backup og meta

Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Tabiat No.4 Paling Kena Pantau!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/06/2021

    Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Tabiat No.4 Paling Kena Pantau!

    Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak. Ini kerana banyak masalah gigi kanak-kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan.

    Namun bukan mudah untuk anak menjaganya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!

    Baca lebih lanjut tentang Keibubapaan di sini.

    Perkembangan gigi kanak-kanak

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, marilah kita semua belajar mengenai perkembangan gigi yang akan berlaku kepada si kecil terlebih dahulu.

    Sebelum lahir

    Semasa dalam kandungan lagi, janin sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan dan tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.

    Enamel mula berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi sudah lahir pula, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.

    Selepas lahir

    Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi sekitar usia mereka enam bulan dan ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.

    Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan yang selalunya akan keluar mengikut turutan tertentu; gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.

    Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.

    Apabila sudah mencapai usia dewasa pula nanti, individu yang normal akan mempunyai 32 batang gigi.

    masalah gigi kanak kanak

    Namun ketahuilah bahawa proses semula jadi ini mungkin akan terganggu dan terjejas akibat masalah gigi kanak-kanak.

    Apakah masalah tersebut? Sila teruskan pembacaan anda!

    Masalah gigi kanak-kanak

    Buat anda yang bergelar ibu bapa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan gigi anak anda kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan yang negatif apabila mereka dewasa kelak.

    Jadi, sila peka dan ambil tahu mengenai masalah-masalah gigi yang boleh terjadi kepada mereka seperti berikut:

    #1. Kaviti

    Kebanyakan kanak-kanak masih belum arif tentang cara untuk memberus dan memflos gigi dengan betul tanpa pengawasan ibu bapa mereka,

    Tambahan lagi dengan diet yang tinggi gula, maka masalah kaviti adalah satu isu utama buat mereka.

    Ia disebabkan oleh plak yang terlekat pada permukaan gigi lantas menyebabkan gigi mereka mereput.

    Oleh itu, sila pantau anak anda setiap kali di bilik air untuk memberus dan memflos gigi dengan cara yang betul ya?

    #2. Gigi yang sensitif

    Masalah ini sangat menjengkelkan buat mereka terutamanya ketika mengambil makanan atau minuman yang sejuk dan manis seperti aiskrim.

    Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti kaviti, gigi yang berlubang, akar gusi terdedah, tampalan gigi retak atau renggang dan berbagai-bagai lagi.

    Jika mereka mengalaminya, segera bawa berjumpa doktor gigi untuk merawatnya.

    masalah gigi kanak kanak

    #3. Masalah gigi kanak kanak – Gigi tidak rata

    Kebanyakan kanak-kanak cenderung mempunyai gigi tidak rata yang seterusnya akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan gigi mereka kelak.

    Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik serta saiz dan bentuk rahang yang tidak stabil.

    Namun jangan risau kerana masalah ini boleh diselesaikan jika ibu bapa bertindak segera.

    Jadi sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk mengenali dan membetulkan masalah gigi kanak-kanak ini.

    #4. Tabiat menghisap ibu jari

    Tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak untuk mengawal kegelisahan ini sebenarnya boleh jadi isu besar kerana ia boleh menyebabkan gigi tidak selari.

    Apa yang dimaksudkan dengan tidak selari di atas tadi ialah keadaan di mana gigi atas tidak selari dengan gigi bawah lantas mewujudkan ruang ketika mulut ditutup.

    Kesannya akan membuat mereka sukar untuk mengunyah atau bercakap jika tabiat ini diteruskan sehingga mereka mencapai usia yang lebih tua kelak.

    masalah gigi kanak kanak

    #5. Penyakit gusi

    Selain gigi, gusi kanak-kanak juga perlu diperhatikan kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku, antaranya gingivitis.

    Gingivitis adalah satu keadaan di mana gusi boleh membengkak dan berdarah dengan mudah ketika mereka memberus atau memflos gigi.

    Ia juga boleh mengakibatkan kebengkakan dan kesakitan pada gusi dan gigi lantas membuat gigi mereka tumbuh dengan tidak betul kelak.

    #6. Kecemasan dental

    Kecemasan dental ini boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja ekoran lumrah sifat kanak-kanak yang serba lasak dan aktif.

    Ketika bermain, beriadah atau bertelingkah dengan temannya boleh mengakibatkan gigi anak retak, patah atau tercabut tanpa sengaja.

    Oleh itu, sentiasa berwaspada terutamanya ketika si kecil berada di luar rumah untuk beraktiviti bersama teman mereka.

    Sebagai ibu bapa, kita semua perlu bertanggungjawab dalam memastikan masalah gigi kanak-kanak ini tidak terjadi. Jadi, sila sentiasa peka ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan