backup og meta

Anak Selalu Mengadu Sakit Sendi? Eh, Jangan Pandang Enteng, Ibu! Ada Komplikasinya Tau

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/08/2020

    Anak Selalu Mengadu Sakit Sendi? Eh, Jangan Pandang Enteng, Ibu! Ada Komplikasinya Tau

    Radang sendi bukanlah isu kesihatan yang hanya berlaku kepada individu dewasa lebih berusia. Namun kanak-kanak juga mempunyai risiko mengalaminya. Parents, sila ambil tahu!

    Masalah radang sendi remaja

    Sempena meraikan Bulan Kesedaran Arthritis Juvenile pada bulan Julai, perkongsian artikel ini akan menerangkan tentang arthritis yang turut dialami mereka di bawah 17 tahun.

    Ya, jangan terkejut. 

    Anak-anak yang masih bersekolah turut terdedah kepada risiko mengalami isu kesihatan melibatkan masalah radang sendi remaja atau juvenile arthritis (JA).

    Arthritis berlaku disebabkan oleh keradangan pada sendi. Sendi adalah di mana dua atau lebih tulang bergabung. 

    Jenis arthritis paling biasa dialami oleh kanak-kanak dikenali sebagai arthritis idiopatik remaja (juvenile idiopathic arthritis). Idiopatik bermaksud dari sebab yang tidak diketahui.

    Terdapat beberapa bentuk arthritis yang boleh menjejaskan kanak-kanak.

    JA adalah penyakit reumatik atau isu kesihatan yang boleh menjejaskan fungsi pada struktur sokongan atau struktur badan disebabkan keradangan.

    Radang sendi yang dialami boleh menyebabkan:

    • Sakit. Anak anda mungkin tidak mengadu sakit sendi tetapi anda akan menyedari cara pergerakan mereka seakan tempang. Ini terutamanya pada waktu pagi atau selepas tidur siang
    • Bengkak. Pembengkakan sendi adalah keadaan biasa tetapi sering disedari apabila melibatkan sendi lebih besar seperti lutut
    • Kebas. Anda akan perasan si anak lebih kekok untuk bergerak, khususnya pada waktu pagi atau selepas bangun tidur
    • Demam, bengkak kelenjar dan ruam. Dalam sesetengah kes, anak mungkin mengalami demam yang panas, pembengkakan pada kelenjar getah bening atau ruam pada belakang badan
    • Kehilangan pergerakan
    • Kehilangan berat badan
    • Keletihan
    • Kerengsaan
    • Sakit pada mata atau mata merah
    • Penglihatan kabur 

    isu kesihatan

    Jenis radang sendi remaja

    Terdapat 3 jenis juvenile arthritis. Ia diklasifikasikan mengikut simptom, jumlah sendi yang terlibat dan kehadiran antibodi tertentu dalam darah.

    1. Oligoarticular

    Sebelum ini dikenali sebagai pauciarticular, yang bermaksud ‘sedikit sendi’. Dalam arthritis remaja jenis ini, hanya beberapa sendi sahaja yang terjejas.

    Dianggarkan lebih 50% kanak-kanak yang mengalami JA jenis oligoarticular. Selalunya, kanak-kanak perempuan di bawah usia 8 tahun cenderung menghadapinya.

    1. Polyarticular

    Kira-kira 30% kanak-kanak yang menghidapi isu kesihatan radang sendi remaja mengalami jenis polyarticular

    Arthritis jenis ini lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.

    Kanak-kanak dengan keradangan ini akan terjejas 5 atau lebih sendi yang lebih kecil seperti tangan dan kaki. 

    Biasanya, sendi yang terjejas berada di kedua-dua belah badan. Pun begitu, polyarticular juga boleh mempengaruhi bahagian sendi yang besar. 

    1. Systemic

    Lebih kurang 20% kanak-kanak dengan JA mempunyai jenis sistematik.

    Keradangan ini akan menyebabkan bengkak, sakit dan mengehadkan pergerakan pada sekurang-kurangnya 1 sendi.

    Gejala tambahan lain adalah termasuk ruam dan keradangan organ dalam seperti jantung, hati, limpa dan kelenjar getah bening (lymph node).

    Mereka juga akan mengalami demam panas 38℃ setiap hari selama tempoh 2 minggu atau lebih. 

    Jika tidak mendapat rawatan yang betul dan secukupnya, kanak-kanak dengan radang sendi remaja sistematik boleh mengalami keradangan sendi di banyak sendi lain.

    Lebih malang lagi, mereka juga terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah arthritis kronik yang berterusan sehingga dewasa.

    Risiko isu kesihatan disebabkan radang sendi remaja

    Sendi

    Ia boleh menyebabkan sendi tampak merah atau bengkak, terasa kebas, sakit, lembut dan hangat. Keadaan tersebut akan menyukarkan pergerakan atau melakukan aktiviti harian. 

    Gejala yang dialami akan bertambah buruk selepas bangun pagi atau selepas duduk dalam 1 posisi bagi tempoh yang lama. 

    Kulit

    Isu kesihatan yang boleh timbul kesan daripada JA adalah kulit menjadi:

    • Ruam merah bersisik (psoriatik)
    • Ruam merah jambu (sistematik)
    • Ruam berbentuk kupu-kupu pada batang hidung dan pipi (lupus)
    • Tompokan kulit tebal dan mengeras (scleroderma).

    kesan radang sendi

    Mata 

    Keradangan sendi ini turut boleh menyebabkan mata mengalami kekeringan, kesakitan, kemerahan dan sensitif terhadap cahaya serta masalah melihat dengan baik disebabkan oleh uveitis (radang mata kronik).

    Organ dalaman

    Radang pada sendi juga boleh menjejaskan organ dalaman seperti saluran pencernaan (cirit-birit dan kembung), paru-paru (sesak nafas) dan jantung.

    Rawatan untuk artritis remaja

    Hakikatnya tidak penawar untuk juvenile arthritis

    Namun dengan diagnosis awal dan rawatan agresif, aktiviti atau simptom berkaitan isu kesihatan ini boleh dikurangkan.

    Rawatan untuk masalah radang sendi remaja biasanya merangkumi senaman dan ubatan. Pelan perubatan adalah bergantung kepada jenis keradangan yang dialami. 

    Secara umumnya, tujuan utama rawatan adalah untuk:

    • Meredakan simptom, mengawal kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup 
    • Mengurangkan bengkak
    • Meningkatkan mobiliti dan kekuatan sendi
    • Mengelakkan kerosakan dan komplikasi sendi
    • Melambatkan atau menghentikan keradangan dan mencegah perkembangan penyakit
    • Mengurangkan kesan kesihatan jangka masa panjang

    Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat keradangan sendi ini. Sesetengah ubatan itu berfungsi untuk mengawal aktiviti penyakit dan melegakan simptom. 

    Teruskan hidup dengan juvenile arthritis

    Terdapat banyak pilihan rawatan dan kesemuanya adalah bagi mendorong pengurangan simptom arthritis.

    Rawatan yang dilakukan juga adalah untuk menjaga kualiti hidup anak agar dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan