backup og meta

Keburukan Jus Buah kepada Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2022

    Keburukan Jus Buah kepada Anak Anda

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa minda dan badan yang sihat memerlukan diet sihat dengan jumlah buah dan sayuran yang mencukupi. Oleh kerana sesetengah orang tidak suka rasa sayur-sayuran, mereka berpaling kepada buah-buahan, atau jus buah. Jus buah tinggi dengan khasiat probiotik, enzim, dan nutrien yang terus dihadam sistem pencernaan. Walau bagaimanapun, selain faedahnya, terdapat juga keburukan pengambilan jus buah.

    1. Mahal

    Pengambilan jus buah yang diekstrak sendiri jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran mentah. Ia memerlukan peralatan khas, termasuk pengekstrak jus, pisau berkualiti, dan bekas jus. Pengekstrak jus berkualiti tinggi berkos mahal. Mengekstrak jus juga menggunakan lebih banyak buah berbanding penyediaan hidangan. Disebabkan anda memerlukan lebih banyak buah-buahan untuk membuat jus, anda perlu membelanjakan lebih banyak wang. Di samping kuantiti, terdapat juga kualiti untuk dipertimbangkan. Penggemar jus semula jadi cenderung memperjuangkan pembelian buah-buahan dan sayuran organik, yang lebih mahal.

    2. Mencuci dan pembasmian kuman

    Kerana jus segar biasanya diambil mentah, tanpa proses pasteurisasi, semua peralatan jus harus dibersihkan dengan teliti selepas setiap penggunaan. Anda perlu membasuh bukan sahaja mesin tetapi juga papan pemotong, bekas jus, pisau dan perkakas lain. Pengekstrak jus mempunyai beberapa bahagian yang berlainan, masing-masing memerlukan pembersihan dan pembasmian kuman secara berhati-hati. Tumpahan, sisa baki, dan warna daripada pigmen semula jadi seperti jus buah naga boleh menjadikan proses pembersihan lebih susah.

    3. Mikroorganisma

    Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah mengandungi mikroorganisma. E. coli, salmonella, dan mikroorganisma lain mungkin wujud dalam buah mentah dan sayur-sayuran anda, menyebabkan keracunan makanan atau gastroenteritis. Tanpa pensterilan haba, tidak ada yang jaminan bahawa anda selamat dari bakteria tersebut. Oleh itu, mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah atau menjalani diet rendah mikron (seperti pesakit kanser) dinasihatkan untuk tidak minum jus mentah.

    4. Kurang serat

    Pengekstrak jus membuatkan serat buah-buahan menjadi sisa. Apabila anda memerah buah-buahan dan sayur-sayuran jus, nutrien dan air diekstrak dari pulpa berserat, yang sering dilupuskan. Kecuali jika anda menambah pulpa yang tinggal ini ke dalam sup, salad atau makanan lain, anda akan membuang semua kebaikan yang terkandung dalam serat. Tanpa serat, anda mungkin mengalami masalah pencernaan. Serat juga membantu mengurangkan nafsu makan, kerana ia membuatkan anda berasa kenyang. Jika tidak, anda akan memerlukan banyak jus untuk memuaskan nafsu makan anda.

    5. Tinggi gula dan karbohidrat

    Kanak-kanak yang mengalami obesiti minum 65 peratus lebih banyak jus manis berbanding kanak-kanak dengan berat badan biasa, menurut satu kajian. Malah minuman soda kadangkala mempunyai kurang gula berbanding jus buah dalam kotak. Sebagai contoh, jus anggur dalam kotak didapati mengandungi 50 peratus lebih banyak gula daripada Coca Cola. Selanjutnya, secara purata, terdapat kira-kira 140 kalori dalam jus buah 8 auns sementara sebiji oren hanya mempunyai kira-kira 60 kalori.

    Jika anda sukakan jus buah-buahan, lebih baik mengekstrak jus buah sendiri. Jika tidak, pastikan jus yang anda beli mempunyai label yang mengatakan jus buah 100% pada botol. Kebanyakan jus di pasaran dibuat daripada air, gula, dan bahan tambahan makanan. Kebanyakannya hanya mengandungi kira-kira 10% jus buah sebenar dalam setiap kotak. Elakkan gula yang ditambah dan jus mengandungi pemanis tiruan, yang lebih buruk lagi kepada kesihatan anda berbanding gula.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan