backup og meta

Tip Mengelakkan Penambahan Berat Badan yang Tidak Diingini Semasa Hamil Bagi Penghidap Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2022

    Tip Mengelakkan Penambahan Berat Badan yang Tidak Diingini Semasa Hamil Bagi Penghidap Diabetes

    Semasa hamil, penambahan berat badan adalah suatu perkara normal, dijangkakan, dan semula jadi. Ini adalah kerana badan anda memerlukan lebih banyak nutrisi untuk bayi di dalam perut anda. Oleh itu, anda harus berhati-hati dengan diet anda untuk memastikan bahawa anda dan anak anda sihat. Jika anda mempunyai berat badan yang terlalu rendah, terdapat kemungkinan bahawa anak anda mengalami kekurangan nutrisi. Walau bagaimanapun, penambahan berat badan juga bukanlah sesuatu yang baik. Anda mungkin mengalami diabetes semasa hamil, komplikasi semasa bersalin dan pelbagai keadaan kesihatan yang lain.

    Garis Panduan Penambahan Berat Badan

    Penambahan berat badan semasa hamil adalah berbeza bagi setiap wanita. Walau bagaimanapun, dicadangkan untuk anda menggunakan BMI (Body Mass Index) untuk memantau dan mengawal berat badan anda dengan lebih mudah.

  • Wanita dengan berat badan purata (BMI dari 18.5 – 25) perlu mendapat kira-kira 25-35 paun ketika mana dia melahirkan anaknya.
  • Wanita yang kekurangan berat badan (BMI <18.5) perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 28-40 paun.
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI> 25) sepatutnya mendapat lebih kurang berat, iaitu dari 15 hingga 25 pound.
  • Penambahan berat badan mengikut minggu (digunakan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-25):

    • Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 2-4 paun.
    • Minggu 13-26 (trimester kedua): 10-11 paun.
    • Minggu 27-40 (trimester ketiga): 12-13 paun.

    Petua bagaimana mengawal berat badan anda

    Ketahui berat sasaran semasa mengandung dan rancang diet sihat anda.

    Ini dapat membantu mengurangkan kemungkinan risiko anak anda kekurangan atau terlebih nutrisi, yang kemudiannya boleh menjejaskan proses kelahiran dan kesihatan bayi.

    Masak makanan anda sendiri jika boleh

    Daripada makan di luar dan tidak tahu apa bahan yang mereka masukkan ke dalam hidangan anda, memasak di rumah memberi peluang kepada anda untuk memantau kalori, karbohidrat, pengambilan gula dan kadar gula dalam darah anda. Tambahan lagi, ia memberi peluang kepada anda untuk mengurangkan pengambilan lemak, minyak atau gula yang biasanya terdapat dalam makanan terproses atau makanan siap hidang. Walau bagaimanapun, jika anda perlu untuk makan di luar, pilih restoran dengan pelbagai pilihan yang sihat yang memberi anda banyak sayur-sayuran organik dan buah-buahan segar.

    Pilih snek anda dengan bijak

    Semasa mengandung, sukar untuk mengelakkan godaan makanan-makanan manis seperti gula-gula dan airkrim. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih buah-buahan segar yang mengandungi kandungan vitamin dan nutrisi yang tinggi atau yogurt rendah lemak untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis.

    Rekodkan semua yang anda makan pada aplikasi untuk mengawal pengambilan anda

    Dengan kemajuan teknologi, tidak sukar untuk mencari aplikasi yang boleh menghitung kalori dan mencadangkan jumlah makanan yang perlu kita ambil semasa dalam proses kehamilan. Patuhi saranan aplikasi tersebut untuk memastikan berat badan anda terkawal dan tahap glukosa darah anda stabil.

    Lakukan senaman

    Bagi kebanyakan ibu mengandung, aktiviti fizikal adalah suatu keperluan, kata Siega-Riz. Kesemua jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, berenang, atau kelas aerobik adalah baik. Walau bagaimanapun, wanita hamil perlu mengelakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan, seperti melompat diatas trampolin dan selam skuba, yang boleh menyebabkan janin mendapat penyakit penyahmampatan, atau “bends,” yang berpotensi membawa maut akibat penurunan mendadak dalam tekanan apabila penyelam naik terlalu cepat.

    Hamil bermakna bahawa ia bukan mengenai anda sahaja lagi. Mulai sekarang, keselamatan anak anda harus diberi keutamaan dari apa jua keputusan yang anda buat. Oleh itu, ikuti gaya hidup yang sihat, lakukan senaman dan pantau paras glukosa darah anda adalah apa yang harus anda tumpukan semasa anda mengandung. Jika anda masih berusaha untuk mendapatkan berat badan secara sederhana, jangan teragak-agak untuk melawat doktor yang paling hampir dengan anda atau ahli diet berdaftar untuk memastikan bahawa anda dan bayi anda sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan