backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Terfikir Untuk Gugurkan Kandungan? Ambil Tahu Kesannya Pada Fizikal & Mental Ini Dahulu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2022

    Terfikir Untuk Gugurkan Kandungan? Ambil Tahu Kesannya Pada Fizikal & Mental Ini Dahulu

    Perbuatan gugurkan kandungan merupakan satu kaedah perubatan untuk menyingkir atau membuang kandungan yang masih dalam bentuk embrio daripada rahim ibu. Namun, ada banyak kesan gugurkan kandungan kepada kaum Hawa.

    Walaupun setiap wanita sebenarnya mempunyai hak untuk melakukannya, mereka perlu berfikir sejenak kerana metode ini akan mendatangkan kesan yang signifikan terhadap fizikal dan mental kelak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kesan gugurkan kandungan terhadap fizikal

    kesan gugurkan kandungan

    Kira-kira 2 atau 4 minggu selepas menggugurkan kandungan, wanita tersebut akan menderita beberapa komplikasi pada fizikal mereka termasuklah:

    kesan gugurkan kandungan

    Walaupun jarang berlaku, terdapat lagi beberapa komplikasi gugur anak yang lebih serius yang mampu mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang terhadap tubuh badan wanita. Berikut merupakan komplikasinya:

  • Inflamasi yang akan mengundang kepada kejutan septik dan ketidaksuburan
  • Berlaku pendarahan yang berlebihan dan berterusan
  • Kerosakan serviks
  • Embolisme iaitu keadaan di mana darah beku atau buih udara menyekat arteri dalam badan
  • Perforasi rahim
  • Sawan
  • Komplikasi anethesia seperti kerosakan gigi, kegagalan pernafasan serta kerosakan sistem kardiovaskular
  • Wanita yang pernah melakukan prosedur gugur anak juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami kehamilan ektopik pada masa akan datang.

    Dalam beberapa kes, komplikasi pengguguran kandungan juga boleh mendatangkan maut!

    Penting untuk diketahui oleh wanita bahawa implikasi penguguran kandungan akan menjadi lebih berat sekiranya penguguran kandungan dilakukan lebih lewat.

    Wanita yang melakukan prosedur ini lebih awal contohnya ketika trimester pertama kehamilan dapat mengurangkan risiko mendapat komplikasi yang lebih berat.

    Baca juga:

    Kesan gugurkan kandungan terhadap mental

    kesan gugurkan kandungan

    Selepas melakukan pengguguran kandungan, wanita mungkin akan sama ada berasa lega atau mengalami tekanan terhadap keputusan yang telah dibuat.

    Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa mereka yang cenderung untuk berperasaan negatif setelah melakukannya sebagai kesan gugurkan kandungan.

    Antara emosi negatif yang akan menghantui wanita usai melakukan prosedur gugur kandungan termasuklah:

    • Rasa bersalah dan malu
    • Rasa menyesal
    • Anxiety disorder
    • Insomnia
    • Rasa marah
    • Gangguan pemakanan
    • Isu perhubungan: melahirkan kebencian kepada lelaki
    • Hilang keinginan seksual
    • Keinginan untuk membunuh diri

    Dalam kebanyakan kes, wanita yang baru sahaja melakukan prosedur gugur kandungan cenderung untuk hamil dalam kadar yang segera akibat dihantui perasaan menyesal.

    Walau bagaimanapun, mereka cenderung menggugurkan kandungan sekali lagi atas dasar atau alasan yang sama ketika mereka melakukannya pertama kali.

    Wanita yang berasa lega selepas membuat keputusan untuk menggugurkan anak cenderung untuk mengalami kondisi numbness atau paralysis iaitu kondisi fisiologi yang menyebabkan mangsa tidak mempunyai keupayaan untuk merasa atau mengekspresikan emosi mereka.

    Golongan yang lebih berisiko

    kesan gugurkan kandungan

    Di bawah merupakan golongan yang lebih berisiko mengalami kesan gugurkan kandungan:

    • Wanita yang berumur 18 tahun ke bawah
    • Wanita yang pernah mengalami trauma mental
    • Wanita yang dipaksa untuk melakukan pengguguran kandungan akibat masalah kewangan, kesihatan, mental atau bantahan daripada pasangan
    • Wanita yang mengamalkan agama yang melarang tindakan menggugurkan kandungan
    • Wanita yang menggugurkan kandungan pada lewat kehamilan

    Adakah anda terfikir untuk gugurkan kandungan anda? Amati kesan ini terlebih dahulu dan fikirkannya semula!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan