backup og meta

Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Kanak-Kanak, Adakah Anak Anda Juga Tergolong?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2023

    Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Kanak-Kanak, Adakah Anak Anda Juga Tergolong?

    Kadar kolesterol dalam badan yang terlalu tinggi tidak hanya terjadi kepada orang dewasa sahaja. Malahan, masalah ini turut dihadapi oleh kanak-kanak. Benarkah? Jom baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Apa risiko kanak-kanak tinggi kolesterol dalam badan?

    Tubuh anak anda memerlukan kolesterol bagi melindungi saraf, menghasilkan hormon dan membuat tisu sel.

    Terlalu banyak kolesterol menyebabkan binaan bahan, yang dipanggil plak, pada dinding arteri yang membekalkan darah kepada jantung dan organ lain.

    Plak boleh menyempitkan arteri dan menyekat aliran darah kepada jantung, sekali gus membawa kepada masalah jantung.

    Kolesterol juga dikaitkan dengan masalah kesihatan lain termasuklah strok.

    Kajian menunjukkan bahawa masalah paras kolesterol tinggi selalunya dikaitkan dengan alam kanak-kanak.

    kolesterol dalam badan

    Apa punca kanak-kanak tinggi kolesterol dalam badan?

    Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi paras kolesterol tinggi dalam kalangan kanak-kanak:

    • Susur galur keluarga
    • Kurang aktiviti fizikal
    • Obesiti

    Adakah anak saya perlu menjalani pemeriksaan doktor?

    Majoriti kanak-kanak tidak perlu mengambil ujian kolesterol.

    Melainkan, kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit berkaitan dengan paras kolesterol tinggi, jadi mereka perlu mendapatkan pemeriksaan dengan kerap bagi menerima rawatan awal, jika perlu.

    Bagaimana untuk menurunkan kadar kolesterol ini?

    Berikut adalah beberapa tip untuk merendahkan atau mengawal kadar kolesterol anak anda:

    kolesterol dalam badan

    • Amalkan tabiat pemakanan sihat dengan cara menawarkan kanak-kanak sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Contohnya, tawarkan anak anda snek yang baik untuk kesihatan seperti epal, pisang, lobak merah, saderi dan lain-lain.
    • Elakkan pemberian lemak tepu dan lemak trans. Lemak tepu selalunya ditemui dalam: produk haiwan (contohnya, daging dan telur), produk tenusu (contohnya, keju dan mentega), makanan snek (contohnya, biskut dan cip). Lemak trans pula selalunya terdapat dalam makanan yang diproses (contohnya, donut dan kraker) dan makanan bergoreng (seperti kentang goreng).
    • Elakkan makanan segera atau sebarang restoran yang menawarkan makanan manis dan bergoreng.
    • Galakkan anak anda untuk terlibat dengan aktiviti luar dan bersukan. Melakukan aktiviti fizikal bukan hanya membuatkan tubuh badan anak anda lebih kuat dan mengelakkan obesiti serta paras kolesterol tinggi, tetapi juga senaman boleh mengurangkan paras stres dan kebimbangan.

    Lakukan senaman bersama-sama seisi keluarga kerana ia boleh membuat anak anda rasa dipelihara dan dijaga, yang seterusnya memberikan mereka lebih semangat untuk melakukan aktiviti fizikal.

    Kanak-kanak selalunya gemar membuat sesuatu kerja dengan berteman dan mempunyai tabiat meniru orang di sekeliling mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan