Ibu Bapa Nafi, Anak Patut Peduli

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kajian menunjukkan masalah inkontinens semakin menular dalam kalangan warga emas, namun hanya satu pertiga sahaja yang tampil mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan.

Dianggarkan 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinens iaitu lemah kawalan kencing dalam kalangan ibu bapa khususnya warga emas.

Anggaran itu termasuk 1 daripada 3 wanita yang berusia 40 tahun ke atas dan 1 daripada 10 lelaki berusia 60 tahun ke atas.

Malangnya, hanya 31% sahaja yang mendapatkan rawatan. Ini kerana hakikatnya ramai yang mengalami masalah inkontinens keseorangan termasuk ibu bapa yang sudah berusia atau mereka mungkin segan dan seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan masalah itu daripada pengetahuan anak-anak.

Menyedari belenggu permasalahan itu, TENA dengan bantuan Yayasan Kontinens Malaysia telah melancarkan kempen “Apa Khabar Mak Abah?” bagi tujuan menggalakkan anak-anak untuk lebih perihatin dengan keadaan kesihatan ibu bapa yang semakin meningkat usia.

Pakar Neurologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, Dr Peter Ng berkata, inkontinens adalah keadaan biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa seiring dengan peningkatan usia disebabkan oleh penuaan, perubatan atau masalah kesihatan lain.

“Walaupun ramai yang mengalami masalah ini, ia sebenarnya masih boleh dirawat dah ditangani dengan adanya pengetahuan dan bantuan yang betul.

Peranan ahli keluarga khususnya anak-anak sangat penting walaupun pada permulaannya berinteraksi mengenai keadaan ini mungkin sukar,” katanya pada Pelancaran Kempen “Apa Khabar Mak Abah?” di Bangsar Shopping Centre.

Menurutnya, dari segi perubatan, kebanyakannya bimbang sekiranya rawatannya membabit perbelanjaan yang besar tetapi sebenarnya tanpa merujuk kepada doktor atau pakar, itu akan meningkatkan lagi kos perbelanjaan.

“Keadaan ini disebabkan oleh anak atau penjaga perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih tinggi sepanjang inkontinens berlaku akibat keadaan sebenar dialami ibu bapa tidak dapat didiagnosis.

“Keadaan ini berbeza bagi ibu bapa yang dibawa berjumpa dengan pengamal perubatan yang mana tidak dinafikan kos rawatan awal sedikit tinggi, tetapi lama-kelamaan ia semakin berkurang kerana pesakit mendapat rawatan yang betul dan besar kemungkinan inkontinens yang dialami oleh mereka boleh sembuh,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Kumpulan Vinda Asia Tenggara, Evelyn Chan berkata, inkontinens boleh menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup seseorang, malah dengan perasaan malu dan risau tanggapan buruk masyarakat membuatkan mereka berdiam diri.

Oleh itu, kempen berkenaan menggalakkan ahli keluarga memerhati tanda-tanda atau simptom inkontinens yang dihadapi oleh ibu bapa supaya dapat mengambil langkah sepatutnya dan membantu mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

    Bagi mereka yang terlibat dengan penjagaan warga tua dengan diabetes, kami ada checklist untuk memudahkan anda dengan penjagaan warga emas di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Raya Haji Ini Atuk & Nenek Makin Kurang Selera Makan? Ini Puncanya! BAHAYA Jika Dibiarkan!

    Penjagaan warga emas turut melibatkan pemakanan sihat. Ini kerana ia amat penting untuk kesihatan warga emas daripada mengalami kekurangan zat dan nutrisi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

    Isu penderaan warga tua bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Kesan penderaan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga psikologi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atrofi otot

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    faedah berkebun

    Jom Ajak Datuk & Nenek Anda Berkebun, Boleh Kuatkan Otot Dan Kurangkan Risiko Nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kayap

    Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan