3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Mengikut Ajaran Islam, Ia Turut Terbukti Dalam SAINS!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai orang Melayu, mesti anda sudah biasa terdengar berkenaan dengan tempoh berpantang selepas bersalin kan?

Amalan bertungku, berurut, mandian herba dan memakai pilis di dahi adalah tidak asing lagi dalam masyarakat kita namun ramai masih lagi keliru.

Apakah perkara yang benar-benar dapat membantu si ibu untuk sembuh dalam tempoh selepas bersalin? Ikuti artikel ini untuk tahu berkenaan dengan pantang larang selepas bersalin mengikut Islam.

Berpantang selepas bersalin. Ajaran islam atau adat orang melayu?

Islam adalah agama yang mudah. Tiada pantang larang yang berupa urutan, mandi herba ataupun calitan di dahi yang wajib dilaksanakan seusai bersalin

Baca juga:

“Boleh Ke Guna Jamu Selepas Bersalin?”, Keluh Ibu Resah. Ini Kami Jawabkan!

Tambahan pula, 60 hari tempoh berpantang bagi wanita selepas bersalin yang sering disebut-sebutkan di dalam ajaran agama Islam merupakan tempoh maksimum seorang wanita itu berada dalam keadaan nifas.

Tempoh tersebut bergantung kepada mazhab yang dipegang oleh seseorang individu muslim itu.

Mazhab Hanbali sebagai contoh, menetapkan 40 hari sebagai tempoh maksimum bagi pengeluaran darah nifas selepas bersalin manakala mazhab Syafie pula menetapkan 60 hari sebagai tempoh maksimum.

Jadi, apakah pantang larang selepas bersalin mengikut Islam yang perlu dipatuhi?

Perlukah anda melaburkan masa dan wang kepada kaedah bertungku untuk mengecutkan rahim atau berurut bagi mengembalikan tenaga dan figura badan selepas bersalin?

orang melayu

Jawapannya, tidak. Ada pun tidak dilarang sama sekali bagi seseorang individu itu untuk mengamalkan kaedah yang disenaraikan di atas, namun ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan dalam ajaran agama Islam.

Sebagai contoh, amalan bertungku yang sering dikatakan sebagai satu kaedah penting bagi mengecutkan saiz rahim.

Hakikatnya, tanpa kaedah tersebut, rahim seorang wanita itu akan mengecut secara semula jadi.

Hormon oksitosin dan refleks daripada penyusuan badan boleh membantu mempercepatkan proses tersebut.

Amalan bertungku bukanlah wajib tetapi ia dapat membantu mengurangkan sakit rengat (seakan-akan senggugut) kesan daripada proses pengecutan rahim.

Tempoh berpantang selepas bersalin menurut sains

Tempoh pospartum bagi seorang wanita kebiasaannya berlanjutan sehingga 8 minggu (56-60 hari) selepas bersalin bermula daripada saat bayi dilahirkan.

Ia merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi yang baru dilahirkan.

3 komponen utama yang perlu dititikberatkan adalah:

  • Rehat yang cukup
  • Pemakanan seimbang
  • Penjagaan faraj terutamanya buat mereka yang mengalami kekoyakan sewaktu bersalin

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan bagi memastikan kesihatan ibu berada pada tahap yang optimum semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Minum air secukupnya

pantang larang selepas bersalin mengikut Islam

Banyak komplikasi dan keadaan kesihatan yang sering berlaku disebabkan oleh kekurangan air.

Seusai bersalin, ibu perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari bagi memenuhi kehendak badan untuk menyusukan anak.

Susu ibu mengandungi komponen air yang tinggi jadi pengambilan air pada kadar tersebut menjadi kepentingan, terutamanya jika si ibu aktif melakukan senaman. 

Pernah dengar tak mitos yang mengatakan jika ibu minum terlalu banyak air boleh menyebabkan urat kembang?

