Menangani Masalah Ruam Lampin Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Lampin bayi adalah keadaan kulit merah dan radang pada kawasan lampin bayi. Kadangkala, ruam lampin rasa sedikit hangat dan bengkak. Keadaan kulit ini boleh jadi ringan atau teruk bergantung kepada setiap bayi.

Apakah yang menyebabkan ruam lampin?

Kebasahan

Walaupun lampin bayi anda mempunyai ciri-ciri penyerapan, namun kawasan lampin bayi anda masih akan meninggalkan sedikit kebasahan pada kulit si manja. Tambahan pula, apabila air kencing bayi bercampur dengan najis, jadi gabungan tersebut mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak. Akibatnya, bayi yang kerap membuang air besar atau cirit-birit adalah lebih cenderung untuk mendapat ruam lampin.

Kulit sensitif

Sebaliknya, tidak semua bayi yang ibu bapanya rajin menukar lampin adalah bebas daripada mendapat ruam lampin. Kulit sensitif juga boleh menjadi penyebab berlakunya iritasi kulit.

Pendedahan kepada bahan kimia

Ruam lampin yang bayi anda alami boleh menyebabkan kesan gosokan terhadap kulit, terutamanya jika bayi anda mengalami alahan kepada bahan kimia seperti wangian yang ada dalam lampin pakai buang atau bahan detergen (selalunya digunakan dalam lampin kain). Ruam lampin boleh juga terjadi disebabkan oleh losen bayi atau pelembap yang disapu pada kulit si manja.

Kanak-kanak yang mengambil antibiotik atau ibu yang mengambil antibiotik adalah lebih cenderung untuk mendapat ruam lampin memandangkan antibiotik boleh mengurangkan jumlah bakteria baik. Antibiotik juga boleh menyebabkan cirit-birit, yang menyumbang kepada ruam lampin.

Pendedahan kepada makanan baru

Jika bayi anda yang menyusu susu badan mendapat ruam lampin, ia boleh jadi disebabkan oleh makanan yang ibu makan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pengambilan diet anda supaya bayi anda tidak terjejas melalui susu badan yang anda berikan.

Pastikan lampin bersih dan kering untuk mengelakkan ruam lampin

Perkara penting apabila bayi mendapat ruam lampin adalah dengan memberi perhatian lebih kepada durasi masa anda menukar lampin bayi. Pastikan lampin bayi kering dan bersih supaya kawasan lampin tidak menjadi persekitaran yang merangsang pembiakan bakteria dan menjejaskan kulit bayi.

Setiap kali anda menukar lampin bayi, bersihkan kulit bayi sekali, tetapi lakukan dengan lembut, menggunakan air. Ingatlah untuk tidak menggosok kawasan lampin memandangkan kulit bayi adalah rapuh. Jangan gunakan tisu bayi dan sabun yang mengandungi alkohol atau yang mempunyai pewangi kuat kerana ini juga boleh menyebabkan ruam lampin.

Jangan pakaikan lampin bayi terlalu ketat. Sesekali, biarkan bayi anda bebas lampin untuk tempoh seketika. Ini akan memastikan bahagian lampin bersih, kering, dan melindungi bayi daripada ruam lampin.

Bila anda perlu bawa anak berjumpa pediatrik?

Jika anda melihat sebarang simptom di bawah, bawa segera bayi anda berjumpa doktor:

  • Kulit bayi melepuh pada bahagian lampin
  • Demam
  • Ruam tidak baik walaupun selepas dirawat, atau semakin bertambah teruk
  • Kemerahan
  • Bengkak
  • Berdarah atau gatal

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kurang Popular, Tapi Alat Cegah Hamil Ini Mudah Dipakai & Efektif! Kenali CINCIN VAGINA

    Pernahkah anda dengar tentang cincin vagina? Kaedah perancang keluarga menggunakan kontraseptif ini tidak popular, namun mungkin berguna untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Seksual, Kontrasepsi 18/01/2021 . 4 minit bacaan

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Ketahuilah bahawa bersifat positif toksik hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada anda sendiri atau orang lain. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

    Pernahkah anda terfikir, apakah makanan berkafein lain selain kopi? Atau anda sendiri tidak tahu rupanya ada juga sumber kafein lain selain kopi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    membunuh diri

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan tidak berkhasiat

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit tekak

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan