backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sah! Tekanan buat anda sukar hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    Sah! Tekanan buat anda sukar hamil

    Tekanan boleh membantutkan peluang anda untuk hamil. Semakin banyak kajian yang mengesahkan hubungan antara tekanan, gangguan, kemurungan, dan ketidaksuburan, kata Alice Domar, Ph.D., Pengarah Eksekutif Domar Center for Mind/Body Health di Boston IVF.

    Tekanan dan kesuburan wanita

    Pertama, apabila anda tertekan, anda berkemungkinan tidak melakukan seks dengan kerap. Perkara ini, tentunya merupakan penyebab ketara yang menyekat anda daripada hamil. “Anda juga akan lebih banyak merokok dan minum (alkohol),” kata Dr. Domar, yang mana kedua-dua tabiat ini memberi impak yang negatif kepada konsepsi anda. Tekanan sebenarnya mungkin memainkan peranan sehingga 30% dalam masalah ketidaksuburan.

    Kedua, tekanan boleh mempengaruhi kesuburan. Jika tekanan menguasai tubuh anda, tahap hormon pada badan anda selalunya akan terjejas. Kemudian, ia boleh menyebabkan lambat ovulasi berbanding kitaran menstrual biasa anda, atau mungkin anda tiada ovulasi. Keadaan ini dipanggil suntikan-stres anovulation.

    Stres yang kronik boleh menjejaskan hipotalamus otak anda, yang mengawal hormon yang mencetuskan ovari untuk mengeluarkan telur setiap bulan. Kelenjar ini juga mengawal tahap testosteron pasangan anda.

    Penting untuk anda membezakan antara tekanan malar dan tekanan mendadak. Tekanan harian diklasifikasikan sebagai tekanan malar. Tubuh badan anda selalunya sudah biasa dengan tekanan harian, jadi kitaran anda mungkin tidak akan terjejas. Sudah tentu juga, setiap orang memberi reaksi terhadap stres dalam cara yang berbeza.

    Tekanan mendadak- seperti kemalangan atau kematian dalam keluarga – boleh mempengaruhi kitaran dan ovulasi anda. Ia juga boleh jadi acara traumatik atau perubahan rutin, seperti lawatan bisnes, boleh melewatkan ovulasi anda.

    Megan Karnis, Pengarah Perubatan The ONE Fertility Clinic di Burlington, Ont., berkata: “Ramai wanita berfikir bahawa perkara terbaik yang boleh dilakukan jika anda tertekan adalah dengan bercuti daripada kerja. Mengikut pengalaman saya, ia tidak membantu, kerana ia membuatkan wanita rasa dia perlu mengambil peluang untuk hamil ketika itu dan kemudian, stres untuk cepat hamil akan semakin tinggi.”

    Stres dan kesuburan lelaki

    Jika pasangan anda berada di bawah tekanan, ia juga mungkin menjejaskan peluang anda untuk hamil. Menurut American Society for Reproductive Medicine, dalam kalangan 40% pasangan yang tidak subur, pasangan lelaki mereka merupakan antara penyumbang kepada masalah ketidaksuburan.

    Kajian Persekitaran dan Reproduksi di Kaiser Foundation Health Plan tentang kaitan stres dan ketidaksuburan lelaki menunjukkan bahawa lelaki yang mengalami dua atau lebih kejadian lepas yang memberi tekanan dalam hidup mereka menunjukkan peratusan yang rendah pada pergerakan sperma dan bentuk sperma yang normal, berbanding dengan lelaki yang tidak mengalami kejadian yang memberi tekanan dalam hidup mereka.

    Sama seperti stres dan ketidaksuburan wanita, stres boleh memberi kesan kepada hormon lelaki juga. Stres boleh mengaktifkan pengeluaran glucocorticoids – hormon steroid yang menjejaskan metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein – yang mana boleh mengurangkan tahap testosteron dan pengeluaran sperma.

    Walaupun tekanan di tempat kerja tidak menjejaskan kualiti air mani secara langsung pada lelaki, namun penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengalami ketegangan kerja mempunyai tahap rendah pada hormon testosteron dalam air mani mereka, yang boleh menjejaskan kesihatan reproduktif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan