backup og meta

Panduan Ketika Membesarkan Anak Lelaki yang Perlu Diamalkan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/04/2019

    Panduan Ketika Membesarkan Anak Lelaki yang Perlu Diamalkan

    Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tugas anda untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak. Ada ibu bapa yang mengatakan bahawa membesarkan anak lelaki adalah jauh lebih sukar berbanding membesarkan anak perempuan. Jika penyataan ini benar, mengapakah ia sedemikian dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Perbezaannya, anak lelaki mungkin lebih cergas dan aktif berbanding anak perempuan. Mereka cenderung untuk bermain tanpa mengira waktu. Disebabkan itu ibu bapa perlu bijak mengawal mereka. Berikut merupakan panduan yang ibu bapa perlu tahu dalam membesarkan anak lelaki anda.

    Panduan Membesarkan Anak Lelaki

    #1. Jangan menetapkan terlalu banyak batasan untuk mereka

    Secara umumnya, anak lelaki juga memerlukan batasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan sama seperti anak perempuan. Namun begitu, jangan terlalu tegas dengan mereka mengenai perkara ini dan tidak membenarkan mereka melakukan apa-apa aktiviti. Sebaliknya, biarkan mereka meneroka dunia ini dalam pemerhatian anda. Semakin mereka meningkat dewasa, ajar mereka untuk mengenal sendiri akan risiko dan bahaya terhadap apa-apa aktiviti yang mereka sukai seperti berbasikal atau bermain papan luncur.

    #2. Jangan biarkan mereka bosan

    Anak lelaki sangat cepat menjadi bosan. Disebabkan itu, mereka sentiasa perlu melakukan aktiviti untuk mengisi waktu lapang. Apa yang anda boleh lakukan adalah benarkan mereka bermain di luar bersama kawan-kawan mereka tetapi tetapkan waktu dan tempat mereka bermain terlebih dahulu. Jika anak lelaki anda hanya terperuk di rumah, mereka hanya akan menonton televisyen atau bermain permainan video yang ternyata tidak sihat buat mereka.

    #3. Jangan anggap mereka mempunyai pemikiran yang sama dengan anak perempuan

    Ya, sejak kecil lagi pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza sama sekali. Disebabkan itu, cara membesarkan anak lelaki perlu berbeza dengan membesarkan anak perempuan. Sebagai contoh, anak perempuan mungkin lebih terbuka mengenai perasaan mereka. Ini sangat berbeza dengan anak lelaki yang cenderung untuk menyimpan atau memendam perasaan mereka. Sebagai ibu bapa, pastikan anak lelaki anda tidak menyorokkan apa-apa daripada anda tetapi jangan sesekali memaksa mereka untuk memberitahu anda mengenai perasaan mereka.

    #4. Jangan terlalu memanjakan mereka

    Kadangkala, ibu bapa mungkin tidak sanggup melihat anak lelaki mereka terlalu terbeban dengan tugasan yang mereka berikan. Sebenarnya, anda tidak perlu berasa seperti ini. Sebaliknya, biarkan mereka menghabiskan tugasan seperti mencuci kereta atau mengemas rumah secara sendiri. Ini akan menanam sifat tanggungjawab yang perlu ada dalam diri untuk kehidupan mereka sendiri kelak.

    #5. Jangan bimbang jika mereka “lembut’’

    Menjadi seorang lelaki tidak membenarkan mereka untuk menjadi kasar, nakal atau jahat. Jika anda perasan anak lelaki anda adalah seorang yang agak “lembut’’ dan sangat prihatin terhadap individu lain, jangan cuba mengubah mereka. “Kelembutan’’ ini diperlukan untuk mereka lebih bersikap seperti lelaki sejati dan memahami perasaan individu lain. Namun begitu, jangan pula galakkan anak lelaki anda untuk berpenampilan seperti anak perempuan.

    #6. Jangan bersikap stereotaip terhadap jantina mereka

    Paling penting, anda sebenarnya tidak boleh terlalu bersikap stereotaip terhadap jantina mereka. Jika anak lelaki anda menangis, jangan salahkan atau ketawakan mereka kerana berkelakuan seperti anak perempuan. Jika dia mula memukul kawannya pula, jangan pula anda bersorak dan berbangga kerana mereka kononnya bersikap seperti seorang lelaki yang kuat. Sebaliknya, sokong dan dorong mereka untuk menjadi versi diri mereka yang terbaik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/04/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan