backup og meta

Persediaan untuk Pembedahan C-section

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 29/11/2019

    Persediaan untuk Pembedahan C-section

    Dengan kemajuan sains dan teknologi, segalanya di dunia ini akan dapat dikendalikan dengan lebih mudah, selesa dan selamat, termasuk juga dalam soal kelahiran anak. Pembedahan C-section kini merupakan operasi kelahiran anak yang paling biasa dilakukan dalam kebanyakan negara maju. Prosedur ini menyediakan anda masa dan tarikh yang sebenar untuk anda melahirkan bayi ke dunia ini. Dengan mengetahui masa untuk anda bersalin, akan dapat memberikan bakal ibu bersiap-sedia dengan barang yang perlu bagi menyambut kelahiran bayi.

    Apakah itu pembedahan C-section?

    Pembedahan C-section atau cesarean melibatkan kelahiran bayi melalui potongan surgeri pada abdomen dan uterus wanita. Pembedahan C-section dibuat khas untuk mereka yang tidak boleh menjalani kelahiran semula jadi disebabkan komplikasi kehamilan berpotensi (contohnya, bayi anda dalam posisi yang abnormal), mengalami petanda mental tidak stabil atau mengalami jangkitan yang boleh merebak kepada bayi semasa bersalin melalui faraj.

    Apa persediaan sebelum menjalani pembedahan C-section?

    Jika anda akan menjalani pembedahan C-section, doktor akan memaklumkan kepada anda segala perkara yang perlu anda lakukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum waktu kelahiran anda.

    Beberapa minggu sebelum tarikh kelahiran, anda perlu pergi ke hospital untuk menghantar borang pra-pendaftaran anda. Malam sebelum tarikh kelahiran, anda perlu menyiapkan prosedur pra-pembedahan. Pertama, anda akan menjalani anesthesia epidural, yang melibatkan suntikan di belakang badan anda untuk membuatkan anda kebas semasa menjalani pembedahan. Kemudian, anda akan dikateter bagi mengelakkan anda bangun untuk ke bilik air semasa 24 jam pertama pemulihan. Memandangkan ini bukanlah merupakan prosedur yang menyelesakan, pastikan anda bertanya kepada doktor untuk mendapatkan epidural dahulu sebelum memasukkan kateter. Selepas itu, anda akan diberikan sejenis ubat yang digunakan untuk mengosongkan asid cecair perut anda. Anda dibenarkan untuk meminta ubat anti-loya, dan berbuat demikian sebelum epidural untuk mengelakkan rasa tidak selesa.

    Selain itu, ujian darah tertentu boleh dilakukan sebelum pembedahan mengikut saranan doktor. Pemeriksaan darah anda boleh membantu doktor untuk bersedia dengan sebarang perkara yang tidak diingini, seperti jika anda memerlukan pemindahan darah semasa pembedahan C-section berlangsung. Perkara terakhir yang anda perlu ingat adalah anda perlu menyiapkan beg untuk ke hospital, yang mengandungi pakaian anda dan kelengkapan diri untuk beberapa hari anda berada di hospital.

    Disebabkan pembedahan C-section mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih berbanding dengan bersalin normal, jadi anda boleh meminta bantuan pasangan atau ahli keluarga anda semasa berpantang di rumah nanti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan