backup og meta

Alamak, Anak Kaki Buli? Ketahui Cara Mengatasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/11/2019

    Alamak, Anak Kaki Buli? Ketahui Cara Mengatasinya

    Selalu kita dengar isu anak dibuli. Bagaimana pula kalau isunya bukan kena buli tetapi dia yang membuli. Haaa…ada tak dalam kalangan ibu bapa mempunyai anak kaki buli?

    Kenapa membuli?

    Ironinya, apabila kanak-kanak membuli, ia merupakan petanda bahawa mereka memerlukan bantuan. Situasi ini mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang, mengalami penderaan fizikal atau berdepan dengan isu sosial.

    Buli juga dikatakan sebagai satu mekanisma mempertahankan diri apabila pembuli berasa terancam, rasa tidak selamat atau berdepan tekanan di antara rakan sebaya atau daripada persekitarannya.

    Kes buli boleh berlaku tanpa melibatkan fizikal dan hanya melibatkan emosi. Ia mungkin sekadar ejekan nama orang yang dibuli atau nama bapa, ataupun memanggil mangsa dengan panggilan yang memalukan.

    Sebagai individu dewasa mungkin kita berasa bahawa ia satu usikan gurauan. Tetapi penulis pasti zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah diejek atau mengejek, walaupun sekali, bukan? 

    Tahu tak, perbuatan itu sebenarnya boleh menyebabkan mangsa ejekan menderita emosi dan menghiris jiwa serta perasaan. Dan sering kali rasa ini akan terpendam selama bertahun lama dan tidak mustahil ia akan bertukar dendam. 

    Jadi, apakah peranan anda sebagai ibu bapa untuk mengatasi isu anak kaki buli ini?

    Tangani isu anak kaki buli

    Tiada ibu bapa yang mahukan anak kali buli dan sudah tentu juga tidak wujud ibu bapa sanggup melihat anaknya dibuli. Berikut adalah antara tindakan yang boleh dilakukan jika anda menyedari bahawa anak mempunyai sikap pembuli.

    1. Hubungan positif

    Perhubungan antara ibu bapa dan anak sama ada secara fizikal atau lisan adalah faktor utama yang menentukan tingkah laku anak dalam pergaulannya. Ibu bapa adalah contoh teladan yang paling dekat dan terbaik untuk anak-anak. 

    1. Bercakap

    Cari ruang dan masa untuk berbual dengan anak. Berikan peluang untuk anak berkongsi apa yang dirasakannya; rasa benci, takut, marah, rasa tidak selamat dan sebagainya. Ajar mereka untuk mengenal pasti punca wujudnya rasa itu dan cara penyelesaiannya.

    1. Kawal

    Biasanya anak menjadi pembuli kerana terikut dengan apa yang ditontonnya. Jadi sebagai ibu bapa anda harus tahu mengawal apa yang anak anda tengok, penggunaan internet dan media sosial. Pantau dan tapis apa yang menjadi tontonan dan informasi yang diperolehi anak anda. 

    1. Tingkah laku

    Perhatikan tingkah laku mereka jika terdapat perubahan yang ketara. Jika terdapat sikap aneh atau berbeza berbanding sebelum ini, berbincanglah dengan sebaiknya. Hindari daripada memarahi dan memaksa anak untuk berubah. Sebaliknya kenal pasti punca mengapa mereka berubah.

    Akhir kata

    Sebagai ibu bapa, anda perlu prihatin terhadap tingkah laku anak anda. Sekali sekala, luangkan masa bersama mereka dan jangan hanya mementingkan tugasan kerja sehingga mengabaikan keperluan mereka sebagai anak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan