backup og meta

Sukar Bezakan Warna Merah Dan Hijau? Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2023

    Sukar Bezakan Warna Merah Dan Hijau? Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna

    Apakah yang sering terlintas di fikiran anda mengenai golongan rabun warna? Benarkah ada cermin mata rabun warna untuk golongan ini?

    Untuk mengetahuinya, jom teruskan baca artikel.

    Apa itu buta warna?

    Kita mungkin membayangkan golongan rabun warna hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja seperti di kaca TV pada zaman dahulu.

    Sebenarnya tanggapan ini adalah salah, kerana individu sebegini masih boleh mengenal pasti warna tetapi perbezaan warnanya sahaja yang berlainan dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.

    Masalah rabun warna bergantung kepada tahap keseriusan buta warna seseorang.

    Kekurangan penglihatan warna bermaksud anda tidak dapat melihat kedalaman atau kekayaan pada sesuatu warna tertentu.

    Berdasarkan kajian oleh American Optometric Association, rabun warna adalah perkara biasa, terutama dalam kalangan lelaki.

    Sebanyak 8% lelaki mengalami masalah ini dan 0.5% bagi golongan wanita yang turut mempunyai masalah penglihatan ini.

    Perkara ini seringkali diwarisi, tetapi juga boleh diperolehi kerana ia boleh berlaku jika mata menjadi rosak akibat kecederaan atau mempunyai penyakit-penyakit lain yang mempengaruhi penglihatan.

    Ubat-ubatan dan faktor penuaan tertentu juga boleh menyumbang terhadap masalah kebutaan warna ini.

    Sekiranya anda mempunyai masalah ini, bermakna anda melihat warna dengan cara yang berbeza daripada kebanyakan orang.

    Selalunya, individu sebegini sukar untuk membuat perbezaan antara warna-warna tertentu.

    Biasanya, tidak ada penawar bagi mereka yang mempunyai masalah ini, tetapi cermin mata dan kanta lekap khas mungkin dapat membantu.

    Kebanyakan individu yang memakai alat bantuan ini boleh menyesuaikan diri dan tidak menghadapi sebarang masalah dengan aktiviti seharian.

    Faktor-faktor rabun warna

    cermin mata rabun warna

    • Kongenital/sejak lahir: Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak disebabkan oleh pembawaan genetik daripada keturunan
    • Penyebab lain disebabkan faktor perolehan seperti penyakit yang dihidapi: Seperti kencing manis, faktor penuaaan (Age related Macular Degenaration), glaukoma, katarak, kecederaan mata dan juga kesan sampingan sesetengah ubat seperti ubat bagi penyakit artritis rheumatoid dan ubat bagi penyakit Tuberculosis (TB)

    Jenis dan tahap keseriusan buta warna berbeza mengikut individu. Ada individu yang tidak dapat mengecam sebarang warna.

    Namun, ada pula yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau dan ada juga yang tidak mengenali biru dan kuning.

    Jenis rabun ini yang kerap dijumpai adalah mereka yang mempunyai rabun terhadap warna merah dan hijau.

    Bagaimana cermin mata rabun warna ini berfungsi?

    Rabun warna disebabkan genetik kebiasaannya berpunca daripada ketiadaan, atau masalah dalam fungsi pada satu atau lebih daripada tiga jenis fotoreseptor cone detectors warna di retina.

    Orang yang sukar mengesan cahaya hijau (deuteranomaly) atau cahaya merah (protanomaly) mengalami pertindihan antara beberapa panjang gelombang cahaya yang ditafsirkan oleh otak sebagai warna merah atau hijau.

    Dengan kewujudan cermin mata yang direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah rabun, mampu memberikan jalan penyelesaian terhadap mereka yang menghidap masalah ini.

    Menurut Dr. Ivan Schwab, MD, Profesor Oftalmologi di University of California, cermin mata rabun warna dibuat dengan mineral tertentu untuk menyerap dan menyaring beberapa panjang gelombang antara warna hijau dan merah yang boleh mengelirukan otak.

    Dengan pertindihan warna yang kurang, otak akan dapat isyarat yang lebih jelas untuk membantu membezakan warna.

    Cermin mata rabun warna ini tidak akan mengubah persepsi warna bagi orang yang kekurangannya disebabkan oleh ketiadaan fotoreseptor warna merah atau hijau sepenuhnya.

    Namun, anda harus faham bahawa cermin mata ini tidak mengubah suai fotoreseptor, saraf optik atau korteks visual seseorang untuk memperbaiki masalah ini.

    Persepsi warna memerlukan satu set lengkap peralatan yang berfungsi dengan optimum, dan cermin mata tidak akan menggantikan atau memperbaiki mekanisme yang hilang atau pecah.

    Dr. Schwab menjelaskan bahawa cermin mata tersebut akan dapat mengubah apa yang dilihat oleh orang yang memakainya, meningkatkan perbezaan antara merah dan hijau.

    Tetapi pengalaman pemakaiannya akan menjadi berbeza-beza di antara individu.

    Adakah cermin mata rabun warna boleh membantu?

    cermin mata rabun warna

    Cermin mata rabun warna membantu dalam meningkatkan penglihatan warna bagi orang yang menghadapi masalah rabun ini terutamanya bagi warna merah dan hijau yang sering terjadi.

    Tetapi seberapa baik cermin mata pembetulan rabun warna benar-benar berfungsi?

    Masalah rabun yang diwarisi ini juga disebut sebagai kekurangan penglihatan warna, tidak ada penawarnya sehingga ke hari ini.

    Tetapi bagi sesetengah orang dengan masalah rabun warna merah-hijau yang lebih ringan, cermin mata pembetulan warna yang dirumus khas ini mampu meningkatkan kontras antara beberapa warna.

    Hasilnya berbeza-beza bergantung pada jenis dan tahap kekurangan penglihatan warna seseorang individu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan