backup og meta

8 Makanan Mengotorkan Gigi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    8 Makanan Mengotorkan Gigi

    Adakah anda pernah menganggap bahawa makanan yang anda makan setiap hari boleh menjadi mengotorkan gigi anda? Malah, kita boleh pastikan gigi kita dalam keadaan yang bagus dengan menggunakan produk dan tabiat penjagaan gigi yang baik. Dalam usaha untuk mendapatkan senyuman sempurna yang kita sentiasa mahu, adalah perlu untuk menjaga gigi kita putih dan sihat. Dalam artikel ini, kami menerangkan lapan makanan yang telah mengotorkan gigi anda. Jika anda ingin mempunyai senyuman yang lebih putih, baca ini!

    Beri

    Walaupun buah beri adalah berair dan berkhasiat, pigmen yang berwarna dari buahnya boleh melekat pada enamel anda (permukaan kaca gigi anda), meninggalkan lapisan selaput pada gigi. Jika anda minum jus buah, cuba gunakan penyedut/straw. Penyedut menghalang beri daripada berhubung secara langsung dengan gigi anda, jadi potensi kerosakan dikurangkan. Jika anda makan beri, ingat untuk bersihkan gigi anda dengan air minuman selepas itu.

    Ubi bit (beets)

    Warna merah gelap yang menjadikan bit begitu menarik mengotorkan gigi anda dengan warna merah. Warna merah itu kuat jika anda mendapat jus bit pada kain atau pakaian anda, maka tiada keraguan akan menjadi kotoran degil!  Oleh itu, memakannya terlalu juga boleh merosakkan gigi anda. Pastikan memberus gigi selepas memakannya untuk mengelakkan warna merah menjadi kesan hitam kekal pada gigi anda. Bilas mulut anda dengan segera selepas itu akan membantu membersihkan zarah yang mempunyai kuasa pewarnaan tinggi.

    Biskut

    Siapa sangka? Kebanyakan biskut diperbuat dengan karbohidrat ditapis, yang berubah menjadi gula. Gula ini akan menjadi sumber untuk bakteria yang sudah ada pada gigi anda untuk makan sendiri. Makanan ringan yang diproses mengandungi banyak gula dan karbohidrat juga boleh menyebabkan kaviti jika ia tinggal pada gigi terlalu lama.

    Cuka makan/Cuka balsamic

    Semua jenis cuka mempunyai tahap berasid yang agak tinggi yang berguna untuk pencernaan anda tetapi tidak akan begitu bagus untuk gigi anda. Asid dalam cuka boleh memusnahkan enamel gigi anda dan membuatkan kerosakan di permukaan gigi yang membolehkan pigmen melekat padanya. Cuka balsamic sangat berpigmen dan asid, yang merupakan bahan yang akan mengotorkan gigi anda. Baiknya, cuka ini sering dihidangkan dengan salad. Salad akan membantu membentuk satu halangan pelindung dan mengurangkan pewarnaan dari cuka balsamic.

    Jeruk

    Walaupun rasa jeruk adalah lazat untuk makan, ia adalah satu fakta yang boleh merosakkan gigi anda. Enamel gigi anda boleh jatuh kerana rasa masam jeruk. Terutamanya, asid dalam jeruk, yang boleh mengotorkan, akan menghakis enamel anda. Bagi doktor gigi, jeruk dianggap musuh nombor 1 kerana ia ditenggelamkan dengan cuka dan bahan-bahan berasid lain. Jika anda mahu makan jeruk, cuba hadkan diri kepada hanya satu atau dua pada satu masa dan kemudian, dan sentiasa memberus gigi anda dengan segera selepas itu.

    Kopi dan teh

    Ramai di antara kita mempunyai tabiat minum kopi atau teh pada waktu pagi untuk meningkatkan tenaga. Sama ada kopi dan teh akan menyebabkan kotoran apabila diminum terlalu banyak. Akibatnya, gigi anda akan mempunyai kesan kuning kerana tabiat yang buruk ini.

    Walnut

    Walaupun kacang mengandungi vitamin E yang lebih penting untuk kesihatan anda, makan berlebihan walnut, walnut hitam, khususnya, akan meninggalkan gigi berwarna. Kerana kelikatan walnut, ia akan menyimpan lebih banyak pigmen pada permukaan gigi anda.

    Sos tomato

    Tomato mengandungi tahap keasidan yang tinggi. Ditambah pula dengan warna merah terangnya, sos tomato (dan kicap atau sos soya juga) pasti perlu dimakan secara sederhana untuk mengelakkan kotoran dan hakisan enamel. Sos tomato adalah satu lagi makanan yang sangat berasid yang membuatkan gigi anda terdedah kepada kotoran. Untuk menikmatinya, tambah sayur-sayuran seperti brokoli atau bayam untuk sos sebagai satu halangan pelindung dan membantu mengurangkan peluang pewarnaan..

    Jangan salahkan kami. Kehidupan terlalu singkat untuk mengelakkan makanan dan minuman yang tersebut. Apa yang boleh anda lakukan adalah untuk mengambilnya secara sederhana. Anda juga boleh bilas mulut anda selepas makan atau berus gigi anda dengan segera. Semakin lama kotoran pada gigi anda, semakin sukar untuk menghilangkannya.

    Kita semua suka gigi yang putih- itulah sebabnya berjumpa dengan doktor gigi dan membeli jalur putih(white stripes). Tetapi jika anda tidak lihat apa yang anda makan, usaha anda untuk menjaga gigi seputih susu mungkin tidak berkesan. Anda juga boleh mengambil rawatan pemutihan dengan doktor gigi anda. Berusaha untuk mengekalkan kebersihan mulut yang baik juga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan