backup og meta

Tab Mandian Panas Punca Ketidaksuburan Lelaki: Mitos atau Fakta?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    Tab Mandian Panas Punca Ketidaksuburan Lelaki: Mitos atau Fakta?

    Kiraan sperma rendah adalah salah satu daripada punca biasa ketidaksuburan lelaki. Terdapat beberapa sebab mengapa kiraan sperma rendah, tetapi salah satu punca senyap berbahaya adalah pendedahan kepada haba berlebihan.

    Bagaimana suhu boleh menjejaskan sperma anda?

    Suhu ideal untuk penghasilan sperma ialah tiga hingga empat darjah di bawah suhu badan normal. Suhu yang lebih tinggi mengganggu pengeluaran sperma. Jadi, pendedahan kerap kepada air panas boleh menyebabkan pengurangan kiraan sperma. Mana-mana suhu yang lebih panas akan memberi kesan kepada kiraan sperma anda, dengan menurunkan kira-kira 40 peratus pada setiap kenaikan satu darjah. Pemanasan berlebihan yang tidak kekal pada buah zakar boleh memberikan kesan yang sama dengan pendedahan kepada perkara seperti sauna, tab mandian panas, dan mandian air panas.

    Apa lagi perkara yang boleh membahayakan kesuburan anda?

    Kerap menunggang basikal dan memakai pakaian yang ketat boleh memberikan pemanasan sementara, walaupun pemakaian seluar dalam ketat bukanlah punca rasmi yang menyebabkan kenaikan suhu testis. Faktor lain yang boleh menyebabkan haba berlebihan dan menurunkan penghasilan sperma dalam testis ialah persekitaran kerja dan iklim. Kiraan sperma ialah kira-kira 30 peratus rendah pada musim panas. Bekerja dalam persekitaran yang tinggi, seperti di tempat peleburan atau bakeri, juga boleh meningkatkan suhu testis anda.

    Anda boleh bertanyakan kepada pengurus anda jika ada sebarang penyelesaian untuk menurunkan jumlah haba yang anda kerap terdedah. Contohnya, mungkin anda boleh mendapat waktu rehat tambahan, atau bekerja di kawasan yang berbeza selama beberapa bulan. Sebagai tambahan, pendedahan kepada haba dalam tempoh masa yang panjang, seperti waktu duduk yang lama, boleh menyebabkan kesuburan merosot secara kekal.

    Perlukah anda risau?

    Berkenaan pendedahan kepada air panas seperti sauna, dan mandian tab, secara amnya ia dipercayai, sperma boleh pulih dengan cepat jika terdedah kepada haba tersebut. Ia hanya mengambil masa kira-kira seminggu untuk sperma lelaki kembali ke keadaan normal. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada satu kajian yang menunjukkan bahawa proses menghasilkan sperma adalah mengambila masa tiga bulan, jadi jika perkara yang boleh membahayakan penghasilan sperma telah dikeluarkan, namun kiraan sperma biasa mungkin tidak akan kembali sehinggalah selepas tiga bulan.

    Adakah anda ingin bergelar bapa? Jika mahu, anda boleh memilih untuk berendam atau mandi dengan air biasa atau sejuk. Kiraan sperma menurun apabila kemaluan anda terdedah pada suhu yang tinggi. Meskipun benar bahawa haba berkait dengan pendedahan tab mandian panas boleh mempengaruhi kiraan sperma dan kualitinya, namun anda tidak perlu bimbang air panas akan menjejaskan sperma dan kesuburan anda, kecuali jika anda memang melakukannya dalam masa yang panjang dan juga setiap hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan