backup og meta

Kanak-Kanak Yang Selalu Hisap Jari & Gigit Kuku KURANG Berisiko Kena Alahan, Tapi Kenapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    Kanak-Kanak Yang Selalu Hisap Jari & Gigit Kuku KURANG Berisiko Kena Alahan, Tapi Kenapa?

    Ibu bapa yang gagal untuk memaksa anak mereka berhenti menggigit kuku dan menghisap ibu jari sebenarnya sudah boleh menarik nafas lega.

    Ini kerana perbuatan ini mungkin akan mendatangkan manfaat. Pakar mendapati bahawa perbuatan ini mungkin dapat membantu kanak-kanak melindungi diri mereka daripada alahan.

    Sungguhpun hasil kajian ini tidak menyarankan kanak-kanak untuk terus melakukan perbuatan ini, keputusan kajian menunjukkan bahawa perbuatan ini akan membantu individu pelaku untuk melawan alahan dewasa kelak.

    Kajian selama tiga dekad menyatakan bahawa bakteria dalam mulut akan memberi kesan kepada gerak balas sistem imun

    Menurut pakar dari New Zealand, bayi dan kanak-kanak yang gemar menggigit kuku dan menghisap ibu jari kurang berisiko mempunyai alahan. Pengkaji mempercayai bahawa pendedahan kepada mikroorganisma pada awal usia akan mengurangkan risiko mempunyai alahan dewasa kelak.

    Pengkaji menggunakan data daripada kajian yang masih dilakukan oleh Dunedin Multidisciplinary Health and Development Study yang merangkumi lebih daripada 1,000 kanak-kanak yang lahir di New Zealand pada tahun 1972 atau 1973.

    Menerusi kajian itu, 1,037 kanak-kanak akan dinilai pada usia lima, tujuh, sembilan dan sebelas tahun. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kecenderungan mereka melakukan perbuatan menggigit kuku atau menghisap ibu jari.

    Pengkaji kemudiannya akan menilai kanak-kanak terbabit sama ada mereka mempunyai alahan atau tidak pada usia 13 tahun dan sekali lagi ketika mereka berusia 32 tahun.

    Hasil kajian ini menunjukkan 49% daripada kanak-kanak berusia 13 tahun yang tidak melakukan kedua-dua perbuatan ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis alahan manakala jika mereka ada melakukan salah satu daripada perbuatan ini, peratusan mempunyai alahan akan menurun kepada 38%.

    Bagi kanak-kanak yang ada melakukan kedua-dua perbuatan ini, peratusannya adalah 31%. Hasil kajian ini akan kekal sama buat kanak-kanak yang ada melakukan kedua-dua perbuatan ini sehinggalah mereka berusia 32 tahun.

    Kajian ini juga dilakukan dengan mengambil kira faktor luaran seseorang kanak-kanak itu mempunyai alahan seperti sama ada ibu bapa mereka juga mempunyai alahan, membela haiwan peliharaan, menyusu badan atau formula dan sama ada ibu bapa mereka merokok atau tidak.

    Kajian terbaharu juga menguatkan lagi teori ini

    Teori ini dapat dikaitkan dengan dapatan hasil kajian terbaharu yang diterbitkan pada 2013 (Hesselmar B et al) yang mempercayai bahawa kanak-kanak yang mempunyai ibu yang menghisap puting palsu mereka sehingga bersih kurang berisiko mempunyai alahan kelak.

    Walau bagaimanapun, perbuatan menggigit kuku dan menghisap ibu jari yang sebenarnya menjadi indikator utama yang mengurangkan risiko kanak-kanak mempunyai alahan kelak.

    Hasil kajian terbaharu ini juga menunjukkan kekurangan pendedahan terhadap kuman dan bakteria akan menyebabkan kanak-kanak lebih berisiko untuk mempunyai alahan.

    Ia menguatkan lagi teori bahawa mikroorganisma akan memberi kesan kepada sistem imun kanak-kanak dan mampu mengurangkan risiko mempunyai alahan.

    Namun begitu, ini tidak bermakna anda sebagai ibu bapa perlu mula memaksa anak anda untuk menggigit kuku dan menghisap ibu jari jika mereka sendiri sudah berhenti melakukannya.

    Strategi lain yang lebih mudah dan selamat seperti membela haiwan peliharaan contohnya kucing mungkin lebih efektif.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan