Anak Anda Cerewet Makan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/01/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut penyelidik, bayi akan hanya makan makanan yang biasa pada mereka sehingga mereka mula menerima dan menyukai makanan baru. Sebagai ibu bapa, bagaimana anda boleh mengendalikan situasi ini apabila anak anda hanya makan satu atau dua jenis makanan atau cerewet makan? Teruskan membaca artikel ini.

Berikut adalah cara dan tip untuk membantu anda mengatasi masalah anak memilih makanan.

  • Cuba untuk bersabar dan tenang. Masa makan seharusnya sesuatu yang seronok dan menyelesakan.
  • Sentiasa cuba memperkenalkan hidangan baru setiap kali waktu makan.
  • Biarkan anak anda makan sayuran yang digemari. Jika anak anda hanya menyukai dua atau tiga jenis sayuran, biarkan mereka makan seperti biasa dan tambahkan sayuran baru untuk anak anda cuba.
  • Jadilah tukang masak yang kreatif. Anda boleh potong roti dalam bentuk yang menarik atau potong buahan dalam bentuk bola kecil. Belikan mangkuk dan pinggan dengan warna yang menarik, ceria dan terang.
  • Jadi contoh yang terbaik kepada anak anda. Ketika waktu makan bersama keluarga, tunjukkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ia akan menggalakkan anak anda untuk membina tabiat makanan yang baik.
  • Tetapkan waktu makan; 3 hidangan utama dan 2 snek sihat sehari. Ada yang mengatakan anda perlu membiarkan anak anda berasa lapar dan menghindari makanan ringan. Paling penting, sebelum waktu makan, jangan benarkan anak anda makan sebarang snek atau gula-gula.
  • Jangan paksa anak anda makan sesuatu yang tidak digemarinya. Tetapi, anda boleh memberi galakan secara perlahan-lahan untuk mencuba sesuatu yang baru.
  • Elakkan dari meninggikan suara apabila anak anda enggan makan sesuatu. Cuba untuk memberi suapan lagi.
  • Pastikan anak anda tidak makan makanan ringan atau snek sebelum waktu makan utama. Apabila lapar, anak anda akan cenderung untuk mencuba sesuatu hidangan yang baru.
  • Gunakan pendekatan motivasi positif. Beritahu kepada anak anda betapa hebat dan bagusnya mencuba makanan baru dan sihat atau berapa cantik dan besar dia akan jadi jika mencuba makanan baru.

Cara yang paling terbaik adalah untuk mempelbagaikan pilihan makanan yang sihat. Persekitaran yang positif adalah penting untuk menjadikan waktu makan menyeronokkan dan makanan menjadi menyelerakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    resepi ayam

    Aduh, Anak Cerewet Makan! Ibu Boleh Cuba Resipi Ayam Ini, Sungguh Lazat Pasti Si Kecil Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2019 . 8 minit bacaan