backup og meta

Rubella (German Measles)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2022

    Rubella (German Measles)

    Apa itu Rubella?

    Biasa dikenali sebagai German Measles atau campak 3-hari, rubella adalah jangkitan yang kebiasaannya akan menjejaskan kulit dan kelenjar limfa. Ia disebabkan virus rubella (bukan virus yang sama yang menyebabkan campak).

    Rubella merebak apabila individu bernafas dalam persekitaran yang mengandungi cecair yang dijangkiti virus, seperti titisan wap air yang tersembur di udara apabila seseorang individu yang dijangkiti rubella, bersin atau batuk. Bagi ibu hamil, ia boleh merebakkan jangkitan ini kepada bayi dalam kandungannya melalui saluran darah.

    Simptom

    Kebanyakkan jangkitan rubella ini muncul di kalangan individu dewasa yang tidak mendapat imunisasi berbanding kanak-kanak. Pakar turut menganggarkan bahawa 10 peratus individu dewasa muda terdedah kepada jangkitan ini, yang boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak yang mungkin akan dimiliki mereka nanti.

    Jangkitan ini akan bermula dengan demam ringan selama 1-2 hari (99-100 ° F, 37.2-37.8 ° C), nodus limfa bengkak; kebiasaannya di bahagian belakang leher atau telinga. Ruam akan muncul di bahagian muka dan merebak ke bawah, dan apabila ia mula merebak, jangkitan di bahagian muka akan hilang.

    Ruam rubella merupakan petanda pertama jangkitan yang akan dapat diperhatikan ibu bapa. Ia boleh kelihatan seperti ruam lain, muncul sebagai bintik merah jambu atau merah, dan kemudian akan membentuk tompokan. Ia mungkin boleh menjadi gatal dan biasanya akan muncul untuk tempoh 3 hari. Selepas ruam hilang, bahagian bekas ruam itu akan mengelupas dalam  bentuk yang sangat halus.

    Simptom lain (biasanya di kalangan individu remaja dan dewasa) boleh melibatkan sakit kepala, hilang selera makan, keradangan ringan (kerengsaan di lapisan kelopak mata dan hidung), hidung tersumbat atau berair, nodus limfa bengkak di bahagian badan yang lain, serta bengkak dan sakit pada sendi (terutama pada individu wanita muda). Kebanyakan individu yang mendapat jangkitan ini mengalami beberapa simptom atau langsung tidak mengalami sebarang simptom.

    Simptom jangkitan ini kepada wanita hamil boleh mengakibatkan sindrom rubella kongenital, yang berpotensi mengganggu proses pembesaran janin. Bayi yang dijangkiti jangkitan ini sebelum lahir berisiko untuk berdepan masalah pertumbuhan; kecacatan intlektual, kecacatan pada mata dan jantung, pekak, masalah pada limpa dan sumsum tulang.

    Tindakan yang perlu diambil

    Rubella mungkin tidak akan menyebarkan jangkitan seperti campak atau cacar air, bayi yang tidak menerima suntikan imunisasi boleh dijangkiti melalui wap air atau air yang keluar dari air liur atau lendir dari individu yang dijangkiti ketika bersin atau batuk.

  • Hubungi doktor jika anda merasakan anak anda mempunyai rubella. Ini kerana penyakit ini adalah sangat jarang untuk berlaku dan doktor perlu melaporkan kes ini kepada jabatan kesihatan awam setempat. Tambahan pula, jangkitan rubella ini mudah dikelirukan dengan penyakit lain seperti demam campak dan deman scarlet. Jadi doktor perlu menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel darah untuk mengesahkan diagnosis.
  • Hubungi doktor jika anak anda berusia 2 bulan ke bawah dan mendapat demam melebihi 38° C, jika usia anak anda melebihi 2 bulan dan demamnya mencecah 38.3° C, jika dia berusia 6 bulan ke atas dan suhu badannya mencecah 39.4° C, atau anak anda mempunyai simptom selain rumah dan demam.
  • Hubungi doktor anda jika anak anda kelihatan lebih sakit dari simptom ringan yang berikut; timbul ruam berwarna merah jambu yang banyak atau anda merasakan anak anda mungkin dijangkiti rubella.
  • Anda boleh bertanyakan kepada doktor anda sama ada anak anda boleh diberikan beberapa aceteminophen atau ibuprofen, jika anda merasakan demamnya membuatkan dia kurang selesa. Jangan berikan aspirin kepada anak anda kerana ia boleh mencetuskan sindrom Reye, satu penyakit yang jarang berlaku tetapi berpotensi membawa maut.

    Dalam situasi jika anak anda tidak dijangkiti, anda tidak perlu risau kerana ia biasanya demam atau penyakit biasa. Antibiotik tidak akan berfungsi terhadap rubella kerana ia disebabkan virus, bukan bakteria.

    Pastikan anda anak menerima dos pertama suktikan vaksin MMR, ia biasa diberikan pada usia 12-15 bulan dan dos kedua, antara 4-6 tahun –  sebagai sebahagian daripada program imunisasi berjadual anak anda.

    Pencegahan

    Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan ini adalah melindungi anak anda dengan vaksin rubella pada usia 12 bulan supaya anda tidak perlu risau mengenai jangkitan yang mungkin dibawa oleh individu wanita yang hamil.

    Vaksin rubella adalah virus hidup yang dilemahkan, biasa diberikan sebagai sebahagian daripada vaksin MMR, untuk melindungi daripada jangkitan campak, beguk, dan rubella.

    Seorang individu kanak-kanak dengan rubella dianggap berjangkit dari seminggu ruam kelihatan dan selepas ia hilang, walaupun jangkitan itu adalah paling berjangkit ketika ruam muncul. Jika anda hamil dan tidak pernah mendapat suntikan imunisasi, ia adalah penting untuk menjauhkan diri daripada individu yang dijangkiti sehingga sekurang-kurangnya seminggu selepas ruamnya hilang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan