home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Wahai Lelaki, Ini 18 Punca Yang Boleh Buat Anda Jadi Mandul!

Wahai Lelaki, Ini 18 Punca Yang Boleh Buat Anda Jadi Mandul!

Masalah kesuburan lelaki juga sering menjadi punca pasangan yang telah berkahwin sukar untuk mendapatkan zuriat. Bagi kaum lelaki, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah kemandulan atau ketidaksuburan berlaku. Kami sertakan beberapa punca penyebab serta tanda lelaki mandul di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tanda lelaki mandul yang orang lelaki kena tahu

Simptom atau tanda lelaki mandul yang paling jelas ia tidak berkemampuan untuk mendapatkan zuriat.

Ini adalah tanda lelaki mandul yang paling jelas dan senang untuk dilihat.

Selain itu, ada beberapa tanda lelaki mandul lain yang mungkin menunjukkan masalah ketidaksuburan lelaki.

Antaranya ialah:

  • Wujud ketulan, pembengkakan atau rasa sakit pada bahagian testikel lelaki
  • Mempunyai masalah dengan fungsi seksual seperti sukar untuk ejakulasi, pengeluaran air mani yang sedikit, kurang bernafsu untuk melakukan seks serta sukar mengekalkan ereksi ketika berhubungan (mati pucuk)
  • Bulu atau rerambut tubuh yang semakin berkurangan. Ia adalah tanda berlakunya masalah pada hormon
  • Kerap mengalami jangkitan pernafasan yang berulang
  • Memiliki jumlah kandungan sperma yang rendah dalam air mani iaitu kurang daripada 15 juta sperma bagi setiap 1 mililiter air mani.

Punca yang menyebabkan seseorang lelaki itu menjadi mandul

tanda lelaki mandul

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah kesuburan lelaki berlaku.

Ia boleh merangkumi faktor kesihatan, perubatan serta faktor luaran. Antara punca lelaki mandul ialah:

#1. Biji zakar yang tidak turun

Jangan terkejut kerana ada sebilangan kaum lelaki yang mengalami masalah seperti ini.

Ia berlaku apabila biji zakar tidak turun daripada abdomen ke dalam kantung zakar.

Keadaan berlaku bermula sewaktu seseorang itu masih dalam kandungan sebelum dilahirkan.

#2. Varikosele

Varikosele adalah keadaan di mana berlakunya pembengkakan pada salur darah yang bercantum dengan testikel.

Punca sebenar bagaimana keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan lelaki tidak begitu jelas.

Namun ia mungkin berkaitan dengan aliran darah yang tidak normal lalu menyebabkan bilangan sperma yang dihasilkan menjadi sedikit.

#3. Tumor

Kanser atau kewujudan tumor bukan kanser sememangnya boleh menjadi punca masalah kesuburan lelaki.

Ia boleh menjejaskan kelenjar penghasil hormon yang berkaitan dengan pembiakan lelaki.

Selain itu, rawatan kanser seperti kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan.

#4. Jangkitan

Sesetengah jangkitan yang berlaku boleh menjejaskan penghasilan dan kualiti sperma kaum lelaki.

Antara jangkitan yang boleh menyebabkan ketidaksuburan lelaki ialah seperti epididimis, gonorea dan juga HIV.

#5. Antibodi yang menyerang sperma

Adakalanya sistem imun tubuh badan anda sendiri menyerang sperma sehingga menyebabkan ia menjadi tidak berkualiti atau mati.

Keadaan ini berlaku apabila sel sistem imun tubuh telah tersalah anggap sperma sebagai bahan berbahaya yang menyerang tubuh manusia.

Oleh itu, sel imun tubuh cuba untuk menyerang dan menghapuskan kehadiran sperma.

#6. Isu berkaitan ejakulasi

Ejakulasi retrograde berlaku apabila air mani yang sepatutnya dipancut keluar, termasuk ke dalam pundi kencing apabila berlaku orgasme.

Ia seolah-olah anda pancut terbalik iaitu air mani anda termasuk ke dalam.

Beberapa keadaan kesihatan boleh menyebabkan ejakulasi retrograde ini berlaku. Antaranya ialah diabetes, kecederaan tulang belakang dan masalah pada punci kencing.

#7. Hormon yang tidak seimbang

Kemandulan lelaki juga boleh berlaku disebabkan keadaan hormon yang tidak stabil dan terganggu.

#8. Penyakit seliak

Penyakit seliak adalah gangguan penghadaman yang disebabkan oleh sensitiviti kepada gluten. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kesuburan kaum lelaki terjejas.

#9. Kecacatan pada tiub pengangkut sperma

Tiub pengangkut sperma adakalanya boleh tersekat disebabkan oleh pelbagai sebab. Ia boleh berlaku dalam kawasan testikel, pada tiub pengaliran testikel, dalam epididimis atau tiub air kencing.

#10. Kesan sampingan ubat-ubatan

Terdapat juga beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh mengganggu tahap kesuburan lelaki. Antaranya ialah terapi penggantian testosteron, ubatan kanser, ubat ulser, ubat sakit sendi dan steroid.

#11. Sesetengah pembedahan

Pembedahan seperti vasektomi, pembedahan testis, pembedahan prostat atau pembedahan kanser rektum boleh menjejaskan pengeluaran sperma.

#12. Kimia industri

Pendedahan terhadap jenis kimia tertentu juga boleh menyebabkan masalah kesuburan lelaki. Antaranya seperti racun serangga, racun tanaman serta bahan di dalam cat.

#13. Logam berat

Pendedahan kepada jenis-jenis logam berat juga boleh menyebabkan ketidaksuburan kaum lelaki.

#14. Pemanasan melampau pada testikel dan skrotum

Walaupun tidak banyak kajian yang dilakukan berkenaan isu ini, namun penggunaan sauna atau tub panas mungkin boleh menjejaskan pengeluaran sperma lelaki.

Begitu juga apabila anda duduk terlalu lama atau memakai pakaian yang ketat, ia boleh meningkatkan suhu pada skrotum lalu menyebabkan jumlah sperma berkurangan.

#15. Tabiat menghisap rokok

masalah kesuburan lelaki

Mereka yang menghisap rokok juga mempunyai jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

#16. Pengambilan minuman beralkohol

Minuman beralkohol boleh menyebabkan penurunan tahap testosteron. Apabila berlaku, ia boleh menyebabkan mati pucuk dan mengurangkan penghasilan sperma.

#17. Berat badan berlebihan

Tidak dinafikan, masalah obesiti juga boleh menjejaskan tahap kesuburan manusia seperti penghasilan dan kualiti sperma secara langsung.

#18. Penggunaan dadah

Penggunaan steroid, kokain atau ganja turut boleh menjejaskan kualiti serta kuantiti sperma lelaki.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-infertility/symptoms-causes/syc-20374773

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-infertility/diagnosis-treatment/drc-20374780

https://www.cdc.gov/reproductivehealth/infertility/index.htm

https://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/male-fertility-test

https://www.verywellhealth.com/mans-fertility-declines-with-age-2328787

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 7 hari lalu
x