backup og meta

Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/09/2021

    Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

    Pernahkah anda pegang tangan anak dan mengayunkan mereka ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak, ini punca sendi siku teralih.

    Keadaan sendi siku teralih

    Keadaan sendi siku teralih ini adalah kecederaan biasa pada peringkat awal kanak-kanak

    Dalam istilah perubatan, kecederaan pada anak tersebut dikenali sebagai subluksasi kepala radius (radial head subluxation).

    Kecederaan tersebut juga turut dipanggil sebagai pulled elbow kerana ia berlaku apabila bahagian siku anak tertarik dan terkehel.

    Antara sebutan lain yang menggambarkan kecederaan ini adalah sebagai nursemaid’s elbow atau babysitter’s elbow

    Keadaan tulang si manja

    Akan tetapi, pernahkah anda terfikir kenapa ia boleh terjadi kepada si kecil?

    Situasi tersebut cenderung berlaku kerana tulang dan otot anak kecil masih berkembang. 

    Masalah subluksasi kepala radius paling kerap berlaku pada kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun. 

    Pun begitu, ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa bermula selepas kelahiran hingga usia anak 6 atau 7 tahun.

    Ia biasanya hanya memerlukan sedikit daya (kekuatan) untuk menarik tulang siku dari tempatnya, menjadikan kecederaan sendi siku teralih ini mudah terjadi.

    Memahami anatomi sendi siku

    Umumnya, sendi siku manusia terbentuk oleh 3 tulang utama iaitu tulang lengan (humerus), radius dan ulna. 

    subluksasi kepada radius

    Tulang radius dan ulna ini dipegang oleh satu ligamen nipis yang dikenali sebagai annular ligament berhampiran sendi siku. 

    Ia membentuk bulatan, meliliti kepala dan leher tulang radius, seterusnya membolehkan pergerakan memusingkan tangan dengan bebas.

    Sebarang hentakan atau tarikan secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius ini terkeluar daripada annular ligament

    Ini akan menyebabkan tulang ini terkeluar, rasa sakit dan pergerakan siku dan tangan menjadi terbatas.

    Punca kecederaan pada anak

    Nursemaid’s elbow lebih biasa terjadi pada kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun kerana ligamen (tali elastik yang menyatukan tulang) agak longgar. 

    Oleh itu, mudah bagi ligamen di siku untuk masuk ke sendi dan tersekat.

    Antara beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecederaan pada anak ini adalah seperti:

    1. Menarik anak dengan tangan boleh memberi tekanan pada siku.

    Jangan sekali-kali mengangkat anak kecil atau bayi dengan tangan atau pergelangan tangan. Sebaliknya, angkat mereka dengan memegang bahagian bawah ketiak.

    2. Elakkan daripada mengayunkan anak dengan memegang tangan atau pergelangan tangan.

    Ini kerana perbuatan tersebut boleh memberi tekanan pada sendi bahagian siku dan meningkatkan risiko kecederaan pada anak. 

    kecederaan pada anak
    Perbuatan mengayun anak sebegini yang boleh menyebabkan sendi siku teralih

    3. Menyentakkan lengan ketika menarik si kecil atau dengan cepat menggenggam tangannya boleh membuat ligamen lari. 

    Sentiasa bersikap lembut ketika ingin memegang tangan anak.

    4. Situasi terjatuh tanpa perlindungan pada bahagian lengan boleh menyebabkan kecederaan berlaku pada lengan anak.

    Kesannya wujud risiko untuk sendi pada siku terkehel.

    5. Berguling dalam posisi yang canggung di tempat tidur atau pada lantai boleh menyebabkan berlakunya subluksasi kepala radius pada si kecil.

    Apabila anak semakin membesar, bahagian ligamen akan semakin ketat.

    Tetapi masih ada risiko untuk mengalami keadaan sendi siku teralih sehinggalah berusia 7 tahun. Jadi ibu bapa perlu sentiasa memantau anak, okay?

    Mengenal pasti simptom kecederaan sendi pada siku

    Kebiasaannya, anak yang mengalami pulled elbow tidak akan mahu menggunakan lengan yang cedera kerana pergerakan yang berlaku akan menyebabkan kesakitan.

    Jika anak anda mengalami kecederaan ini, mereka akan membiarkan lengan berada pada kedudukan lurus atau sedikit membengkok pada bahagian siku.

    Seringkali keadaan sendi siku yang terkehel sukar dikesan kerana ia tidak menyebabkan bengkak atau kecacatan.

    Sebaliknya, jika kecederaan lengan atau siku menyebabkan kesakitan teruk, ia mungkin merupakan tanda patah tulang siku (patah tulang) atau lebam teruk.

    Ibu bapa selalunya sukar untuk mengetahui sama ada kecederaan pada anak adalah disebabkan sendi pada siku teralih atau patah tulang.

    Jadi amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya anak anda mengalami kecederaan pada bahagian siku.

    Kaedah rawatan kecederaan

    Selalunya, doktor akan memeriksa lengan anak dan bertanya mengenai bagaimana kecederaan itu berlaku.

    Tidak terdapat sebarang ujian khas yang diperlukan untuk mendiagnosis kecederaan subluksasi kepala radius.

    pulled elbow, subluksasi kepala radius

    Ujian X-ray dilakukan hanya jika disyaki patah tulang.

    Sekiranya tidak ada pembengkakan atau tanda-tanda kecederaan lain, doktor akan melakukan manuver lembut – pergerakan yang memerlukan kemahiran – yang disebut reduction.

    Sewaktu prosedur dijalankan, anak akan duduk di pangkuan ibu atau bapa.

    Manakala, doktor dengan lembut akan memegang lengan pada posisi lurus dan membengkokkannya ke atas atau meluruskan lengan sambil memusingkan tapak tangan ke lantai.

    Biasanya prosedur tersebut hanya memerlukan tempoh beberapa saat. 

    Cegah risiko sendi siku teralih

    Penting untuk ibu bapa tahu bahawa anak yang pernah mengalami kecederaan ini, masih mempunyai risiko untuk melaluinya kembali. 

    Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan risiko kecederaan pada anak yang boleh terjadi.

    Hindari daripada menarik, menyentap, atau mengayunkan anak anda dengan tangan atau lengannya.

    Anda disarankan untuk memberitahu keadaan tersebut kepada pengasuh atau ahli keluarga untuk turut melakukan perkara yang sama.

    Namun, apa yang pasti, ada sesetengah anak yang sememangnya lebih terdedah dengan kecenderungan mendapat kecederaan sendi pada siku walaupun ibu bapa telah berusaha mencegahnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan