home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Menukar Tumpuan Untuk Mengubah Diri Sendiri

Menukar Tumpuan Untuk Mengubah Diri Sendiri

Ia adalah kepercayaan umum bahawa apa yang menyakitkan kita adalah sumber kesakitan kita. Dan kita hanya boleh mendapatkan kebahagiaan kembali apabila luka itu sudah sembuh. Walau bagaimanapun, perasaan kita tidak ditentukan oleh mana-mana pengaruh luar yang ditentukan oleh diri kita sendiri.

Jelas sekali, helah ini yang kebanyakan pelakon gunakan dalam adegan menangis adalah berfikir tentang kenangan paling menyedihkan mereka untuk mencetuskan air mata. Kebanyakan orang memberi tumpuan kepada apa yang terlalu menyakitkan mereka sehingga ia lebih mencederakan mereka, membentuk imej daripada diri mereka sendiri. Jika anda ingin melepaskannya, mengubah cara anda rasa atau mengubah diri anda, anda perlu mengubah perhatian anda terlebih dahulu.

Memberi perhatian kepada perkara yang baik

Banyak kajian psikologi telah berjaya mewujudkan hubungan antara perkara yang kita beri perhatian dan apa yang kita rasa. Bagusnya, kita dapat mengarahkan perhatian kita seperti yang kita mahu. Oleh itu, ia adalah mungkin untuk melawan perasaan negatif seperti rasa sakit dan kesedihan dengan berfikir perkara-perkara penting dalam kehidupan kita. Apabila anda memberi perhatian kepada perkara-perkara yang baik, anda akan melihat dunia yang lebih cerah dan akan terlepas pandang perkara negatif dalam kehidupan. Ini adalah proses yang perlahan, tetapi perubahan itu penting untuk anda. Anda bukan sahaja akan berasa lebih baik tetapi juga mula melihat diri anda sebagai orang yang lebih baik.

Fikirkan apa yang anda mahu

Jika anda sudah penat dengan kesakitan, bosan dengan diri lama yang anda, ini adalah masa untuk berubah menjadi diri sendiri yang baru. Merubah diri bermula dengan mengubah cara anda rasa, yang boleh dilakukan dengan mengarahkan perhatian anda dengan cara yang anda mahu. Setiap kali anda rasa buruk, apabila perkara di luar kawalan anda, berhenti memikirkannya. Sebaliknya, cuba untuk berfikir tentang apa yang anda mahu, apa yang anda perlu kerana ia akan menjana perasaan positif. Banyak terapi menggunakan teori ini untuk membantu pesakit mengatasi keresahan dan kemurungan. Satu lagi tip untuk mengelakkan perkaran negatif adalah cuba untuk bersyukur.

Secara ringkas, adalah selamat untuk mengatakan bahawa tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menimbulkan kesakitan pada anda jika anda tidak beri perhatian terhadapnya. Jangan biarkan perkara negatif dalam hidup anda, membentuk perasaan dan diri anda. Ia mungkin sukar pada mulanya kerana sikap negatif seolah-olah menarik kita ke dalam lingkaran ganas. Anda akan menjadi lebih baik dengan mengamalkannya. Dari masa ke masa, dengan usaha yang mencukupi, anda akan dapat mengawal perasaan dan meningkatkan kebahagiaan anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Improve How You Feel by Changing Your Attention. https://www.psychologytoday.com/blog/living-forward/201412/improve-how-you-feel-changing-your-attention Assessed September 24, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x