backup og meta

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Dalam perihal penjagaan bayi, ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan mereka berkembang dan membesar dengan sihat. Pun begitu, kadangkala tiada siapa yang akan mampu untuk bertahan jika si kecil asyik meragam bukan? Sebenarnya, ada satu objek ajaib yang mungkin boleh digunakan untuk menenangkan bayi – puting kosong!

    Namun ibu bapa juga mungkin perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan objek ajaib ini kerana ia dikatakan boleh buat gigi bayi jongang. Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Puting kosong, objek ajaib untuk bayi

    Buat anda yang mungkin belum tahu, puting kosong adalah sejenis puting artifisial yang diperbuat daripada banyak bahan contohnya getah, plastik atau silikon.

    Ia dicipta bagi menggantikan puting ibunya dalam jeda waktu menyusu badan untuk memuaskan keperluan si kecil yang senantiasa ingin menghisap sesuatu.

    Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah kebanyakan ibu bapa tidak tahu waktu bila paling sesuai untuk memberikan si kecil mereka objek ajaib ini.

    Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), sebenarnya tiada usia yang tepat untuk ibu bapa memberikan bayi puting kosong ini.

    puting kosong

    Namun adalah disarankan agar kalian menunggu sehingga si kecil anda berusia sekitar 4 minggu untuk elakkan mereka terkeliru.

    Manfaat puting kosong

    Ya, ia sememangnya objek ajaib yang boleh menenangkan bayi yang sedang asyik meragam akibat ketidakselaan yang dialami mereka.

    Ia juga adalah satu alternatif terbaik untuk digunakan tidak kira di dalam rumah, luar rumah, kenderaan atau di mana-mana sahaja.

    Berikut adalah beberapa manfaat jika bayi menghisapnya:

    • Membantu untuk lelap dan tidur nyenyak
    • Membantu untuk kekal tenang jika terbangun
    • Membantu untuk mengalih perhatian bayi ketika meragam
    • Mengelak bayi daripada mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)

    Baca juga:

    Mudarat puting kosong

    Setiap perkara yang bagus pasti ada sisi gelapnya dan objek ajaib ini juga tidak boleh lari daripadanya.

    Berikut adalah beberapa mudarat jika bayi menghisapnya:

    • Membuat si kecil terkeliru dengan puting ibunya sendiri
    • Membuat si kecil lebih menggemari puting kosong tersebut
    • Membuat bayi terlalu bergantung terhadap objek itu
    • Memindahkan kuman dari puting kepada si kecil

    Baiklah, sekarang ibu bapa di luar sana mungkin sudah boleh membuat keputusan sama ada untuk meneruskan untuk menggunakan ia atau tidak.

    Pertimbangkan soal ini juga iaitu puting kosong dikatakan boleh buat gigi jongang! Benarkah?

    Benarkah ia boleh buat gigi bayi jongang?

    puting kosong

    Adakah penyataan ini benar? Sebelum persoalan ini terjawab, mari kita sama-sama berkenalan dengan definisi jongang ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, jongang atau dalam bahasa saintifiknya malocclusion adalah kelainan yang berlaku pada jajaran gigi individu.

    Kebiasaannya, ia perlu dirawat dengan menggunakan pendakap gigi bagi tujuan kosmetik atau sebarang komplikasi lain yang boleh berlaku.

    Ia berpunca daripada beberapa perkara termasuklah:

    #1. Genetik

    Ada individu yang lahir dengan keadaan rahang tidak selari di atas dan bawahnya dek genetik keturunan mereka yang juga mempunyai fizikal sama.

    #2. Kelainan gigi

    Kadangkala, gigi kapak yang tumbuh untuk menggantikan gigi susu akan keluar secara tidak selari di antara satu sama lain menjadikannya berbeza.

    Ini seterusnya akan mengakibatkan masalah jajaran gigi seperti tercipta ruang atau terlalu rapat lantas menyebabkan ia mungkin menjadi jongang.

    #3. Wujud tumor atau sista pada mulut

    Kewujudan tumor atau sista pada kawasan oral juga boleh menjadikan jajaran gigi tidak selari ekoran perubahan bentuk mulut anda.

    Ini akan berlaku terutamanya ketika ia sedang membesar atau membengkak lantas mengakibatkan gigi terkeluar daripada landasannya.

    #4. Tabiat menghisap ibu jari

    Ibu bapa kalian mungkin tidak menipu bahawa tabiat suka menghisap ibu jari boleh menyebabkan gigi anda menjadi jongang!

    Perbuatan ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai non-nutritive sucking behavior (NNSB) yang bermaksud tiada nutrisi boleh didapati jika dilakukan.

    Sekiranya ia berterusan sehingga usia bayi 3 ke 4 tahun (ketika gigi susu mulai tumbuh) maka tekanan yang tercipta mungkin akan membuat gigi jongang.

    puting kosong

    #5. Puting kosong

    Jadi, adakah memang benar menghisap puting kosong juga boleh menyebabkan gigi jongang? Mungkin ya!

    Untuk pengetahuan anda, perbuatan ini juga boleh dikategorikan sebagai NNSB kerana kesannya yang agak serupa dengan menghisap ibu jari sendiri.

    Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American Dental Association pada tahun 2016, objek ajaib ini dikaitkan dengan risiko malocclusion yang tinggi.

    Konklusinya, kita semua boleh menyimpulkan bahawa memberi puting kosong kepada si kecil mungkin boleh membuat mereka jongang kemudian hari!

    Oleh itu, pertimbangkanlah perkara ini setiap kali anda ingin menyumbat objek ajaib ini kepada si manja.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan