Mengikut mitos atau ramalan mereka, jika garis gelap itu memanjang hingga ke atas abdomen, itu bererti anda mempunyai bayi lelaki.
Manakala sekiranya garis gelap ini memanjang hingga ke pusat sahaja itu bermakna anda hamil anak perempuan.
Bagaimanapun, terdapat juga mitos mengatakan bahawa wanita yang hamil anak lelaki sahaja mempunyai garis gelap.
Setiap wanita perlu mengetahui bahawa dalam setiap kehamilan, mereka mempunyai peluang 50% untuk hamil bayi lelaki atau perempuan.
Malah dalam kalangan keluarga yang kecenderungan lebih kuat untuk mempunyai satu jantina, peluang untuk mempunyai lelaki atau perempuan adalah sama.
Oleh itu, garis gelap ini bukan penentu jantina bayi dalam kandungan. Sebaiknya anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian mengenai jantina bayi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen