home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Tip Membesarkan Anak Istimewa

8 Tip Membesarkan Anak Istimewa

Kesemua ibu bapa di dunia ini mahukan yang terbaik buat anak-anak. Ini termasuklah dari segi kesihatan, kelakuan, pelajaran dan segenap aspek kehidupan mereka. Namun begitu, tidak semua ini dapat dicapai dengan mudah terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. Ini kerana kanak-kanak istimewa ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih teliti serta rapi daripada ibu bapa. Ikuti artikel ini untuk mendapatkan tip-tip membesarkan anak istimewa.

Bagaimanakah membesarkan anak istimewa?

Terdapat banyak kategori kelainan upaya yang mungkin dialami oleh anak anda. Ini termasuklah kelainan fizikal seperti kecacatan atau kelainan mental seperti austisme, sindrom Down atau ADHD. dalam usaha membesarkan mereka, ibu bapa memerlukan kesabaran dan teknik yang betul. Berikut merupakan tip-tip bagi ibu bapa membesarkan anak istimewa.

1. Pastikan anda memahami diagnosis dan kondisi anak anda

Pertama sekali, pastikan anda mendapatkan diagnosis daripada pakar perubatan. Ini bertujuan membuat anda faham akan keadaan anak anda serta boleh bertindak dengan betul apabila berdepan segala kecemasan. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa segala salah laku anak anda disebabkan oleh kondisi kesihatan mereka dan bukanlah hanya sekadar mereka ‘buat perangai’. Jangan terlalu berkasar dengan mereka kerana kasih sayang anda merupakan perkara yang paling indah buat mereka.

2. Daftarkan anak anda dengan jabatan yang berkenaan

Pastikan anda mendaftarkan anak anda dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai anak kelainan upaya. Ini sebaiknya dilakukan seawal usia anak anda lagi bagi memastikan mereka mendapat keistimewaan seperti elaun pendidikan,

3. Berbincang dengan guru dan pakar perubatan mengenai penempatan sekolah

Ini bertujuan menentukan anak anda untuk penempatan sekolah mereka sama ada kekal di sekolah arus perdana, sekolah khas ataupun pusat dalam komuniti. Ibu bapa perlu tahu bahawa pelajaran adalah yang paling penting meskipun anak anda mempunyai kelainan upaya.

4. Jaga kesihatan diri sendiri

Dalam kesibukan dan keletihan menjaga anak istimewa, anda tidak seharusnya mengabaikan kesihatan diri sendiri. Sebagai pelindung dan penjaga mereka, anda perlu sentiasa kekal sihat untuk menjaga serta mendidik mereka.

5. Sentiasa melihat sisi positif anak anda

Walaupun kelainan upaya, ia tidak akan menghalang anak anda daripada memiliki sisi positifnya yang tersendiri. Jika mereka mempunyai kemampuan atau bakat yang unik, tonjolkan dan gilapkan bakat mereka agar mereka berasa dihargai oleh ibu bapa yang sangat disayanginya.

6. Tetapkan rutin yang sama

Anak istimewa memerlukan rutin yang serupa pada setiap hari bagi memastikan mereka kekal berdisiplin setiap hari. Segala perubahan yang berlaku mungkin akan memberi kesan yang besar kepada mereka.

7. Raikan setiap kejayaan anak anda

Jika anak istimewa anda berjaya melakukan sesuatu, raikannya. Biar mereka tahu bahawa setiap peningkatan dan pembaharuan mereka dari sehari ke sehari diamati dan diambil peduli oleh anda. Pastikan mereka tahu bahawa anda akan sentiasa menyokong setiap kejayaan mereka.

8. Jangan menjangkakan sesuatu yang mustahil

Sebagai ibu bapa kepada anak istimewa, anda seharusnya menerima dengan hati terbuka dan tidak menjangkakan sesuatu yang mustahil daripada mereka. Pastikan juga mereka tahu bahawa anda selalu ada di sisi mereka pada setiap masa.

Apakah aspek lain yang perlu diberi perhatian?

Selain itu juga, ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih terhadap pemakanan, pergerakan, kelakuan, waktu tidur, komunikasi, serta kerjaya mereka. Jangan pernah anggap bahawa ia adalah terlalu awal atau mustahil untuk memikirkan mengenai kerjaya mereka. Ini kerana mereka mungkin mahu atau perlu bekerja. Oleh itu, bersedialah daripada awal dengan mendaftarkan anak istimewa anda dengan agensi pekerjaan yang menyediakan peluang buat mereka yang memerlukannya.

Jika anda seorang ibu bapa yang berkerjaya pula, pastikan anda menempatkan anak anda di tempat yang boleh dipercayai oleh anda seperti di rumah ahli keluarga anda sendiri ataupun di pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar.

Paling penting, anak istimewa juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang terbaik daripada anda. Berikan mereka peluang untuk menikmati kehidupan bersama individu yang mereka sayangi iaitu anda. Jika anda memerlukan lebih kepastian mengenai penjagaan anak istimewa, segera hubungi pakar perubatan yang berdekatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Tips Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Istimewa. https://www.bidadari.my/10-tips-untuk-ibubapa-yang-mempunyai-anak-istimewa/. Accessed on March 1, 2019.

How To Find Child Care For Special-Needs Kids. https://www.parents.com/toddlers-preschoolers/childcare/basics/how-to-find-child-care-for-special-needs-kids/. Accessed on March 1, 2019.

How To Care For A Disabled Child. https://www.nhs.uk/conditions/social-care-and-support-guide/caring-for-children-and-young-people/how-to-care-for-a-disabled-child/. Accessed on March 1, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 03/03/2019
x