backup og meta

Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/07/2021

    Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

    Daun sirih sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Asia Tenggara. Malah, ramai juga yang percaya terdapatnya kebaikan daun sirih yang boleh dimanfaatkan. Ini termasuklah khasiat daun sirih untuk mata.

    Benarkah daun sirih berkesan mencerahkan atau menghilangkan rabun pada mata?

    Kebaikan daun sirih

    kebaikan daun sirih

    Mengunyah daun sirih bersama buah pinang dan kapur telah terbukti menjadi punca bagi beberapa jenis kanser seperti kanser mulut dan kanser esofagus.

    Namun, daun sirih sahaja tanpa campuran sebarang bahan lain sebenarnya boleh memberikan beberapa manfaat kepada kita.

    Beberapa kajian telah menunjukkan potensi kebaikan daun sirih. Antara kebaikan daun sirih adalah seperti berikut:

    #1. Boleh membantu mengawal diabetes

    Daun sirih merah mungkin boleh menurunkan kadar glukosa darah.

    Ia mengandungi molekul aktif yang disebut tanin yang mempunyai sifat antidiabetik.

    Alkaloid pada daun sirih dapat menurunkan kadar glukosa darah dengan menghalang penyerapan glukosa dalam usus.

    Daun ini juga mengandungi pelbagai polifenol yang mempunyai potensi antioksidan yang sangat baik.

    Molekul-molekul ini melindungi sel pankreas dari kerosakan radikal bebas.

    #2. Menggalakkan kesihatan gigi

    Amalan menghitamkan gigi telah lama menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Asia terutamanya di Vietnam dan juga Jepun.

    Ia dilakukan dengan menggunakan ekstrak tumbuhan dan mineral.

    Prosedur ini dikatakan baik untuk gigi anda. Ia dapat mencegah jangkitan mulut dan prosedur pergigian yang menyakitkan.

    Daun sirih merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam proses penghitaman gigi.

    Daun sirih yang dikunyah dihasilkan daripada campuran daun sirih, buah pinang dan juga kapur mempunyai nilai atau bahan yang sama.

    Walau bagaimanapun, daun sirih juga membebaskan katekolamin yang berinteraksi dengan sebatian yang dikeluarkan oleh biji pinang dan kapur.

    Hal ini kemudiannya boleh menyebabkan kanser mulut dan tekak.

    #3. Mempercepatkan kesembuhan pada luka

    Tekanan oksidatif yang tinggi, iaitu radikal bebas di dalam badan anda, dapat memperlambatkan penyembuhan luka.

    Penyembuhan luka yang lambat adalah salah satu komplikasi kritikal yang terdapat pada diabetes jenis 1.

    Ekstrak herba daun sirih mungkin berkesan untuk merawat kes seperti ini. Daun sirih mengandungi kandungan polifenol yang mempunyai sifat antioksidan.

    Ia boleh meningkatkan aktiviti enzim pemulih radikal bebas dalam badan anda.

    Penggunaan ekstraknya pada tikus yang luka boleh meningkatkan kadar penyembuhan luka.

    Ini meningkatkan kandungan hidroksiprolin, komponen utama kolagen pada tikus. Kandungan kolagen yang lebih tinggi memudahkan pemulihan luka dan pertumbuhan semula tisu.

    #4. Mungkin boleh membantu mengurangkan batuk dan sesak nafas

    Menurut perubatan tradisional, daun sirih dapat melegakan batuk yang dialami.

    Daun ini direndam dalam minyak mustard, dipanaskan sedikit, dan disapukan pada dada untuk meredakan sesak paru-paru.

    Jus daun sirih bersama madu dapat diberikan kepada anak-anak untuk menghilangkan kahak dan batuk, kerana rasanya yang hangat dan pedas.

    Kajian ada menunjukkan bahawa tumbuhan ini juga dapat merawat bronkitis. 

    #5. Mungkin boleh membantu mencegah kanser

    Daun sirih mengandungi sejumlah besar karsinogen yang disebut safrole.

    Walau bagaimanapun, ia dimetabolisme menjadi dihydroxychavicol dan eugenol. Kedua-dua sebatian ini kemudiannya dikeluarkan melalui air kencing.

    Daun sirih juga menunjukkan sifat antioksidan, antimutagenik, dan antikanser.

    Fitokimia daun sirih yang menyebabkan sifat ini.

    Ini bermaksud daun sirih mungkin bukan penyebab kanser jika ia digunakan tanpa menyebabkan ketagihan, melainkan jika dicampur penggunaannya bersama tembakau.

    Ini kerana aktiviti mengunyah tembakau telah dikaitkan dengan kes kanser mulut.

    Adakah terdapat sebarang khasiat daun sirih untuk mata?

    khasiat daun sirih untuk mata

    Air daun sirih yang biasa digunakan dalam merawat mata berasal daripada rebusan beberapa helai daun sirih. Air rebusan tersebut akan berwarna kuning kehijauan dan berasid.

    Semakin banyak daun sirih yang digunakan dalam rebusan tersebut, maka warnanya akan menjadi lebih pekat dan tentunya lebih berasid.

    Namun, adakah air rebusan ini boleh digunakan untuk merawat mata seperti mencerahkan mata atau mengatasi masalah rabun? Adakah terdapat khasiat daun sirih untuk mata secara khusus?

    Jawapannya pastilah TIDAK sama sekali. Air daun sirih yang direbus itu berasid, dan ia tidak sesuai untuk dititiskan pada mata yang mempunyai nilai pH normal.

    Sekiranya air sirih ini dititiskan juga pada mata, ia akan menyebabkan reaksi perubahan tahap keasidan pada biji mata anda.

    Ia boleh merosakkan mata anda terutamanya pada lapisan kornea. Risiko jangkitan pada mata juga akan semakin meningkat. ‘

    Apa lagi kesannya pada mata?

    Selain itu, daun sirih bukanlah bersifat steril atau bebas daripada sebarang mikroorganisme seperti bakteria.

    Pada permukaan daun sirih, terdapat beberapa mikroorganisme yang boleh menyebabkan jangkitan pada mata anda.

    Sekiranya terdapat jangkitan pada mata dan lambat dirawat, ia boleh menyebabkan kebutaan pada mata anda.

    Begitu juga dengan amalan menempelkan daun sirih pada mata. Ia juga jelas sekali tidak berkesan dalam menghilangkan rabun atau mencerahkan mata anda.

    Ketahuilah bahawa mata anda merupakan salah satu organ yang paling sensitif.

    Sebarang kemasukan bendasing yang tidak sepatutnya hanya akan menyebabkan jangkitan lebih mudah berlaku dan agak sukar untuk dirawat kembali.

    Dapatlah difahami bahawa tiada sebarang khasiat daun sirih untuk mata kita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan