Anoreksia boleh mengakibatkan kematian disebabkan oleh elektrolit yang tidak seimbang atau lumpuh. Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa punca kematian yang paling utama berkenaan kanak-kanak anoreksia adalah bunuh diri selepas menderita depresi yang serius.
Bagaimanakah membantu kanak-kanak anoreksia untuk menjadi lebih baik?
Solusi kepada masalah ini perlu dibuat dalam kedua-dua aspek; fizikal dan mental. Galakan dan motivasi adalah cara yang terbaik untuk menolong kanak-kanak menjauhi tanggapan-tanggapan negatif berkenaan berat badan mereka. Sokongan keluarga, saudara-mara, dan teman-teman rapat adalah amat diperlukan. Semakin banyak kata-kata semangat diberikan, semakin bersemangat kanak-kanak untuk mengatasi penyakit anoreksia.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membahagikan makanan-makanan yang biasa dimakan kepada bahagian yang lebih kecil untuk setiap hari. Snek dan makanan ringan haruslah dijauhi. Beri kanak-kanak kuasa sepenuhnya untuk memilih makanan mereka, apa yang mereka inginkan untuk makan, berapa banyak yang mereka mahu, dan bila mereka mahu makan. Hormati metabolisma mereka. Bekalkan juga kepada mereka dengan makanan-makanan yang bernutrisi dan sihat. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang baik untuk anak-anak mereka mengikuti cara hidup yang sihat. Pertolongan perubatan adalah dinasihatkan di dalam kes-kes yang teruk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen