Ketahui Punca-punca Autisme

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sebagai salah satu penyakit berkaitan perkembangan saraf, autisme boleh mempengaruhi sesiapa sahaja. Tiada sesiapa pun yang mengetahui punca sebenar berlakunya autisme tetapi punca dan faktor risiko yang berkemungkinan telah ditentukan oleh para pengkaji. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.

Genetik

Autisme mempunyai kecenderungan untuk diwarisi dalam kalangan keluarga dan ia mungkin sesuatu yang diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya salah seorang ibu bapa mempunyai autisme, maka anaknya berkemungkinan untuk mempunyai autisme. Jika seorang kanak-kanak itu didiagnosis dengan autisme, terdapat kemungkinan kepada adik-beradiknya untuk mempunyai keadaan yang sama. Adalah menjadi kelaziman untuk sepasang kembar mempunyai autisme.

Bijak pandai berpendapat bahawa salah satu faktor utama untuk seseorang mempunyai penyakit ini adalah genetik. Tetapi terdapat beberapa genetik di dalam tubuh badan manusia yang dikaji oleh ahli saintis bagi mengetahui genetik yang manakah penyebab utama perkembangan autisme.

Di dalam sesetengah kes, autisme mungkin berkaitan dengan kecelaruan genetik yang lain seperti sindrom fragile-X atau sklerosis tuberos. Manakala dalam kes yang lain pula, sedikit perubahan dalam pelbagai genetik boleh menjadikan seseorang itu cenderung terhadap autisme.

Sesetengah genetik boleh menjejaskan perkembangan otak atau komunikasi sel otak, atau terdapat beberapa yang berpotensi untuk memburukkan keadaan simptom autisme.

Pencetus daripada faktor persekitaran dan genetik

Pencetus persekitaran boleh mengakibatkan perkembangan autisme. Berlakunya masalah ketika mengandung atau ubat yang diambil ketika itu juga boleh memainkan peranan. Sebagai contoh, jangkitan virus, pendedahan terhadap bahan pencemaran udara atau ubat yang dipreskripsikan seperti thalidomide dan valproic asid boleh meningkatkan risiko dalam kalangan kanak-kanak.

Punca biologi yang lain

Terdapat keadaan kesihatan yang tertentu yang boleh dikaitkan dengan autisme, termasuklah:

  • Sindrom Down: Kecelaruan genetik yang menyebabkan kelewatan dalam perkembangan, keupayaan untuk belajar dan ciri-ciri fizikal yang tidak normal seperti tona otot yang berkurangan, hidung penyet, mulut kecil, dan tangan pendek
  • Distrofi otot: Sekumpulan keadaan genetik yang mampu mengakibatkan otot menjadi lemah secara progresif dan kehilangan jisim otot. Dalam keadaan ini, genetik yang tidak normal mengganggu penghasilan protein, mengakibatkan masalah kesihatan otot
  • Palsi serebrum: Penyakit kronik yang menjejaskan otak dan sistem saraf, menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan koordinasi
  • Spasma infantil: Sejenis epilepsi (keadaan apabila otak mengakibatkan serangan sawan yang berulang)
  • Masalah metabolisme
  • Masalah dengan sistem imuniti

Salah faham tentang sebab berlakunya autisme

Tiada kaitan di antara vaksin dan autisme, terutama sekali vaksin MMR (digunakan untuk mencegah mumps, measles, dan rubella). Vaksin adalah mudah untuk diberikan tetapi ia sangat berkesan untuk melindungi kanak-kanak. Walaupun vaksin mempunyai kesan sampingan, ia boleh mendatangkan kebaikan lebih daripada keburukan. Tidak mendapatkan vaksin boleh mendatangkan risiko jangkitan yang serius terhadap anak anda.

Meskipun Autisme tidak mempunyai sebab yang diketahui, faktor risiko dan faktor yang berkemungkinan seperti masalah genetik dan masalah persekitaran boleh memainkan peranan penting. Doktor mengkaji maklumat ini untuk menentukan punca-punca dan rawatan yang sesuai kepada anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seronok Suap Si Manja Makan? TAPI Jaga-jaga! Ada 9 Makanan BERISIKO Buat Anak Tercekik

Tercekik makanan perkara berisiko terjadi kepada anak kecil, terutamanya di bawah usia 4 tahun. Adakah anda tahu jenis makanan yang harus dielakkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Elak Masalah Tulang Reput, WAJIB Ambil Kalsium, Tapi Berapa Banyak Kena Makan?

Fungsi kalsium dalam tubuh adalah untuk menguatkan tulang dan gigi daripada menjadi rapuh. Namun, kepentingan kalsium ini sering diabaikan oleh ramai orang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian Ini!

Mimpi basah adalah normal dan akan berlaku kepada setiap individu. Persoalannya, apa punca dan maksud sebenar ia berlaku? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
pembedahan bariatrik

Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
pedih ulu hati

Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
minuman kafein

Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan