Anak Tercekik Anggur? Mama, JANGAN LAKUKAN 3 Perkara Ini Jika Si Manja Tercekik Makanan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Terujanya bila si comel anda sudah mula makan makanan pejal, kan? Pasti ibu bapa mahu cuba berikan bayi pelbagai jenis makanan untuk mengetahui kesukaannya selepas anak masuk 6 bulan.

Tetapi awas ya, berhati-hatilah dengan risiko bayi tercekik lagi-lagi kerana anggur!

Eh, takkanlah anggur pun tak boleh? Banyaknya pantang larang bab makanan bayi kini. Ada sebabnya wahai ibu bapa, dan anda harus ambil tahu mengenai perkara ini.

Artikel ini membincangkan bahana anggur untuk bayi, dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan buah manis ini kepada si comel anda.

Anggur kan sedap, kenapa tak boleh ya?

anggur untuk bayi

Jangan salah anggap, bukan tak boleh sepenuhnya. Cuma, anggur seeloknya diberikan kepada anak anda apabila mereka lebih dewasa.

Banyak kes yang sudah dilaporkan mengenai kejadian bayi tercekik anggur yang menyebabkan maut di seluruh dunia.

Sebagai contoh, di United Kingdom, terdapat kes di mana seorang bayi lelaki berumur 17 bulan tercekik semasa memakan anggur di rumah bersama keluarganya.

Ahli paramedik berjaya mengeluarkan anggur tersebut tetapi anak kecil tersebut meninggal dunia.

Saiz dan bentuk anggur menyebabkan ia senang tersekat dalam saluran pernafasan anak anda apabila tercekik.

Kanak-kanak mudah tercekik jika diberikan anggur kerana:

Jadi, bilakah saya boleh bagi anggur untuk bayi saya?

Doktor mencadangkan untuk memberi anggur kepada anak berumur 5 tahun ke atas. Buat anak yang masih berada di prasekolah, anda boleh memberikan anggur yang telah dipotong separuh atau suku.

Terdapat laporan anak kecil berumur lima tahun di United Kingdom meninggal dunia kerana tercekik anggur. Anggur tidak dapat dikeluarkan dari tekak dan anak kecil tersebut meninggal dunia kerana sakit jantung.

Ia lebih selamat untuk dimakan oleh anak anda jika kulit anggur dibuang terus. Hal ini kerana selaput anggur yang licin akan menyukarkan proses mengeluarkan anggur dari tekak anak sekiranya tercekik.

Nak anggur juga! Bagaimana ya?

Jika anda masih ingin menghidangkan anggur sebagai makanan bayi, kupaslah kulit anggur, lunyaikan seperti prun dan barulah dihidangkan kepada si manja anda.

Suap si manja anda perlahan-lahan dan peka jika anak anda tersedak ketika makan.

Pastikan bahawa anda sentiasa bersama si manja ketika dia sedang makan dan peka akan tanda-tanda tercekik. Selain itu, pastikan anak anda tidak ada alergi makanan sebelum mencuba menu baru.

Makanan bayi lain yang harus dielakkan

Makanan yang tidak sesuai atas risiko mudah tercekik bagi anak yang berumur 4 tahun ke bawah ialah :

  • Jagung dan jagung bertih
  • Kekacang dan bijirin
  • Daging, ayam atau keju yang dipotong besar
  • Gula-gula, gula-gula getah
  • Buah-buahan atau sayuran bertekstur keras seperti epal dan karot
  • Buah atau sayur berkulit licin – anggur, tomato ceri
  • Sosej, kecuali saiz potongan sesuai untuk umur
  • Makanan mudah melekit seperti mentega kacang (boleh diberikan jika disapukan sedikit atas roti)

Jika anak saya tercekik, bagaimana ya?

bayi tercekik

Pertama sekali, anda harus peka akan tanda dan simptom tercekik seperti:

  • Mencengkam bahagian dada atau leher
  • Tidak dapat bercakap, bernafas atau batuk

Jika anak tercekik dan anda tidak mempunyai pengalaman pertolongan kecemasan, bawalah anak anda ke hospital secepat mungkin atau dapatkan pertolongan paramedik.

Jangan sesekali melakukan perkara seperti di bawah kerana ia boleh memudaratkan keadaan:

  1. Jangan memasukkan jari ke dalam tekak anak anda. Ia akan menolak makanan lebih jauh ke dalam tekak.
  2. Jangan memberikan air kepada anak anda. Bukan sahaja memudaratkan, air tidak akan membantu mengeluarkan makanan tersebut.
  3. Jangan menggoncang atau membalikkan tubuh anak anda. Ini boleh menjurus kepada kecederaan lebih lanjut dan menggerakkan makanan lebih ke dalam tekak si kecil.

Konklusi

Mencegah lebih baik daripada merawat.

Terdapat banyak lagi makanan lain selain anggur yang selamat untuk diberikan kepada anak anda. Cubalah elakkan makanan yang boleh memudaratkan mereka, dan seeloknya menambahkan makanan yang bernutrisi tinggi untuk perkembangan mereka.

Berbincanglah dengan doktor atau pegawai dietetik mengenai pemakanan yang sesuai untuk si comel anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

10 Manfaat Makan Buah Anggur, Salah Satunya Mencegah Pertumbuhan Kanser & Banyak Lagi!

Suka makan buah anggur? Adakah anda ambil tahu manfaat dan khasiatnya pada tubuh badan? Nah, anda boleh dapatkan maklumat tersebut dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/08/2019 . 8 minit bacaan

4 Resepi Bubur Bayi 6 Bulan Yang Anda Boleh Cuba, Si Manja Pasti Suka!

Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui resepi bubur bayi 6 bulan mereka. Oleh itu, ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 27/07/2019 . 4 minit bacaan

Bayi Dah Sedia Nak Makan? Sabar, Kenal Pasti Tanda Palsu Ini Dulu, Mungkin Si Manja Main-main

Jangan memperkenalkan makanan terlalu awal pada bayi anda ya! Kadang-kadang, mereka menunjukkan tanda palsu yang mereka bersedia untuk makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 23/01/2019 . 4 minit bacaan

Bila Si Manja Boleh Mula Makan Makanan Pejal? Ibu Bapa, Ini Jawapannya!

Sebagai ibu bapa, tahukah waktu bila kita boleh mula beri makanan pejal bayi kepada si manja? Selain itu, makanan jenis apa yang paling sesuai?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 23/01/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan bayi 8 bulan

Bayi Sudah Masuk Usia 8 Bulan? Ibu Boleh Mula Bagi Si Manja Finger Food, Baik Untuk Skil Motor

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
diet bayi

Belum Masanya Lagi! Mama, Usah Perkenalkan 5 Jenis Makanan Ini Kepada Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
susah menelan

Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 31/10/2019 . 2 minit bacaan