Jika ia merujuk kepada urat di kaki yang lebih dikenali sebagai varicose vein, ia bukan disebabkan oleh pengambilan air yang banyak mahupun “angin” masuk ke dalam urat manusia.

Sukar untuk kita simpulkan mengapa catuan air perlu untuk wanita bersalin pada masa dahulu kala.

Namun jika dilihat pada akses untuk mendapatkan air bersih yang sukar buat mereka (ambil air di perigi, jerang air dengan teknik yang betul), itu berkemungkinan merupakan salah satu faktor mengapa mitos ini timbul.

Ia lebih merujuk kepada kepayahan untuk mendapatkan sumber air dan bukanlah berteraskan kajian sains.

Amalkan pemakanan seimbang

Perlu ke anda berpantang makanan? Secara amnya, penjagaan pemakanan perlu dilakukan seumur hidup.

Tiada larangan spesifik jika gaya pemakanan seimbang diamalkan oleh ibu seusai bersalin.

Namun, kenapa banyak pantang larang pemakanan yang timbul dalam kalangan orang melayu?

Ada individu yang melarang pengambilan makanan “sejuk” seperti sayur-sayuran (timun dan bayam), buah-buahan (tembikai, betik dan jambu) kerana ia boleh menyebabkan simptom menggigil dan demam selepas tempoh bersalin. Betul ke?

Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan makanan tersebut boleh menyebabkan demam.

Jika anda mendapat simptom tersebut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor memandangkan ia berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan selepas bersalin.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, saranan sukatan pemakanan untuk ibu selepas bersalin sama seperti populasi umum iaitu menggunakan konsep suku-suku-separuh.

Sayur-sayuran dan buah-buahan penting buat mereka kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Masalah sembelit boleh dielakkan dengan pengambilan makanan tersebut.

Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B, C, zat besi, garam galian seperti kalium, natrium dan asid folik.

Jika anda berpantang dengan hanya mengambil bubur, ia jelas menunjukkan bahawa ibu akan kekurangan nutrisi.

Ambil makanan yang berkhasiat dan jika anda ingin berpantang, elakkan mengambil makanan ringan dan makanan berminyak.

Jalani kehidupan secara aktif

pantang larang selepas bersalin mengikut Islam

Jika anda ingin mengamalkan diet selepas tempoh bersalin bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih langsing, lakukannya secara bersederhana.

Jika anda ingin mengamalkan senaman, lakukannya secara bersederhana.

Tidak semestinya mereka yang sudah bersalin perlu terlantar di atas katil sepanjang hari, sehingga tamat tempoh berpantang. 

Jika anda tidak mempunyai pembantu sewaktu tempoh berpantang, buatlah kerja rumah.

Ia merupakan salah satu cara yang mudah buat para ibu untuk kekal aktif terutamanya jika mereka tidak mempunyai pembantu sewaktu tempoh tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jaga-Jaga Jika Haid Datang 2 Kali Sebulan, Ini Antara Penyebab Yang Membimbangkan!

Datang bulan bukanlah momen yang ditunggu segelintir wanita kerana masalah PMS dan kembung perut. Tapi bagaimana jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Haid, Kesihatan Wanita 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Ikut Style Perempuan Dulu-Dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

Para wanita, pernah tak terlintas di fikiran bagaimana rasanya jika anda memilih pad lain selain tuala wanita pakai buang? Ketahui kebaikan dan keburukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita, Menopaus 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 05/05/2020 . 3 minit bacaan

Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai! Ini dia 8 tip makan makanan tradisional Cina secara sihat semasa Tahun Baru Cina nanti. Sila ikuti artikel dan amalkan tip ini ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 20/01/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

selepas bersalin

Tiada Lagi Masalah Perut Menggeleber Selepas Bersalin! Nah, Cuba 9 Petua Ini, Tak Perlu Surgeri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
perkembangan kanak-kanak

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
darah haid

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan
cawan menstruasi

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat, Tahan Lama & Mesra Alam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan