backup og meta

AWAS! Anda Boleh Hilang Penglihatan Disebabkan DIET TAK SIHAT

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2021

    AWAS! Anda Boleh Hilang Penglihatan Disebabkan DIET TAK SIHAT

    Tahukah anda, apakah punca masalah penglihatan? Menurut laporan yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine menyatakan, mereka yang terlalu memilih makanan (picky eater) boleh mengakibatkan kebutaan dalam kalangan individu remaja. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Diet pemakanan tidak sihat

    Para penyelidik dari University of Bristol mencadangkan pihak perubatan untuk mempertimbangkan aspek nutritional optic neuropathy (NON) tanpa mengira BMI, sebagai punca masalah penglihatan. 

    Keadaan ini berpunca apabila ada individu yang berdepan dengan masalah penglihatan akibat diet pemakanan yang tidak sihat.

    NON adalah disfungsi saraf optik yang penting untuk penglihatan. Keadaan ini boleh dicegah, sekiranya dirawat dengan segera.

    Namun, tanpa rawatan ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal kepada saraf optik dan sekali gus mewujudkan risiko menjadi buta.

    Di negara maju seperti United Kingdom, punca NON yang paling kerap berlaku adalah berkaitan masalah usus atau pengambilan ubatan yang mengganggu penyerapan nutrien penting dalam perut.

    Namun, bagi negara lain yang berdepan isu kemiskinan, peperangan serta kemarau, masalah ini adalah sangat tinggi dan ia berkait rapat dengan kekurangan zat pemakanan.

    Punca masalah penglihatan 

    punca masalah penglihatan

    Terdapat satu kajian kes mengenai seorang pesakit iaitu individu remaja berusia 14 tahun di Bristol Medical School and the Bristol Eye Hospital.

    Pesakit itu telah berjumpa dengan pakar perubatan dan mengadu keletihan.

    Ketika itu kaitan antara pemakanan tidak sihat dan penglihatannya tidak dianggap sebagai antara punca sehinggalah pesakit itu mengalami kebutaan kekal.

    Namun begitu, pesakit tersebut merupakan picky eater tetapi mempunyai BMI dan ketinggian normal. Malahan, tiada tanda-tanda kekurangan zat pemakanan dan dia juga tidak mengambil sebarang ubatan. 

    Ujian awal hanya menunjukkan masalah macrocytic anemia dan kekurangan vitamin B12. Kemudiannya, dia hanya diberikan suntikan vitamin B12 bersama nasihat pemakanan.

    pemakanan tdak sihat

    Setahun kemudian, pesakit ini mula kehilangan pendengaran dan simptom masalah penglihatan mula kelihatan. Walau bagaimanapun, pakar perubatan masih tidak menjumpai puncanya.

    Akhirnya pada usia 17 tahun, penglihatan pesakit ini semakin merosot hinggalah dia mengalami buta. 

    Setelah penyiasatan terperinci dijalankan, kajian mendapati bahawa pesakit ini bukan sahaja kekurangan vitamin B12, tetapi dia juga mempunyai tahap mineral tembaga dan selenium rendah, kandungan zink tinggi, kemerosotan vitamin D serta ketumpatan mineral tulang yang ketara.

    Keadaan ini berlaku disebabkan tabiat pemakanan tidak sihat seperti hanya mengambil kentang goreng, roti putih dan daging yang diproses hampir setiap hari. 

    Pemeriksaan klinikal 

    Penyelidik memutuskan bahawa sejarah pemakanan perlu dijadikan sebahagian daripada rutin pemeriksaan klinikal dan tidak hanya melihat kepada pengambilan kalori serta status indikator BMI semata-mata. 

    Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah tabiat  mengambil makanan ringan dengan kerap dan kurang vitamin serta mineral merupakan faktor kepada isu NON.

    Isu ini boleh dicegah pada masa hadapan jika masyarakat sedar tentang keburukan mengambil makanan ringan dan pemakanan tidak sihat, serta lebih mengamalkan pemakanan seimbang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan