backup og meta

Orang Asyik Cakap Anak Anda Kurus? Fahami Dulu Kenapa Ia Terjadi & Cara Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    Orang Asyik Cakap Anak Anda Kurus? Fahami Dulu Kenapa Ia Terjadi & Cara Atasinya!

    Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna dalaman serta luarannya. Disebabkan itu, isu berat badan akan sangat dititikberatkan. Ibu bapa semestinya tidak mahu anak mereka terlalu gemuk atau obesiti kerana ia akan mendatang pelbagai jenis komplikasi kesihatan yang lain. Selain itu, ibu bapa juga tidak mahu anak mereka terlalu kurus kerana ia turut menjejaskan kesihatan anak mereka.

    Berat badan yang normal dan ideal bagi seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikut BMI, jantina dan pelbagai lagi kondisi yang lain. Oleh itu, ibu bapa seharusnya bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai berat badan yang normal dan ideal untuk anak anda.

    Apakah punca anak anda terlalu kurus?

    Sebenarnya, turun naik berat badan bagi kanak-kanak adalah normal. Namun jika perubahan ini berlaku secara mendadak, ia merupakan suatu perkara yang pelru dirisaukan. Kanak-kanak akan mengalami kehilangan berat badan sekiranya mereka tidak mengamalkan tabiat pemakanan sihat, mempunyai kadar metabolisma yang rendah atau menghidapi suatu jenis penyakit. Ini seterusnya akan memberi impak yang sangat membimbangkan kepada kesihatan dan tumbesaran mereka.

    Selain itu, ada juga kondisi kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada masalah anak anda terlalu kurus. Berikut merupakan kondisi kesihatan tersebut:

    • Dehidrasi
    • Kemurungan
    • Tekanan
    • Kanser
    • Masalah usus
    • Jangkitan cacing
    • Bulimia atau aneroksia
    • Cirit-birit dan muntah-muntah
    • Demam, selesema dan batuk
    • Sakit tekak
    • Sakit pada bahagian dada atau telinga
    • Senaman yang berlebihan
    • Kurang membuang air kecil
    • Kerap mengantuk atau sukar tidur

    Bagaimanakah mengatasi masalah ini?

    Sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan anak anda yang terlalu kurus untuk tidak putus asa dan berpuas hati dengan berat badan yang mereka punyai ketika ini. Paling penting, anda perlu terapkan semangat kepada anak anda agar mereka makan dengan lebih banyak dan bijak. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diiikuti untuk mengatasi masalah ini:

    1. Makan secara konsisten

    Majoriti kanak-kanak akan makan mengikut kemahuan dan bukan keperluan mereka. Ini merupakan salah satu faktor anak anda terlalu kurus. Anda sebagai ibu bapa seharusnya membuat jadual pemakanan yang teratur dan pastikan mereka mematuhinya. Jangan sesekali biarkan anak anda terlewat waktu makan kerana ia boleh menyebabkan anak anda kehilangan nutrisi-nutrisi yang penting untuk tumbesaran.

    2. Makan dalam kuantiti yang lebih besar

    Kanak-kanak sangat gemar untuk makan dalam kuantiti yang kecil kemudian tidak menghabiskan makanannya. Ini juga merupakan faktor anak anda terlalu kurus. Anda perlu menggalakkan mereka makan dalam kuantiti, bahagian atau saiz makanan yang lebih besar di dalam satu pinggan sajian. Jika mereka meminta untuk menambah makanan lagi, jangan teragak-agak untuk memberikannya kepada mereka.

    3. Makan makanan yang berkalori tinggi

    Kalori merupakan pemangkin kepada pertambahan berat badan yang bagus dan cepat. Baca label yang terdapat pada makanan untuk mengetahuinya. Selain itu, anda juga boleh mengikuti panduan berikut untuk menambahkan kalori pada jenis makanan ini:

    • Nasi / bubur – Tambah ayam / daging / minyak / marjerin
    • Roti – Tambah marjerin / mentega kacang / keju
    • Telur – Tambah susu / minyak / marjerin / keju
    • Susu – Tambah serbuk coklat / aiskrim
    • Biskut kraker – Tambah marjerin / mentega kacang / keju
    • Kentang dilenyek / dibakar – Tambah susu /minyak / marjerin

    4. Minum minuman yang berkalori tinggi

    Selain makanan, minuman yang berkalori tinggi juga dapat membantu anak anda menambahkan berat badan mereka. Antara contoh minuman yang berkalori tinggi adalah jus buah-buahan dan susu rendah lemak.

    5. Makan makanan yang berlemak

    Walaupun berbunyi agak klise, makanan yang berlemak tinggi adalah makanan yang terbaik untuk menambahkan berat badan anak anda. Antara contoh makanan berlemak sihat adalah kekacang, avokado, mentega kacang dan minyak zaitun.

    anak terlalu kurus

    Buah-buahan adalah kuncinya

    Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu bahawa pengambilan beberapa jenis buah-buahan juga mungkin boleh buat anak anda menjadi lebih gemuk. Wah, apakah buah-buahan berikut? Berikut adalah jawapannya:

    #1. Buah ara

    Buah ini boleh dikategorikan sebagai sumber serat dan kalium yang baik. Percaya atau tidak, ia sebenarnya mengandungi jumlah gula yang agak serupa dengan gula-gula biasa. Ia mengandungi sekitar 27 gram setiap satu. Jadi, ia sudah pasti merupakan antara buah-buahan yang boleh mungkin meningkatkan berat badan anak anda. Cuma pastikan mereka tidak ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak, ya?

    #2. Pisang

    Buah ini sangat sesuai diambil semasa sarapan pagi. Ia bukan sahaja akan dapat menghilangkan rasa lapar, namun ia juga mengandungi sehingga 180 kalori. Dalam pada itu, ia juga mengandungi kadar serat, kalium dan vitamin C yang tinggi, menjadikan ia buah yang boleh meningkatkan berat badan anda. Jadi, anda sudah boleh minta anak anda ambil buah ini atau jika mereka kurang gemarkannya, boleh jadikannya minuman atau smoothie.

    #3. Mangga

    Buah ini adalah antara buah-buahan yang boleh meningkatkan berat badan anak anda ekoran jumlah vitamin C dan seratnya yang sangat banyak. Namun, ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ya, ia mungkin berita baik bagi individu yang ingin menaikkan berat badan mereka, namun, ia mungkin akan mengakibatkan masalah lain pula seperti diabetes. Jadi, anda mungkin boleh ambilnya sebagai pencuci mulut dan dalam jumlah yang sederhana.

    #4. Avokado

    Buah ini adalah alternatif kepada krim berat atau mana-mana produk tenusu yang sudah pasti boleh meningkatkan berat badan anak anda. Namun, jika anda tidak mahu berat badan anak anda naik terlalu banyak, beri mereka buah ini dalam jumlah yang sederhana sahaja. Ini kerana ia mempunyai lemak mono tepu dan kalori yang sangat tinggi. Jadi, sila berjaga-jaga ya?

    #5. Ceri

    Buah ini walaupun kecil sahaja, ia mengandungi pelbagai manfaat seperti kalium yang mampu membuang sodium berlebihan di dalam badan sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Namun, pengambilannya yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah, sama seperti buah-buahan yang lain. Jadi, sama juga seperti buah yang lain, minta anak anda ambil dalam jumlah yang sederhana sahaja okay?

    Namun, segala jenis makanan dan buah-buahan yang dinyatakan ini adalah cadangan semata-mata. Ia mungkin boleh atau tidak mampu meningkatkan berat badan anda. Sebaiknya dapatkan pandangan pakar nutrisi atau pakar pediatrik untuk merealisasikan hasrat anda itu.

    Konklusi

    Kesimpulannya, anak terlalu kurus mungkin akan membuat anda berasa gagal sebagai ibu bapa. Namun, anda tidak seharusnya berasa begini dan cuba beri mereka makanan yang diperkatakan dalam artikel. Sebaiknya, dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu okay?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan