backup og meta

Adakah Anak Anda terlalu Riang?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/05/2022

    Adakah Anak Anda terlalu Riang?

    Anak anda mungkin kelihatan terlalu bertenaga. Mereka bermain sepanjang hari dan apabila anda menyuruh mereka berhenti, mereka mula buat perangai dengan membaling barang permainan dan menangis. Anda melihatnya sebagai normal kerana anda beranggapan bahawa setiap kanak-kanak adalah bertenaga. Meskipun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa anak anda terlalu bertenaga dan mungkin mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?

    Apakah itu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?

    Ia merupakan keadaan kesihatan yang biasa dikesan pada kanak-kanak dan remaja. Menurut kajian yang baru dijalankan, ADHD selalunya terjadi kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ia mempunyai kecenderungan kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Anak anda mungkin didiagnos dengan ADHD sekiranya mereka mempunyai tiga kriteria di bawah ini:

    • Tidak boleh memberi tumpuan. Anak anda mungkin mempunyai masalah memberi tumpuan yang penuh kepada sesuatu. Mereka mudah untuk beralih perhatian dengan pandangan dan bunyi yang tidak berkaitan. Apabila anda memberikan mereka tugasan, mereka menjadi bosan dan kerap melakukan kesilapan. Mereka juga cenderung untuk berubah daripada satu tugas ke tugasan lain, tanpa menyiapkan tugasan yang asal
    • Terlalu aktif. Ini merupakan tanda yang paling ketara kepada ADHD. Anak anda akan berasa sukar untuk duduk diam pada mulanya. Sebaliknya, mereka akan mula bergerak, menyentuh barang sekeliling, bermain dengan apa sahaja dan bercakap tidak berhenti-henti. Anda akan berasa bahawa mereka mempunyai tenaga yang banyak dan tidak akan letih
    • Impulsiviti. Tanda ini bermaksud anak anda bertindak tanpa berfikir. Sebagai contohnya, sekiranya anda bertanyakan soalan kepada mereka, mereka tidak akan berfikir panjang atau tunggu sehingga sampai giliran mereka, dan mereka akan menjawab soalan sebelum soalan tersebut habis ditanya. Ini adalah kerana mereka sukar untuk duduk diam atau senyap

    Bagaimanakah ADHD menjejaskan kehidupan anak anda?

    ADHD ialah kecelaruan tingkah laku yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap seluruh aspek kehidupan kanak-kanak, seperti pencapaian akademik, kehidupan sosial, dan kesihatan fizikal dan psikologikal. Selain itu, semasa mereka membesar, mereka akan mempunyai masalah dengan situasi yang baru. Ini adalah kerana kanak-kanak ADHD tidak mempunyai kemahiran sosial, mereka mudah marah atau terlalu gembira. Ini akan membawa kepada kebimbangan.

    Adakah terdapat sebarang penyembuhan?

    Masa kini, masih tiada cara untuk menghilangkan ADHD sepenuhnya. Tetapi menurut perspektif kesihatan, ADHD lebih baik dirawat dengan menggunakan kombinasi ubat-ubatan dan terapi tingkah laku. Di antara ubat yang doktor anak anda mungkin berikan adalah stimulan untuk membantu meningkatkan daya tumpuan anak anda dan mengurangkan tahap impulsiviti. Manakala, terapi tingkah laku bergantung kepada usaha ibu bapa.  Ia mengambil masa untuk membina kemahiran sosial kanak-kanak. Bersabarlah dan bertimbang rasa apabila mengajar anak anda. Ini akan membantu mereka mempelajari kemahiran sosial dan kawalan kendiri dengan lebih baik. Ia mungkin sukar buat kali pertama, tetapi setiap usaha yang gigih akan memberikan keputusan yang menggembirakan, bukan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan