backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Tempoh Hamil, Bakal Ibu Wajib Tahu!

Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan Ā· Hello Health Group


Disemak pada 05/09/2023

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Tempoh Hamil, Bakal Ibu Wajib Tahu!

Bagi wanita mengandung, mengetahui informasi tentang perubahan ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan sudah pasti akan dapat bantu memantau dan menjaga tahap kesihatan diri dan bayi.

Jadi, jom terus baca artikel ini untuk mempelajari perubahan ibu hamil yang bakal berlaku sepanjang kehamilan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Perubahan ibu hamil, apa yang bakal berlaku?

Secara umumnya, tempoh kehamilan dibahagikan kepada 3 trimester. Setiap satunya mempunyai titik perubahan tersendiri sama ada melibatkan tubuh, emosi atau tahap kesihatan.

Jangan hanya fokus kepada perubahan perut saat hamil 1 mingguĀ sahaja, ia perlu konsisten sampai ke hujung!

perubahan ibu hamil

Perubahan ibu hamil #1 ā€“ 3 bulan

Tubuh

Tubuh akan mengalami beberapa perubahan besar sebagai persediaan untuk membesarkan satu kehidupan baharu.

Perubahan tersebut akan menyebabkan pelbagai simptom seperti mual, keletihan, payudara sensitif dan kerap kencing.Ā 

Ia adalah gejala kehamilan biasa, namun setiap wanita hamil akan mengalami pengalaman berbeza.Ā 

Ada wanita mungkin berasa lebih bertenaga dalam fasa ini dan sesetengah yang lain mengalami keletihan dan sangat beremosi.

Emosi

Tahap estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa trimester pertama menjadi punca kepada perubahan emosi seperti roller coaster.

Keletihan yang teruk atau mabuk pagi boleh mengganggu perjalanan hari anda. Mood swings seperti sindrom pramentruasi adalah perkara biasa untuk terjadi.

Penjagaan ibu hamil

Bagi ibu hamil, gejala awal kehamilan boleh mendatangkan ketidakselesaan.Ā 

Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat serta senaman teratur.

Anda disarankan untuk meneruskan aktiviti fizikal harian selagi berasa selesa dan larat melakukannya.

Semakin aktif semasa berbadan dua, ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan tubuh yang berlaku.

Perubahan ibu hamil #4 ā€“ 6 bulan

perubahan ibu hamil

TubuhĀ 

Trimester kedua kehamilan dianggap sebagai ā€˜golden periodā€™ kerana kebanyakan rasa tidak selesa yang dialami pada awal kehamilan akan mulai menghilang.

Pada fasa ini, anda mungkin kurang mengalami loya, corak tidur lebih baik dan mengalami peningkatan tahap tenaga.

Pun begitu, antara info ibu mengandung yang perlu anda ketahui semasa di trimester kedua ini di mana terdapat kemungkinan berlaku gejala baharu seperti:

Emosi

Rasa letih, mabuk pagi atau emosi roller coaster biasanya akan bertambah baik atau hilang.Ā 

Namun, anda mungkin akan menjadi pelupa dan kurang teratur berbanding sebelum ini.

Pertambahan berat, baby bump yang semakin kelihatan dan dapat merasai pergerakan bayi boleh menimbulkan pelbagai emosi bercampur baur dalam diri.

Penjagaan ibu hamil

Walaupun simptom yang dialami pada trimester pertama semakin reda, namun anda akan mula melihat perubahan lebih besar pada tubuh.Ā 

Sudah tentu pengambilan makanan berkhasiat serta senaman yang teratur adalah kunci pada trimester ini dan juga sepanjang tempoh kehamilan.

Teruskan dengan rutin senaman anda, tetapi jangan sampai memenatkan diri, okay? Berpada-padalah ya wahai ibu hamil.

Perubahan ibu hamil #7 ā€“ 9 bulan

perubahan ibu hamil

Tubuh

Anda kini berada pada tahap akhir kehamilan dan sudah tentu rasa teruja serta tidak sabar menantikan kelahiran si kecil!Ā 

Beberapa gejala fizikal mungkin akan berlaku pada tempoh ini seperti:

EmosiĀ 

Rasa mudah terlupa itu masih terjadi.

Malah, semakin menghampiri tarikh bersalin (EDD), adalah perkara biasa untuk anda rasa lebih cemas mengenai kelahiran bayi dan bagaimana perubahan yang akan berlaku.

Mood juga lebih mudah terganggu. Ia mungkin disebabkan rasa keletihan bersama ketidakselesaan dialami seiring dengan kandungan yang semakin membesar.

Penjagaan ibu hamil

Oleh kerana bayi semakin menghampiri tempoh kehamilan penuh, rasa ketidakselesaan akan lebih banyak dirasai berbanding semasa trimester kedua.

Jika mengalami kesukaran untuk tidur, anda boleh mencuba menggunakan bantal untuk memberikan sokongan tambahan kepada seluruh badan atau bahagian tertentu yang memerlukan.

Ia dapat mengurangkan ketegangan semasa anda berehat.

Di samping itu, anda mungkin akan mula mengalami kontraksi. Ia boleh menjadi tanda kontraksi palsu atau betul.

Kontraksi palsu ini dikenali sebagai Braxton Hicks. Ia merupakan cara tubuh mempersiapkan diri menghadapi proses bersalin sebenar.

Jika ia berlaku, anda mungkin berasa seperti kekejangan haid atau rasa menekan pada bahagian abdomen.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ditulis oleh

Pamilia Lourdunathan

Ā· Hello Health Group


Disemak pada 05/09/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan