backup og meta

Punca Kesan Regangan Kulit Terjadi? Ternyata, Kehamilan Itu Memang Punca Utama!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor · Disemak pada 03/10/2023

    Punca Kesan Regangan Kulit Terjadi? Ternyata, Kehamilan Itu Memang Punca Utama!

    Ia seringkali menjadi igauan ngeri buat wanita khususnya ibu hamil dan ibu baru bersalin. Namun, masih ramai yang mungkin belum tahu punca kesan regangan kulit!

    Kesan regangan ini yang dialami tidak berisiko kepada ibu mahupun bayi, tetapi ia menimbulkan rasa ketidakselesaan buat ibu.

    Lazimnya, ibu akan mengalami gatal-gatal pada beberapa bahagian tubuh seperti abdomen. Ini berlaku disebabkan kulit menegang dan menjadi nipis.

    Selalunya, kesan regangan kulit akan muncul pada trimester ketiga kehamilan iaitu antara minggu ke-29 dan minggu ke-40.

    Ibu hamil akan mengalami garisan pada beberapa bahagian tubuh seperti perut, payudara, paha, pinggul, belakang badan dan punggung.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

    Apakah punca kesan regangan kulit itu berlaku?

    punca kesan regangan kulit

    Punca kesan regangan kulit ini berlaku apabila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat daripada perubahan dan pengembangan tubuh ketika hamil.

    Pada kebiasaannya, kulit manusia boleh menyesuaikan dengan pergerakan badan, dengan cara mengembang dan mengecut apabila berat badan kita berubah.

    Bagaimanapun, semasa kehamilan, kulit kita mungkin tidak cukup kenyal untuk mengembang mengikut kadar perkembangan bayi, sehingga merosakkan bahagian dalam tisu kulit.

    Apabila kerosakan ini pulih dengan sendirinya, ia membentuk parut yang dikenali sebagai kesan regangan kulit.

    Ada juga pakar berpendapat kesan regangan ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon dalaman wanita hamil.

    Hormon ini dipercayai menyebabkan kulit menyerap lebih banyak air, serta meregangkan jalinan antara serat-serat kolagen di bawah kulit badan.

    punca kesan regangan kulit

    Hal ini menyebabkan kelemahan tisu-tisu kulit, dan akan menjadi punca stretch mark di perut.

    Kaitan antara kenaikan berat badan dengannya!

    Setiap wanita hamil pasti akan mengalami kenaikan berat badan.

    Namun, anda akan lebih cenderung untuk mendapat kesan regangan ini jika kenaikan berat badan anda melebihi daripada purata normal semasa kehamilan.

    Kebanyakan wanita hamil naik berat badan antara 10 kg dan 12.5 kg, bagaimanapun kenaikan berat badan adalah berbeza mengikut individu.

    Bagi mengelakkan berat badan anda berlebihan semasa hamil, anda disarankan untuk makan makanan yang seimbang dan sihat.

    Pun begitu, jika anda risau tentang berat badan anda, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor · Disemak pada 03/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan