backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hendak Tahu Autisme Atau Tidak, Tengok Pada Raut Wajah, Betul Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/04/2021

    Hendak Tahu Autisme Atau Tidak, Tengok Pada Raut Wajah, Betul Ke?

    Autism spectrum disorder (ASD) atau penyakit autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan yang boleh mendatangkan cabaran dari segi sosial, komunikasi dan tingkah laku dalam kalangan penghidapnya.

    Pesakit yang menghidap ASD sukar untuk dibezakan dari segi fizikal kerana mereka mungkin mempunyai ciri fizikal yang sama seperti orang lain. 

    Walau bagaimanapun, mereka mungkin berkomunikasi, berinteraksi dan mempunyai tingkah laku yang berbeza berbanding orang lain.

    Individu yang menghidap ASD boleh mengalami masalah pembelajaran yang berbeza-beza – sama ada ringan, sederhana ataupun teruk.

    Ada individu yang mempunyai ASD yang serius sehingga perlu dibantu dalam kehidupan seharian. Ada juga antara mereka yang hanya perlukan bantuan yang sedikit dan mampu berdikari seperti individu normal.

    Individu yang didiagnosis dengan ASD mungkin mengalami gangguan autisme (autistic disorder), PDD-NOS (pervasive developmental disorder not otherwise specified) dan sindrom Asperger.

    Kesemua kondisi berikut kini dikategorikan di bawah ASD.

    Bagaimana hendak kenal pasti individu yang menghidap penyakit autisme?

    autisme

    Individu yang menghidap ASD selalunya mengalami masalah dari segi interaksi sosial, emosional dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.

    Selain itu, mereka juga sering melakukan perkara yang sama berkali-kali dan tidak suka jika aktiviti harian mereka berubah.

    Ramai pesakit yang menghidap ASD mempunyai cara yang berbeza untuk belajar, memberi perhatian dan memberi reaksi terhadap sesuatu perkara.

    Untuk pengetahuan anda, tanda-tanda ASD selalunya boleh dikenal pasti sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat.

    Menurut CDC, kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai penyakit autisme atau ASD selalunya mempunyai gejala seperti berikut:

    1. Tidak akan menuding jari ke arah objek yang mereka suka untuk menunjukkan minat. (Contohnya, ramai kanak-kanak akan menuding jari ke arah kapal terbang yang melintas di atas kepala).
    2. Tidak akan memandang objek yang ditunjuk oleh orang lain.
    3. Tidak mempunyai minat terhadap orang lain.
    4. Tidak akan melakukan sebarang eye-contact dengan orang lain.
    5. Selalunya ingin berseorangan.
    6. Tidak faham jika orang lain meluahkan perasaan mereka. Mereka juga tidak tahu bagaimana untuk bercakap tentang perasaan mereka.
    7. Tidak suka dipeluk atau dipegang atau hanya boleh dipegang jika mereka mahukannya.
    8. Tidak sedar jika orang bercakap kepada mereka, tapi mudah menunjukkan respons terhadap bunyi.
    9. Sangat tertarik kepada orang ramai, namun tidak tahu cara yang betul untuk bercakap atau bermain dengan mereka.
    10. Tidak akan main permainan yang melibatkan lakonan. Contohnya, mereka tidak berminat dengan permainan yang memerlukan mereka untuk berlakon.
    11. Suka lakukan perkara yang sama berkali-kali.
    12. Sukar untuk menyesuaikan diri apabila rutin berubah.
    13. Mempunyai reaksi luar biasa terhadap sesuatu bunyi, bau, atau rasa.
    14. Hilang skil yang mereka pernah ada. Contohnya, mereka akan berhenti menggunakan sesuatu perkataan secara tiba-tiba walaupun mereka selalu gunakannya sebelum ini.

    Perbezaan dari segi ciri wajah untuk diagnosis penyakit autisme

    penyakit autisme

    Pada tahun 2011, para saintis telah melakukan kajian untuk menentukan sama ada rupa paras dan ciri-ciri tertentu pada wajah seseorang boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendiagnosis autisme.

    Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Autism and Developmental Disorders, wajah yang tidak simetri, dahi yang luas dan rambut yang tumbuh pada arah yang berbeza boleh digunakan untuk membantu doktor mendiagnosis autisme.

    Dalam kajian ini, mereka telah membandingkan ciri fizikal 224 orang kanak-kanak autisme dengan 224 kanak-kanak sihat yang mempunyai umur dan jantina yang sama.

    Mereka menemui 48 ciri – antaranya ialah wajah yang tiada ekspresi dan bibir atas yang lebih nipis. Ciri ini didapati lebih banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai autisme.

    Malah, faktor ini berjaya mengklasifikasikan kanak-kanak dengan autisme dengan ketepatan sebanyak 96%!

    Kira perbezaan wajah dengan tepat menggunakan 3DMD

    Sebuah lagi kajian yang diterbitkan dalam Molecular Autism pada tahun 2011 juga menggariskan penemuan yang hampir sama.

    Mereka mendapati, kanak-kanak lelaki yang mempunyai autisme mempunyai ciri fizikal seperti wajah, mulut dan hidung yang lebih leper.

    Mereka juga mempunyai philtrum (kawasan antara hidung dan bibir atas) yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak normal.

    Ujian ini dilakukan ke atas kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun yang belum lagi melalui akil baligh. Mereka juga telah menggunakan sejenis alat pengimejan 3D yang dikenali sebagai 3DMD.

    Menurut Judith Miles, ketua saintis kajian ini, mereka telah menggunakan 3DMD (sejenis alatan yang digunakan oleh pakar bedah plastik) dalam kajian supaya boleh mengukur dengan tepat perbezaan pada wajah penghidap autisme berbanding kanak-kanak normal.

    Kesimpulan

    penyakit autisme

    ASD boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, kumpulan sosio ekonomi, ataupun etnik. Namun, ASD didapati berlaku 4 kali lebih kerap dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

    Gejala autisme selalunya akan muncul ketika kanak-kanak menginjak ke usia 2 atau 3 tahun. Kadangkala, doktor mungkin akan mengenal pasti masalah ini lebih awal jika kanak-kanak tersebut mengalami masalah perkembangan.

    Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai penyakit autisme yang mendapat rawatan serta intervensi yang bersesuaian boleh hidup dengan lebih baik pada masa hadapan.

    Oleh sebab itu, jika anak anda mempunyai ASD, pastikan anda merawat kondisi si kecil segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan