backup og meta

4 Jenis Masalah Penyusuan Dan Cara Menanganinya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/05/2022

    4 Jenis Masalah Penyusuan Dan Cara Menanganinya

    4 jenis masalah penyusuan ini selalu berlaku. Naluri penyusuan pasti ada bagi setiap ibu baharu. Akan tetapi, disebabkan kesuntukan masa tertentu menyebabkan ibu berputus asa untuk menyusukan bayi ataupun meneruskan penyusuan.

    Ketahui masalah penyusuan yang selalu dihadapi oleh para ibu dan cara mengatasinya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    jenis masalah penyusuan

    Jenis Masalah Penyusuan #1. Sakit Puting

    Ramai ibu yang mengadu puting mereka sakit terutama semasa hari-hari awal penyusuan. Masalah sakit puting ini boleh menyebabkan kemurungan dan melemahkan semangat ibu untuk terus menyusukan bayi mereka.

    Sesi penyusuan seharusnya berjalan dengan selesa apabila anda meletakkan bayi untuk menyusu. Kedudukan bayi yang salah ketika proses penyusuan atau salah meletakkan mulut bayi pada payudara akan menyebabkan ibu mengalami masalah ini.

    Apa anda perlu buat?

    • Mulut bayi perlu diletakkan memenuhi areola (kawasan gelap di sekeliling puting) dan pada puting
    • Jika anda rasa sakit semasa bayi mula menyusu, letakkan sebelah jari anda yang bersih ke dalam mulut bayi dan betulkan semula kedudukan bayi semasa menyusu
    • Berjumpa dengan pakar laktasi jika masih rasa sakit semasa penyusuan
    • Tukar posisi berlainan setiap kali bayi menyusu
    • Jika puting anda luka, rawat segera bagi mengelakkan risiko mastitis. Selepas penyusuan, titiskan beberapa titik susu pada puting anda dan ratakan menggunakan jari yang bersih. Boleh juga gunakan krim khas untuk penyusuan.

    jenis masalah penyusuan

    Jenis Masalah Penyusuan #2. Badan Semasa Penyusuan

    Salah posisi semasa menyusukan bayi boleh menyebabkan ibu berasa sakit di bahagian belakang badan, leher ataupun tengkuk. Apatah lagi, proses penyusuan memakan masa yang lama dan kerap setiap hari.   

    Apa anda perlu buat?

    • Pastikan posisi badan anda dan bayi betul semasa penyusuan berlangsung. Kenal pasti posisi penyusuan yang memberi keselesaan pada anda seperti duduk, bersandar, ataupun berbaring mengiring
    • Gunakan bantal penyusuan untuk lebih selesa

    Jenis Masalah Penyusuan #3. Susu Meleleh

    jenis masalah penyusuan

    Meskipun masalah susu meleleh tidak menyakitkan payudara, namun ia boleh menimbulkan ketidakselesaan buat si ibu. Coli yang basah menyebabkan ibu rasa tidak selesa. Tambahan pula, jika ibu berada di tempat awam.  

    Apa anda perlu buat?

    Jenis Masalah Penyusuan #4. Menyusu Di Luar Rumah

    Masalah timbul apabila ibu membawa bayi keluar rumah. Apabila tiba waktu menyusu, ibu akan berasa sukar dan kurang selesa menyusukan bayi di tempat awam. Apatah lagi, apabila ibu berada di tempat yang tidak menyediakan ruang untuk menyusu.  

    Apa anda perlu buat?

    • Pakai pakaian penyusuan semasa keluar rumah bersama bayi. Pakaian penyusuan direka untuk memudahkan ibu menyusukan bayi terutama semasa di luar rumah
    • Gunakan juga bra penyusuan yang direka untuk memudahkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu membuka cangkuk belakang bra
    • Bawa selendang penyusuan atau poncho ke mana-mana semasa anda berada di luar rumah. Selendang penyusuan ini dapat membantu melindungi aurat ibu semasa sesi penyusuan.

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini! Klik di sini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan