backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Langkah Mengatasi Masalah Air Ketuban, Ia Petanda Bahaya Pada Janin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 31/07/2022

    5 Langkah Mengatasi Masalah Air Ketuban, Ia Petanda Bahaya Pada Janin!

    Air ketuban merupakan salah satu elemen kehamilan yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak di dalam kandungan.

    Oleh sebab itulah apabila usia kandungan anda meningkat, doktor akan memeriksa isipadu air ketuban di dalam kandungan.

    Kiraan yang lebih tepat boleh diperolehi melalui pemeriksaan perut menggunakan alat ultra bunyi.

    Jika jumlah air ketuban di dalam perut ibu terlalu banyak atau sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang dialami oleh ibu atau anak.

    Artikel ini akan membincangkan serba sedikit berkaitan dengan air ketuban dan kenapa ia penting untuk bayi. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan sila dapatkannya di sini.

    Ibu jarang ambil peduli tentang air ketuban sehingga ia pecah

    air ketuban sedikit

    Memang tidak dinafikan, nilai isipadu air ketuban hanya menarik perhatian pegawai perubatan yang memeriksa.

    Kebanyakan ibu hamil tidak tahu akan kepentingan air ketuban dalam menyokong perkembangan anak di dalam perut.

    Antaranya adalah:

    1. Membolehkan janin untuk bergerak di dalam perut.
    2. Memastikan suhu badan janin terkawal.
    3. Menghindarkan sebarang jangkitan.
    4. Membantu perkembangan organ anak seperti sistem gastrousus.
    5. Melindungi bayi daripada ancaman fizikal luar (bertindak sebagai penyerap kejutan).
    6. Memastikan tali pusat tidak tersepit di antara bayi dan dinding rahim.

    Jarang ada ibu yang bertanya perihal air ketuban kepada doktor semasa temu janji mereka.

    Malah, ada yang tidak tahu bahawa jumlah air ketuban di dalam perut boleh mempengaruhi tahap kesihatan bayi.

    Dari sudut fisiologi kehamilan, air ketuban merupakan salah satu elemen awal yang terbentuk bagi menyediakan persekitaran kondusif untuk janin membesar.

    Ia mula tercipta pada sekitar hari ke-12 selepas persenyawaan berlaku.

    Pada awalnya, air ketuban berasal daripada air dalam tubuh ibu.

    Namun, apabila sistem perkumuhan janin sudah mula berfungsi, ia menjadi campuran dengan air kencing janin.

    Melalui air ketuban, janin belajar cara untuk bernafas, menelan dan kencing.

    Anda mungkin berminat:

    Punca air ketuban sedikit dalam kalangan ibu mengandung

    air ketuban sedikit

    Oleh sebab air ketuban merupakan medium berharga buat janin yang membesar, isipadunya yang rendah boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka.

    Mungkin anda tahu punca berlakunya peningkatan pada isipadu air ketuban.

    Keadaan seperti kencing manis semasa mengandung dan kehamilan kembar boleh menyebabkan jumlah air kencing bayi bertambah.

    Ini menyebabkan isipadu air ketuban meningkat. Perut ibu akan kelihatan besar daripada biasa.

    Namun, tahukah anda kenapa jumlah air ketuban sedikit semasa hamil?

    1. Selaput ketuban pecah awal. Ini merupakan antara punca yang lazim berlaku dalam kalangan mereka yang bermasalah dengan jumlah air ketuban sedikit. Keadaan ini menandakan proses kelahiran sudah bermula dan anda seharusnya dikejarkan ke hospital segera.
    2. Masalah berkaitan dengan kecacatan organ janin. Terdapat penyakit atau kecacatan genetik yang boleh mengganggu penghasilan air kencing janin oleh organ buah pinggang. Oleh sebab air ketuban juga diperbuat daripada air kencing bayi, tanpanya, isipadu air ketuban kelihatan rendah daripada nilai normal.
    3. Uri bermasalah. Uri (plasenta) penting untuk bayi memandangkan ia merupakan organ yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi di samping membuang bahan kumuh seperti karbon dioksida. Jika ada gangguan kepada bekalan yang dibawa dari uri, ia boleh mempengaruhi kadar penghasilan air kencing bayi.
    4. Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu seperti kencing manis, hipertensi, obesiti,  dehidrasi dan preeklampsia. Jika anda pernah didiagnosis dengan mana-mana keadaan tersebut, dapatkan rawatan segera.

    Bagaimana cara merawatnya?

    perkembangan anak

    Tiada cara mudah bagi merawat masalah air ketuban sedikit. Ia merupakan gabungan rawatan doktor dan perubahan gaya hidup.

    Antara rawatan dan tip yang boleh diamalkan adalah:

    1. Minum air secukupnya. Kajian menunjukkan pengambilan air yang cukup boleh membantu meningkatkan air ketuban bagi wanita yang berada dalam 37-41 minggu kehamilan.
    2. Rehat secukupnya. Mungkin kedengaran klise, namun rehat yang cukup boleh membantu melancarkan pengaliran darah melalui plasenta seterusnya meningkatkan isipadu air ketuban ibu.
    3. Rawatan transfusi IV. Jika anda mengalami masalah dehidrasi (disebabkan selalu muntah dan sebagainya), doktor akan mempreskripsikan rawatan transfusi IV. Ia bagi mempercepatkan proses hidrasi sekali gus meningkatkan jumlah air ketuban.
    4. Suntikan air masuk ke dalam kandungan melalui amniosentesis. Prosedur tersebut bukan sahaja boleh menarik air keluar untuk analisis tapi juga digunakan bagi menambah jumlah air ketuban sebelum bersalin. Ini mengurangkan risiko anda bersalin czer.
    5. Amnioinfusi merupakan prosedur yang boleh meningkatkan jumlah air ketuban. Doktor akan menggunakan air garam ke dalam selaput air ketuban anda. Prosedur ini boleh dipreskripsikan bagi meningkatkan penampakan bayi semasa pemeriksaan ultra bunyi atau jika kadar degupan jantung bayi tidak normal sebelum bersalin.

    Konklusi

    Masalah air ketuban sedikit boleh mempengaruhi tahap kesihatan bayi dalam kandungan.

    Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan keadaan tersebut namun ibu hamil boleh mengambil beberapa langkah untuk memastikan masalah ini terkawal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan