Ibu Ayah Berhenti Memukul Anak, 6 Kesan Ini Hanya Membuatkan Anda Menyesal Seumur Hidup

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Mendisiplinkan anak sememangnya merupakan tugas utama bagi pasangan ibu bapa. Kadangkala, ibu bapa juga gagal mengawal perasaan lalu memarahi anak yang melakukan kesalahan. Lebih teruk lagi, ada juga ibu bapa yang sanggup menggunakan kekerasan dan memukul anak dengan tangan ataupun objek hanya disebabkan salah laku yang mungkin tidak setimpal dengan hukuman yang diterimanya. Ini sebenarnya akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sekiranya anak anda melakukan kesalahan, kawal kemarahan anda. Selain itu, sentiasa sematkan dalam hati anda bahawa memukul tidak akan menyelesaikan sebarang permasalahan dan ia hanya akan mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain, seperti:

1. Ia tidak akan mengajar anak anda apa-apa

Anda perlu tahu bahawa memukul anak tidak akan mengajar anak apa-apa. Tidak wujud sebarang pengajaran dan pembelajaran yang boleh diperolehi melalui hukuman seperti ini. Paling bahaya, ia mungkin hanya akan menyebabkan anak anda mengalami parut pada badannya akibat kecederaan dipukul oleh anda.

2. Mengeruhkan keadaan

Jika ibu bapa berpendapat bahawa memukul akan membuat anak anda tidak lagi melakukan kesalahan tersebut, anda sama sekali salah. Ini kerana kanak-kanak tetap akan mengulangi kesalahan tersebut dan jika ini terjadi, apakah yang anda ingin lakukan? Adakah anda perlu memukulnya dengan lebih kuat lagi? Tidak, memukul bukanlah jawapannya.

3. Menyebarkan keganasan

Jika anda sendiri yang membenarkan keganasan ini tersebar dengan memukul anak anda, maka tidak mustahil jika mereka juga terpengaruh dengannya. Mereka akan beranggapan bahawa memukul merupakan jalan penyelesaian kepada setiap salah laku. Ini hanya akan menyebabkan mereka memukul rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan.

4. Merendahkan nilai diri anak dan juga anda

Memukul anak anda sebenarnya bukan sahaja akan mencederakan fizikal mereka, malahan juga emosi mereka. Ini hanya akan membuatkan mereka hilang rasa hormat terhadap diri sendiri sekali gus merendahkan nilai diri mereka. Bukan kepada anak sahaja, ia juga akan merendahkan nilai diri ibu bapa yang memukul anak. Anda perlu tahu bahawa memukul anak jika mereka melakukan kesalahan hanya akan memuaskan hati anda ketika itu sahaja. Kesannya, anak anda akan takut kepada anda dan anda sendiri akan berasa menyesal kemudian hari.

5. Membuat anak membenci ibu bapa

Sebagai kanak-kanak kecil, mereka masih belum mampu berfikir secara rasional. Disebabkan itu, mereka akan menganggap bahawa hukuman memukul mereka adalah satu ketidakadilan, penghinaan dan rasa tidak dihargai. Kesemua ini akan disimpan di dalam hati lalu menyebabkan mereka mula menyemai perasaan benci akan ibu bapa mereka sendiri.

6. Memberikan kesan negatif pada jangka masa yang panjang

Ibu bapa seharusnya tahu bahawa perbuatan memukul anak akan mendatangkan kesan negatif pada jangka masa yang panjang, seperti:

  • Anak anda akan menjadi agresif
  • Anak anda akan menjadi egois dan anti sosial
  • Perkembangan kognitif dan emosi terbantut

Paling membimbangkan, kanak-kanak yang terlalu terdedah kepada keganasan semasa kecil cenderung untuk mencontohinya. Mereka mungkin akan menggunakan kekerasan ini untuk melakukan jenayah dan pelbagai kesalahan tingkah laku. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu mendisiplinkan anak anda daripada kecil lagi. Anda juga perlu sentiasa ingat bahawa memukul bukanlah satu pilihan hukuman yang terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan