Akil Baligh Awal dan Obesiti: Apakah Risikonya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/01/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan mengalami akil baligh lebih awal berbanding ibu bapanya. Kanak-kanak pada hari ini juga banyak yang mengalami obesiti. Pada pendapat anda, adakah terdapat satu perkaitan antara akil baligh awal dengan obesiti? Apakah pula risikonya kepada anak anda? Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai persoalan tersebut.

Akil baligh awal dan obesiti

Kajian menunjukkan obesiti memainkan peranan yang sangat besar dalam perihal akil baligh yang terlalu awal untuk perempuan. Namun begitu, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan obesiti akan mendatangkan kesan terhadap proses akil baligh lelaki.

Sel lemak mengandungi leptin yang diperlukan dalam proses kanak-kanak mencapai akil baligh. Disebabkan ini, kanak-kanak yang mempunyai kandungan leptin yang banyak dalam badan atau dalam erti kata lain mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk mengalami akil baligh lebih awal. Sel lemak juga mengandungi hormon estrogen. Hormon ini berfungsi merangsang payudara untuk tumbuh lalu memulakan proses akil baligh. Disebabkan ini juga, kanak-kanak yang mengandungi banyak kandungan hormon ini dalam badan lebih cenderung untuk mengalami akil baligh lebih awal.

Kajian juga menunjukkan bahawa pendedahan dalam jangka masa panjang terhadap beberapa bahan kimia juga boleh mendorong kepada proses akil baligh. Sel lemak akan menyimpan bahan-bahan kimia itu tadi. Disebabkan itu, kanak-kanak perempuan yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk mengalami akil baligh lebih awal.

Adakah kondisi ini perlu diberi lebih perhatian?

Kanak-kanak perempuan yang mengalami akil baligh terlalu awal cenderung untuk menghidapi kanser payudara apabila dewasa kelak. Umum juga mengetahui obesiti akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu lebih prihatin dan tidak memandang enteng perkara ini. Rujuk kepada pakar dan sentiasa berhubung dengan doktor bagi memastikan kesihatan anak anda.

Apakah yang boleh anda lakukan?

Obesiti merupakan salah satu punca berlakunya kondisi akil baligh terlalu awal. Oleh itu, anda boleh membantu anak anda mengatasi masalah ini dengan membantu mereka mengawal pemakanan mereka.

  • Susukan anak anda dengan susu badan. Meskipun pakar tidak dapat membuktikan perkara ini, kajian dan statistik menunjukkan susu ibu dapat membantu dalam mengurangkan kondisi ini.
  • Beri anak anda makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Galakkan anak anda untuk melakukan aktiviti senaman dalam kadar yang kerap. Anda juga boleh turut serta dalam aktiviti senaman untuk mengeratkan lagi hubungan anda dengan anak anda.
  • Jika anak anda sudah mempunyai berat badan yang berlebihan, anda boleh galakkan mereka menurunkan berat badan mereka. Tetapi anda perlu memastikan mereka menggunakan kaedah yang diperakui oleh pakar diet terlebih dahulu.
  • Berhubung dengan doktor untuk membantu anak anda. Jika anak anda telah mengalami simptom-simptom akil baligh, segera beritahu doktor anda untuk langkah berjaga-jaga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan