gigi mula hilang kerana melarut atau disebabkan hakisan, ia tidak lagi boleh tumbuh semula.

    Bagaimana minum kopi boleh sebabkan masalah pada gigi?

    minum kopi

    Kopi dapat mewujudkan suasana yang berasid pada gigi dan mengikis enamel gigi.

    Kopi boleh menyebabkan hal ini terjadi disebabkan keasidan kopi itu sendiri.

    Keasidan kopi bergantung kepada jenis kopi.

    Kopi yang dipanggang sederhana (medium roasted coffee) mempunyai nilai pH antara 4.9 hingga 4.5.

    Oleh itu, jika anda kerap minum kopi panggang sederhana ini, anda akan mendedahkan gigi kepada minuman berasid.

    Keasidan dapat meningkatkan rasa kopi.

    Asid organik dalam kopi adalah bahan yang memberikan kopi kesan antioksidannya terhadap kesihatan.

    Kopi berasid dapat merangsang dan memburukkan lagi refluks asid pada individu yang mempunyai masalah ini.

    Anda boleh mendapatkan kopi dengan keasidan yang lebih rendah dengan melihat jenama yang dipanggang gelap (dark roasted coffee) kerana kandungan asidnya yang lebih rendah.

    Tip untuk atasi gigi sensitif kesan daripada minum kopi

    gigi sensitif

    Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah gigi sensitif dalam kalangan peminum kopi.

    #1. Berkumur dengan air kosong

    Berkumur dengan air kosong dapat meneutralkan asid di dalam mulut.

    Oleh itu, jangan lupa bilas atau kumur mulut anda setelah menikmati kopi.

    Keasidan kopi akan dibersihkan oleh air sehingga risiko enamel menipis dapat dikurangkan.

    Jika anda kerap melakukan rutin berkumur seperti ini, anda tidak perlu lagi risau tentang gigi sensitif setelah meminum kopi.

    #2. Gunakan ubat gigi yang sesuai untuk gigi sensitif

    Jangan lupa gosok gigi dua kali sehari, supaya gigi sensitif tidak terjadi setelah anda minum kopi.

    Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelakkan penipisan enamel gigi.

    Tidak perlu menekan terlalu kuat semasa memberus gigi dan berus seperti biasa.

    Jangan lupa, bersihkan permukaan atau bahagian atas gigi yang sering digunakan untuk mengunyah makanan.

    Berus juga bahagian dalam gigi. Sekiranya anda pernah mengalami gigi sensitif sebelum ini, jangan lupa memilih ubat gigi yang betul.

    Anda boleh menggunakan ubat gigi dengan bahan fluorida dan kalium nitrat supaya gigi dapat dilindungi.

    Berdasarkan Journal of Clinical And Experimental Dentistry, kandungan 5% kalium nitrat dan fluorida dalam ubat gigi dapat menghilangkan rasa sakit yang cepat sehingga gigi sensitif dapat diselesaikan dengan segera.

    Selain itu, fluorida juga memberi perlindungan kepada gigi dan membantu menguatkan enamel gigi.

    #3. Kurangkan minum kopi atau teh

    Asid dalam teh dan kopi boleh mengganggu gigi sensitif. Sekiranya anda minum beberapa cawan kopi atau teh setiap hari, cubalah untuk mengurangkan pengambilannya.

    Anda juga boleh mencuba mencairkan sedikit minuman kopi dan teh dengan air kosong untuk mengurangkan keasidannya.

    Hadkan masa yang anda perlukan untuk minum secawan kopi.

    10 hingga 15 minit bagi setiap cawan kopi adalah lebih baik daripada meminum kopi selama satu jam.

    Masa yang singkat ketika meminum kopi akan menyebabkan gigi anda kurang berasid.

    #4. Flos gigi dengan betul

    Oleh sebab pengumpulan plak boleh menyebabkan gusi sensitif atau mengalami iritasi, flos gigi adalah bahagian penting dalam rejimen kebersihan mulut untuk pencegahan.

    Walaupun flos gigi boleh menyebabkan gusi berdarah pada peringkat awal, namun gusi anda akan menjadi lebih kuat jika kerap melakukannya.

    Pastikan anda mengikuti teknik flos yang betul.

    #5. Berjumpalah dengan doktor gigi

    Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.

    Doktor akan membantu memantau kesihatan gigi anda.

    Sekiranya anda masih mengalami gigi sensitif, jangan ragu untuk segera berjumpa dengan doktor gigi.

    Doktor gigi akan memberikan cadangan untuk rawatan yang tepat berkenaan masalah gigi sensitif yang anda alami. 

    Kesimpulan

    Minum kopi semestinya boleh menyebabkan gigi sensitif.

    Ini kerana kopi adalah sejenis minuman yang berasid, yang berpotensi menghakis lapisan enamel pada gigi.

    Ikuti tip yang telah diberikan seperti di atas bagi mengurangkan masalah gigi sensitif walaupun anda kerap minum kopi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan