backup og meta

Sentuhan Kulit ke Kulit Memberi Manfaat kepada Otak Bayi - Menurut Kajian

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Sentuhan Kulit ke Kulit Memberi Manfaat kepada Otak Bayi - Menurut Kajian

    Kesihatan minda bayi adalah keutamaan setiap ibu. Itulah sebabnya ibu akan mencari sumber pemakanan yang terbaik untuk membantu meningkatkan perkembangan otak anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, mereka sering mengabaikan satu faktor yang mudah tetapi amat penting, iaitu sentuhan kulit ke kulit. Kajian telah membuktikan bahawa sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayinya boleh memberi manfaat kepada otak kanak-kanak.

    Apakah sentuhan kulit ke kulit?

    Selepas melahirkan si manja, bayi anda akan diletakkan meniarap dan terus ke dada anda. Sentuhan kulit ke kulit adalah masa anda dan bayi anda berpelukan, mengenali satu sama lain. Satu bentuk sentuhan kulit ke kulit yang popular dipanggil penjagaan kanggaru, yang melibatkan bayi yang berada di dalam kantung baju ibunya selama sekurang-kurangnya satu jam.

    Kajian dan hasilnya yang mengejutkan

    Penyelidik Perinatal, Nathalie Maitre dari Hospital Kanak-kanak Nationwide dan Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt dan pasukannya telah menjalankan kajian untuk mengukur pelbagai respons otak dari 125 bayi dengan bantuan elektroensefalogram (EEG). Kajian ini dilakukan pada bayi yang dilahirkan pada usia 24 hingga 36 minggu dan bayi yang lahir pada usia 38 hingga 42 minggu.

    Para penyelidik mendapati bahawa pengalaman bersentuhan paling awal dapat membentuk somatosensory brain scaffolding, yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif, persepsi, dan sosial bayi. Selain itu, sentuhan fizikal yang selesa dengan manusia membuatkan hasil neurodevelopmental lebih baik, terutamanya untuk bayi yang lahir pramatang. Oleh itu, sentuhan kulit ke kulit menjadi asas kepada pembangunan otak yang sihat dalam jangka masa panjang.

    Ini bermula pada penyelidikan Maitre sebelum ini mengenai manfaat penjagaan kanggaru. Beliau dan pasukannya mendapati bahawa kaedah penjagaan ini membantu kanak-kanak menguruskan risiko untuk hipotermia dalam kes-kes kelahiran pramatang.

    Manfaat sentuhan kulit ke kulit pada aspek mental

    Ikatan dengan ibu bapa

    Gene Cranston Anderson, Ph.D., R.N., Profesor Emeritus Kejururawatan di Case Western Reserve University di Cleveland menyatakan bahawa bayi dapat mengenali suara ibu bapa mereka dari dalam rahim. Penjagaan kanggaru bukan sahaja menguatkan ikatan antara bayi dan ibu tetapi juga bayi dan bapanya.

    Mengurangkan kesakitan dan tekanan bayi

    Hanya 10 minit hubungan kulit ke kulit dapat membantu mengurangkan tahap kortisol hormon stres dan meningkatkan kadar oksitosin, dengan yang demikian merangsang sistem saraf parasimpatetik untuk memberikan bayi rasa selamat dan tenang. Bayi pramasa yang dipegang dada ke dada juga kurang bertindak balas kepada batang tumit dan punca biasa kesakitan di kalangan kanak-kanak pramatang.

    Tidur bayi lebih mudah

    Berbanding dengan bayi yang diletakkan dalam inkubator, kanak-kanak yang dipegang pada dada ibu bapa tidur dengan lebih nyenyak dan mudah kerana tahap stres mereka dikurangkan.

    Bagaimanakah untuk membuat yang terbaik daripada sentuhan kulit ke kulit?

    Pakar mengatakan bahawa dua jam pertama penjagaan kanggaru adalah sangat penting dalam memudahkan bayi ke dunia. Selepas itu, sentuhan kulit ke kulit yang berterusan sangat membantu dan anda boleh melakukannya selagi kedua-dua anda dan bayi menikmatinya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan