backup og meta

Apa Ibu Bapa Perlu Tahu mengenai Masalah Bayi Sembelit


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    Apa Ibu Bapa Perlu Tahu mengenai Masalah Bayi Sembelit

    Sembelit ialah satu daripada masalah penghadaman yang paling lazim, yang bukan hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, bahkan juga bayi. Sembelit berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk atau boleh juga menjadi petanda kepada penyakit yang belum didiagnosis pada bayi. Lantaran itu, adalah penting untuk setiap ibu bapa memberi perhatian kepada pembuangan air besar bayi mereka dan memahami sepenuhnya keadaan ini.

    Pembuangan air besar normal untuk bayi

    Mengetahui corak perkumuhan bayi boleh membantu anda mengenal pastu sama ada si manja mengalami sembelit ataupun tidak. Setiap bayi mempunyai corak perkumuhan yang berbeza, bergantung kepada bentuk pemakanan yang mereka ambil. Penting untuk anda tahu bahawa bayi yang menyusu badan lazimnya membuang air besar lebih atau kurang daripada sekali dalam seminggu, sementara bayi yang minum susu formula perlu membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagi bayi yang sudah makan makanan pejal pula, mereka akan membuang air besar sebanyak 3 atau 4 kali sehari.

    Bayi yang menyusu badan selalunya tidak kerap membuang air besar berbanding dengan bayi yang diberikan makanan yang dimasak atau produk pembuatan. Walau bagaimanapun, terdapat risiko rendah dalam perkembangan sembelit dalam kalangan 3 kumpulan ini. Ini kerana susu badan mempunyai bentuk protein dan kalsium yang paling mudah diserap, yang menjadikan bayi mudah mencerna.

    2 petanda utama bayi mengalami sembelit

    Bayi anda mungkin mengalami sembelit jika mereka menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

    • Penurunan dalam kekerapan membuang air besar
    • Najis kecil, kelihatan seperti batu sehibgga mereka kelihatan sukar untuk mengeluarkan najis

    Risiko kesihatan yang berkait daripada sembelit 

    Membiarkan bahan buangan toksik terperangkap dalam tubuh anak anda bukanlah idea yang baik untuk kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Najis dalam kolon anak boleh merebak, menyebabkan keradangan pada mukosa kolon mereka. Selepas beberapa hari, ia mungkin terus kepada proses penapaian dan penguraian. Toksin yang dihasilkan pada tempoh ini boleh menyebabkan keradangan usus yang teruk. 

    Faktor utama dan rawatan bayi sembelit

    Sembelit cenderung untuk berlaku apabila bayi anda mula bercerai susu daripada susu ibu bertukar kepada makanan pejal ataupun formula. Protein dalam susu formula tertentu boleh menyebabkan kesukaran untuk bayi mencerna. Begitu juga jika bayi mengambil bijirin nasi dalam pemakanan mereka, yang boleh menyediakan mereka dengan pengambilan serat yang tidak mencukupi.

    Bagi membantu bayi melegakan masalah sembelit mereka, ibu bapa perlu menambah lebih sumber serat dalam pemakanan bayi, contohnya seperti brokoli atau pir, dan/atau bertanyakan kepada doktor sama ada perlu menukar jenama susu formula.

    Kekurangan bakteria usus dalam tubuh bayi juga boleh berkait dengan sembelit. Ini kerana bakteria ini membantu mengekalkan kelembapan dalam tubuh. Tanpa bakteria ini, najis bayi akan menjadi keras dan kering.

    Bayi mendapat bakteria usus baik daripada susu badan yang diterima daripada ibu mereka. Oleh itu, susu ibu yang rendah kualiti atau kurang bakteria usus dalam tubuh ibu adalah penyebab utama kepada masalah sembelit bayi.

    Jadi, adalah disarankan kepada para ibu untuk kekal sihat dan cuba mengehadkan pengambilan antibiotik mereka sebelum, semasa, dan selepas kehamilan.

    Dalam kes-kes tertentu, sembelit teruk dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti hipotiroidisme, botulisme, penyakit Hirschsprung atau gangguan metabolisma. Oleh itu, jika masalah ini berlaku, anda perlu segera membawa anak anda berjumpa doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan